Jan 31, 2015

Lady Dai, Mumia Paling Sempurna

Suatu hari pada tahun 1971, sekumpulan buruh kasar sedang sibuk menggali kubu untuk kegunaan sebuah hospital di wilayah Changsha, China.

Lady Dai - Art

Ketika kerja-kerja menggali giat dijalankan, buruh yang terlibat terkejut apabila menemui sebuah kubur purba.

Makan yang tidak diketahui siapa pemiliknya itu terletak dalam sebuah liang yang agak besar dan menempatkan tiga keranda sekaligus.

Dengan bantuan lebih 1,500 orang pelajar tempatan, ahli arkeologi memulakan proses cari gali secara besar-besaran bermula pada bulan Januari 1972. Pengkaji menganggarkan usia kubur itu adalah lebih kurang 2,000 tahun.

Hasil kajian mendapati, kubur yang paling utama adalah milik Xin Zhui atau lebih dikenali dengan nama Lady Dai yang merupakan isteri kepada Li Cang, salah seorang daripada pemerintah sewaktu zaman Dinasti Han. Dua lagi keranda dipercayai milik suami dan juga anak Lady Dai.

Lady Dai - 12 Metre Tomb [2]

Kubu dimana jasad Lady Dai ditemui merupakan satu hasil kerja yang dilakukan dalam keadaan cermat dan berhati-hati. Ia terletak 12 meter dibawah tanah dan dikunci dalam empat lapisan keranda.

Keranda itu pula diletakkan dalam sebuah kubu yang berbentuk corong dan diperbuat daripada tanah liat.

Bukan itu saja, Lady Dai juga telah dibalut dengan 20 lapisan kain sutera dan direndam dalam 80 liter cecair yang belum diketahui isi kandungannya. Menurut saintis yang terlibat, cecair tersebut mengandungi asid dan magnesium di dalamnya.

Lima tan arang hitam yang mampu menyerap lembapan diletakkan disekeliling kubu tersebut. Manakala kawasan atas keranda dilapisi dengan tanah liat sedalam tiga kaki.

Kerja-kerja pengebumian Lady Dai dipercayai dilakukan dengan sangat teliti. Tiada objek asing yang boleh menembusi kubu sedalam 12 meter itu.

Lady Dai - 12 Metre Tomb

Bakteria yang menyebabkan pereputan juga tidak mampu untuk menjalankan tugas mereka kerana kekurangan oksigen.

Pendek kata, proses pengebumian Lady Dai telah menyebabkan mumia wanita dapat dielakkan daripada mengurai.

Badan masih terpelihara

Lady Dai Full Body

Ahli arkeologi yang membuat kajian mengenai Lady Dai mengatakan wanita itu mati sekitar tahun 178 hingga 145 Sebelum Masihi ketika berusia 50 tahun.

Barang-barang lain yang ditemui dalam kerandanya menandakan Lady Dai seorang yang berpengaruh penting sewaktu zaman itu.

Tetapi bukan perkara itu yang menarik perhatian pengkaji mumia seluruh dunia. Yang menghairankan, walaupun telah dikebumikan lebih kurang 2,000 tahun, keadaan tubuh mumia itu masih utuh.

Kulit Lady Dai dikatakan berada dalam keadaan yang lembab dan elastik. Sendi-sendi badannya juga masih boleh digerakkan. Boleh dikatakan hampir setiap anggota badan mumia itu dalam keadaan yang baik.

Namun, sewaktu dikeluarkan daripada keranda dan kubur tersebut, oksigen telah 'memakan' badan Lady Dai dengan sangat cepat menyebabkan keadaan mumia itu sekarang jauh berbeza dengan keadaan asal sewaktu ia ditemui dari dalam kerandanya.

Walaupun begitu, ahli forensik yang menjalankan bedah siasat amat terkejut apabila mendapati keadaan mumia itu sama seperti mereka yang baru sahaja meninggal dunia. Semua organ dalaman Lady Dai masih lagi sempurna.

Lady Dai Scanning

Terdapat darah beku ditemui pada saluran darahnya, membuktikan Lady Dai mempunyai masalah jantung dan juga beberapa jenis penyakit lain seperti darah tinggi, kencing manis dan tahap kolesterol yang tinggi dalam darah selain penyakit batu karang.

Pasukan forensik sepakat mengatakan punca kematian Lady Dai kerana serangan sakit jantung. Lady Dai juga dipercayai seorang yang obses, kurang bersenam dan tidak mengamalkan diet seimbang.

Sewaktu para pengkaji menjalankan ujian pada bahagian esofagus Lady Dai, mereka berjaya menemui lebih 138 biji tembikai yang belum dihadam.

Menurut saintis yang terlibat, biji tembikai mengambil masa satu jam untuk dihadam. Jadi, mereka membuat kesimpulan Lady Dai meninggal dunia tidak lama selepas memakan buah tembikai.

Antara barangan lain yang turut ditemui bersemadi bersama Lady Dai ialah lebih 1,000 jenis peralatan merangkumi pakaian, lengkap dengan almari yang mempunyai 100 jenis persalinan.

Lady Dai juga disemadikan dengan pelbagai jenis makanan mewah yang disimpan rapi dalam 30 bekas yang diperbuat daripada buluh. Antaranya, gandum, daging angsa, itik, ayam, ikan, telur dan pelbagai jenis makanan lagi.

Walaupun persoalan bagaimana jasad Lady Dai masih lagi kekal utuh selepas lebih dua ribu tahun dikebumikan telah terjawab, saintis masih gagal meniru cara yang digunakan sehingga ke hari ini.

Kajian demi kajian masih lagi dijalankan untuk mengetahui sumber cecair 'misteri' yang ditemui bersama Lady Dai yang membantu mengawet mayat sebaik itu.

Lady Dai

Malah, beberapa jasad lain yang ditemui berhampiran makam Lady Dai mengandungi cecair yang berbeza dalam setiap keranda mereka.

Apa juga teknik yang digunakan oleh kaum terdahulu untuk mengawet jasad Lady Dai, ianya begitu berkesan dan rahsianya masih tersimpan sehingga ke hari ini.

Pelancong daripada segenap pelosok dunia juga kini boleh melihat sendiri jasad Lady Dai yang disimpan untuk tatapan umum di muzium daerah Hunan, China.

BACA INI JUGA: Misteri Teknologi Canggih Pembinaan Piramid Firaun

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

5 comments

Zaman dulu,lebih moden dari zaman sekarang,kemungkinan allah tidak mahu umat manusia tahu teknologi masa itu

wow perkongsian yang sangat hebat

memang menakjubkan..teknologi zaman dulu..ada ilmu yang masih belum kita kuasai sepenuhnya

Subhanallah... tinggi teknologi mereka dulu ni...

aiisshh...seram plak bila tgk gmbar last tuuu....

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon