Sep 25, 2014

Pasaraya Tesco Jual Mug Dari Tulang Babi?

Bagi peminat tegar pinggan mangkuk dari China, mereka tentu maklum sesetengah produk yang dianggap bermutu diperbuat daripada kisaran halus tulang haiwan.

Pasaraya Tesco Jual Muga Dari Tulang Babi

Tulang haiwan yang biasa digunakan pula tak lain tak bukan, khinzir selain daripada lembu.

Hasil penggunaan tulang haiwan ini pinggan mangkuk kelihatan putih bersih, tidak seberat seramik biasa dan tahan lama.

Di bawah adalah hukum menggunakan pinggan mangkuk jenis ini mengikut fatwa dikeluarkan JAKIM.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-99 yang bersidang pada 4-6 Mei 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Penggunaan Peralatan Dan Perhiasan Berasaskan Abu Tulang Haiwan (Bone China). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa berdasarkan mazhab Shafie, sifat kenajisan ba.bi masih kekal dalam produk bone china dan sifat najis tersebut tidak akan hilang kerana proses istihalah dianggap tidak berlaku.

Muzakarah juga berpandangan bahawa sekiranya penggunaan produk bone china yang berasaskan abu tulang haiwan yang tidak halal mengikut Syarak ini diharuskan, maka ia akan membuka ruang kepada penggunaan produk-produk bersumberkan haiwan yang tidak halal mengikut syarak berleluasa.

Muzakarah juga berpandangan bahawa peralatan atau perhiasan bone china tidak mencapai tahap keperluan (darurah) kepada masyarakat untuk memiliki dan menggunakannya.

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penggunaan bahan peralatan atau perhiasan yang dihasilkan daripada abu tulang haiwan (bone china) yang tidak halal mengikut syarak, termasuk haiwan yang halal dimakan tetapi tidak disembelih mengikut hukum syarak adalah tidak diharuskan.

Walaubagaimanapun, penggunaan peralatan dan perhiasan berasaskan abu tulang haiwan (bone china) yang halal dimakan dan disembelih mengikut hukum syarak adalah diharuskan.

Daripada sini jelaslah, produk ini TIDAK HALAL digunakan umat Islam kecuali binatang digunakan disembelih mengikut hukum syarak.

Masalahnya binatang di China tu disembelih ikut syarak ke? Sah-sah payah nak jumpa yang macam tu kot..

Jadi kesimpulannya, produk begini tidak sepatutnya dijual berleluasa kepada masyarakat Malaysia yang rata-rata beragama Islam.

Justeru tindakan sebuah pasar raya terkemuka di Selayang menjual mug daripada jenis ini dipertikaikan oleh seorang pelanggan yang memuat naik status di atas di Facebook.

Pasaraya Tesco Jual Muga Dari Tulang Babi [2]

Apa yang dikesalkan, terdapat unsur cuba memperdayakan pelanggan beragama Islam apabila barkod mug ini ditampal pada jenama yang menunjukkan bahawa ia diperbuat daripada tulang haiwan.

Sekiranya benar dakwaan ini maka pasar raya terbabit harus menarik balik produk terbabit dari rak atau mengasingkannya di bahagian non-halal.

Ia mungkin kelihatan remeh bagi sesetengah pihak namun bagi mereka yang berpegang teguh pada hukum Islam, perkara ini amat sensitif dan boleh menimbulkan kemarahan.

Aatah lagi hukum dan fatwa dikeluarkan JAKIM sepatutnya dijadikan garis panduan oleh semua pihak demi kemaslahatan umat Islam negara ini.

Sumber: Mynewshub.cc (link)

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

6 comments

Assalammualaikum... sentiasapanas,

wahh... mug tak halal..Ya Allah kalau jauhkanlah umatmu dewasa ini daripada makanan dan benda2 yang tak halal... Amin.

mselim3

Waalaikumsalam mSelim. Kena berhati-hati memilih mug. Pastikan ada sijil halal..:)

Terima kasih perkongsian ini. alhamdulillah tak terbeli lagi. Kena jaga-jaga semua ni kan.

Iskhhh jahat gak la tesco nie... dia tutup perkataan bone china tu... ermm kena check balik la semua mug yang ada kat rumah camnie...

aduhhh ... kesian kita kan?? Dulu2 rasanya pinggan2 yang kita guna semua made in china, jenis warna putih licin dan ada bunga2 keliling pinggan. Tapi waktu tu kita tak tau kan, pendedahan begini belum ada pun. Yang dapat kita lakukan ialah bertaubat memohon ampun dari Allah, dan berusaha mengelakkan membeli atau menggunakan pinggan2 tu lagi

Huh bahaya ni... mmg kene berhati2...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon