Sunday, October 06, 2013

Kenapa Minum Sambil Berdiri Bahaya Untuk Kesihatan?


Pernahkah anda makan dan minum secara berdiri di dalam kehidupan seharian? Mungkin ada yang berkata YA atau TIDAK sambil tersenyum dengan seribu makna.

Minum Sambil Berdiri
Adakah minum sambil berdiri telah menjadi budaya kita? 
Mengapa Rasulullah S.A.W melarang perbuatan ini?

Kini, perbuatan makan dan minum secara berdiri ini agak biasa dan menjadi BUDAYA di kalangan masyarakat.

Tahukah anda terdapat larangan makan dan minum di dalam Islam? Terdapat segelintir golongan dalam masyarakat tidak mengambil kisah perbuatan ini, malahan larangan ini dipandang sepi dan dikritik oleh mereka.

Islam adalah sebuah agama yang lengkap (syumul)dalam memberikan panduan dan adab di mana ia meliputi semua tatacara kehidupan manusia.

Misalnya, adab menuntut ilmu, adab terhadap ibubapa, perkahwinan dan begitu juga islam telah menetapkan adab-adab ketika minum dan makan.

Biologikal Manusia

Perbuatan meminum sambil berdiri akan 
menyebabkan proses penapisan air tidak berlaku. 
Keadaan ini boleh menyebabkan penyakit kristal ginjal.

Secara klinikal, air yang masuk dengan cara posisi duduk akan disaring oleh sfinger.

SFINGER adalah suatu struktur berotot (muscular) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.

Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penapisan yang berada di ginjal (kidney).

Sekiranya pada masa tersebut kita minum sambil berdiri maka air yang kita minum itu secara automatik akan masuk tanpa disaring lagi. Ia akan terus menuju ke kandungan air kencing.

Ketika menuju ke kandungan air kencing itu maka terjadilah pemendapan (sedimentation) di saluran sepanjang perjalanan (ureter).

Oleh kerana terdapat sisa-sisa makanan yang melekat pada saluran ini maka bermulalah satu penyakit kristal ginjal (crystal kidney disease) yang sungguh berbahaya.

Senario ini menjustifikasikan hubungan-kait ureter yang sedikit demi sedikit menjadi tersumbat tadi.

Larangan Minum Dan Makan Secara Berdiri Menurut Perspektif Islam

Terdapat beberapa hadis yang menerangkan perihal tegahan perbuatan minum secara berdiri yang diriwayatkan oleh para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Di antara petikan hadis yang mahsyur;

“Dari Anas dan Qatadah, Rasulullah S.A.W bersabda; “Sesungguhnya beliau melarang seseorang minum sambil berdiri, Qotadah berkata:”Bagaimana dengan makan? Beliau menjawab; “Itu kebih buruk lagi.” (Riwayat: Muslim dan Turmidzi)

“Bersabda Nabi Muhammad S.A.W dari Abu Hurairah; ”Jangan kalian minum sambil berdiri! Apabila kalian lupa, maka hendaknya ia muntahkan!” (Riwayat : Muslim)

Manakala terdapat sebuah hadis yang menceritakan perbuatan Nabi Muhammad S.A.W duduk bertongkatkan lutut semasa makan seperti di dalam petikan hadis berikut;

“Diriwayatkan ketika Rasulullah S.A.W di rumah Aisyah R.A. sedang makan daging yang dikeringkan di atas lutut talam sambil duduk bertongkatkan , tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah S.A.W duduk sedemikian itu lalu berkata; “Lihatlah orang itu duduk seperti budak. Maka dijawab oleh Rasulullah S.A.W; “Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak.” Lalu Rasulullah S.A.W mempersilakan wanita itu untuk makan. Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah S.A.W sebagaimana sabdanya; “Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan.” (Riwayat : Bukhari)

Larangan Minum Dan Makan Secara Berdiri Menurut Perspektif Sains

Berdasarkan kepada hasil kajian yang dijalankan oleh seorang Pakar Perubatan bernama Dr. Abdul Razzak Al-Kailani berkaitan tindakbalas terhadap makan dan minum secara berdiri telah merumuskan;

“Sesungguhnya makan dan minum dalam keadaan duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas. Di mana makanan dan minuman akan melalui dinding perut dengan perlahan-lahan. Manakala minum berdiri menyebabkan cecair akan jatuh ke dasar perut dengan laju dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini sering berlaku dan dalam jangka masa panjang, ia akan menyebabkan perut menjadi longgar dan jatuh sehingga menyebabkan minuman susah untuk dihadam. Begitu juga dengan makanan".


Posisi secara duduk akan membuat sistem saraf dan 
sistem otot dalam keadaan tenang dan menjadi aktif serta 
sistem penghadaman akan bertambah kemampuan 
(ability) untuk menerima makanan dan minuman.

Pandangan ini turut disokong oleh Dr. Ibrahim Ar-Rawi yang membuat kajian terhadap sistem saraf dan sistem otot telah menerangkan;

“Apabila seseorang itu berdiri ototnya menjadi tegang dan pada masa yang sama sistem imbangan pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot, untuk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak. 

Ia adalah proses gabungan di antara sistem saraf dan sistem otot dalam satu masa yang menyebabkan manusia tidak mampu mengawal kedua-duanya untuk rehat. Keadaan otot yang rehat adalah syarat yang terpenting ketika makan dan minum dan keadaan ini hanya wujud ketika seseorang itu duduk. 

Ini kerana apabila duduk maka sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman. Ini akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang betul".

Kesimpulan

Para Fuqaha’ telah khilaf dalam masalah hukum minum berdiri ini. Namun begitu, para Fuqaha’ lainnya ada berpendapat larangan minum berdiri ini telah dimansuhkan (dihilangkan hukum) berdasarkan hadis Ibn Abbas R.A yang berkata:

“Aku memberi (menghulurkan) air zam-zam pada Rasulullah SAW, dan Baginda meminumnya sambil berdiri“

Dalam sahih Bukhari, hadis daripada Abdul Malik bin Maisarah daripada al-Nizaal, dia berkata:

“Ali bin Abi Tholib datang ke “bab al-Ruhba” dan dia minum sambil berdiri, kemudian berkata “ada antara kamu tidak suka orang minum sambil berdiri, dan aku melihat Baginda S.A.W minum seperti yang aku sedang lakukan sekarang (berdiri)”

Kesimpulan yang dapat diambil daripada perbincangan di atas memberikan kita penjelasan kepada kita bahawa terdapat dua pandangan berkaitan isu ini.

Pertama, jika terdapat hadis yang melarang daripada makan dan minum sambil berdiri secara konsisten memberikan signifikasi bahawa perbuatan makan dan minum secara berdiri adalah tidak digalakkan.

Kedua, jika terdapat hadis yang membenarkan perbuatan makan dan minum sambil berdiri pula ia memberikan pengertian bahawa bukanlah dosa (cuma perbuatan itu tak digalakkan). Pandapat ini disokong oleh ulamak seperti at-Tabari, al-Khattabi dan al-Hafiz Ibn Hajar.

Air merupakan komponen asas di dalam kehidupan manusia 
samada ianya berbentuk molekul sejuk atau panas. Kewujudannya tidak 
dapat dipisahkan kerana ia memberikan banyak faedah kepada manusia.

Akhir kalam, kedua-dua pilihan ini (makan atau minum secara berdiri atau duduk) adalah dibenarkan tanpa larangan/ tanpa makruh (bi duun kiraha).

Namun begitu, PERBUATAN MAKAN DAN MINUM SAMBIL DUDUK ADALAH LEBIH AFDAL kerana Rasulullah S.A.W melakukannya lebih kerap (banyak kali) berbanding perbuatan berdiri.

Sumber rujukan: Qiblati edisi 04 tahun II. Judul: Larangan Minum sambil berdiri, Hal 16

BACA INI JUGA: Sains Membuktikan Ayat Al-Qur'an Bahawa Hujan Mampu Menggegarkan Bumi

Sumber: Apanamadotcom.wordpress.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon