Nov 9, 2014

The Island Race, Tragedi San Diego

Informasi Dunia. Tanggal 9 Mac 2013 yang lalu, satu perlumbaan kapal layar secara besar-besaran telah diadakan di perairan pantai San Diego. Perlumbaan tersebut dikenali sebagai The Island Race.

The Island Race

Kebanyakan peserta yang menyertai perlumbaan tersebut datang dari pulau-pulau berdekatan, antaranya Pulau Catalina dan San Diego.

Antara peserta yang menyertai perlumbaan tersebut ialah Craig Thomas William, 36. Beliau merupakan salah seorang pelayar yang terkenal. Dia yang juga merupkan salah seorang ahli Silver Gate Yacht Club di San Diego menggunakan kapal layar yang diberi nama Uncontrollable Urge.

Pihak pengajur perlumbaan telah menetapkan jarak perlumbaan itu sejauh 139 batu nautika. Perlumbaan tersebut akan bermula di Newport Harbor di Orange Country Friday dan berakhir di Point Loma, San Diego.

Tepat pukul lapan pagi, kesemua peserta dilepaskan. Dengan kelajuan angin sehingga 20 knot pada masa itu telah membantu pelumba-pelumba menggerakkan kapal layar mereka. Masing-masing menunjukkan kepakaran mengawal kapal layar dengan teknik tersendiri.

Pada mulanya, perlumbaan berjalan dengan lancar dalam tempoh dua jam pertama. Tiba-tiba, pusat kawalan menerima panggilan kecemasan daripada kapal Uncontrollable Urge.

Uncontrollable Urge San Diego Tragedy Map

Kapten kapal memaklumkan pusat kawalan tentang ribut kencang yang bakal melanda. Bagaimanapun, belum sempat maklumat ini sampai ke pusat kawalan, panggilan itu terputus.

Tepat pukul 11 pagi, penganjur pertandingan menerima berita tentang sebuah kapal layar telah pecah dan dihanyutkan ke Pulau Clement. Pihak pengajur kemudiannya menghantar pasukan penyelamat untuk membantu anak-anak kapal yang berada di dalam kapal tersebut.

Sejurus pasukan penyelamat tiba ditempat kejadian, mereka mendapati rangka sebuah kapal layar berukuran 32 kaki telah pecah dan karam. Kelihatan pada serpihan itu kapal itu tertera tulisan Uncontrollable Urge. Pasukan penyelamat kemudian memaklumkan perkara itu kepada pihak pengurusan maklumat mengenai kapal itu.

Mengikut maklumat daripada pasukan penyelamat, kapal tersebut terdiri daripada lima orang anak kapal yang diketuai William selaku kapten kapal tersebut.

Tanpa melengahkan masa, pihak penyelamat terus menjalankan misi mencari dan menyelamat. Beberapa minit kemudian, mereka telah menemui lima orang mangsa tragedi yang masih lagi terselamat.

Uncontrollable Urge San Diego Tragedy
Kapal layar pecah dipukul ombak.

Lima minit kemudian, seorang lagi mangsa yang sudah tidak bernyawa ditemui tidak jauh dari kelima-lima mangsa tadi. Selepas diperiksa, mereka mendapati mangsa tersebut adalah William. Mereka kemudiannya dibawa ke hospital San Diego dengan menaiki helikopter.

Sebaik sahaja kesemua mangsa tragedi berada dalam keadaan stabil, mereka menceritakan detik-detik bagaimana cemas semasa tragedi tersebut.

Mengikut cerita mereka, pada hari kejadian, angin bertiup kuat dengan kelajuan mencecah 30 knot sejam. Pada masa yang sama, ombak setinggi lapan kaki tidak henti-henti menghempas kapal mereka sehingga kapal itu hilang kawalan.

Kapten William pada masa itu mengarahkan krew-krew kapal untuk mengawal kapal tersebut. Namun usaha mereka gagal.

Uncontrollable Urge San Diego Tragedy Coast Guard

Pada masa yang sama, mereka cuba mengaktifkan ciri-ciri keselamatan di atas kapal untuk memberitahu pihak berkuasa kedudukan dan maklumat-maklumat penting tentang kapal mereka ketika itu.

Oleh kerana gagal mengawal kapal, krew kapal terpaksa menjatuhkan sauh untuk mengelakkan mereka terus hanyut ke tengah laut. Namun, usaha untuk menjatuhkan sauh tersebut gagal, tali sauh tersangkut!

Kemudian, beberapa orang krew cuba menggunakan bot keselamatan untuk menjatuhkan sauh. Tetapi, pada masa itu kapal tersebut sudah tidak stabil lalu pecah dan terbalik.

Masing-masing cuba untuk menyelamatkan diri, sehinggalah mereka tidak sedarkan diri. Sedar-sedar sahaja, mereka sudah berada di hospital.

Menurut Chuck Hope, Komander Kelab Layar San Diego, pada mulanya, mereka tidak berada dalam keadaan bahaya. Mereka sepatutnya mampu untuk melengkapkan perlumbaan dan boleh menyelamatkan diri daripada sebarang kecelakaan.

Namun, keadaan mula bertambah teruk apabila ombak mula mengganas dan angin semakin kencang.

Menurut Hope lagi, Uncontrollable Urge amat dikenali dalam perlumbaan kapal layar di mana anak-anak kapal serta kaptennya sangat berpengalaman. Kejadian ini sepatutnya mustahil boleh berlaku kepada mereka.

Uncontrollable Urge
Gambar fail Uncontrollable Urge.

Tragedi ini sebenarnya berlaku hampir setahun selepas kejadian empat orang pelayar meninggal dunia semasa perlumbaan dari Selatan California ke Mexico.

Menurut pakar forensik yang menyiasat kejadian tersebut, mereka percaya kapal layar Aegean yang berukuran 37 kaki telah terkandas di Pulau North Coronado di luar pantai Mexico semasa perlumbaan dari Newport ke Ensenada.

Malah, pada bulan yang sama, lima orang pelayar lagi telah meninggal dunia di perairan pantai California Utara apaila kapal layar mereka yang berukuran 38 kaki telah dipukul ombak kuat lalu merempuh batuan dan terbalik semasa perlumbaan.

Dalam siri kejadian yang lain, tiga orang pelayar terselamat dalam kemalangan berhampiran Kepulauan Farallon, kira-kira 27 kilometer dari barat San Francisco.

-Sentiasapanas.com

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

4 comments

Admin, saya tak faham. Apa kaitan antara semua kejadian ni.

Tragedi malang yang berlaku dalam perlumbaan kapal layar dunia dimana kesemua kapten dan anak kapalnya merupakan pakar dalam bidang pelayaran..:)

Tragedi yang tak terjangka akan berlaku ni. Mmg bahaya...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon