Thursday, June 04, 2015

Herba Penawar Mujarab Penyakit Gout


Penyakit gout merupakan penyakit yang biasanya dihidapi oleh kebanyakan oleh lelaki. Walau bagaimanapun, wanita yang sudah putus haid juga mempunyai risiko untuk mendapat penyakit gout ini walaupun risiko tersebut tidaklah sebesar kaum lelaki.

Penawar-Gout

Penyakit Gout biasanya berlaku akibat dua faktor iaitu asid urik berlebihan dalam badan dan asid urik yang tidak dibuang secara berkesan dalam badan. Asid urik yang berlebihan akan menyebabkan ia membentuk jarum-jarum kristal pada sendi-sendi dan mungkin juga terbentuk pada tempat lain. Akhirnya ia juga mungkin boleh menyebabkan batu karang dalam buah pinggang.

Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki.

Istilah "gout" berasal daripada perkataan bahasa Latin, "gutta" yang bermakna 'setitis', disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.

Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia dan paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. Namun ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an.

Bahaya Ubatan Moden Merawat Gout

Pengambilan ubat-ubatan moden tertentu seperti antibiotik, pelancar air kencing, dan ubat-ubatan kemoterapi bagi merawat kanser dipercayai antara faktor yang menyumbang kepada ketidakseimbangan fungsi hati dan buah pinggang. Ini juga dipercayai sebagai punca peningkatan risiko gout.

Sebab itu bahan sintetik dan bahan tidak holistik seperti bahan pewarna tiruan, plastik, kimia pencemaran dan ubat-ubatan moden boleh mendatangkan kemudaratan kepada tubuh, termasuk hati.

Intervensi dengan bahan-bahan semula jadi ialah pilihan utama pengamal-pengamal perubatan alternatif.

Herba Penawar Gout

Cuka epal, minyak zaitun, vitamin C dos tinggi dan herba tertentu semuanya dipercayai sesuai untuk merawat gout. Tiada sebarang ujian klinikal (kajian sains) pernah dijalankan terhadap bahan yang disebutkan.

Namun pengamal-pengamal perubatan alternatif, faham mengenai fungsi organ sistem dan tindak balas biokimia mudah mengenal pasti agen atau bahan yang sesuai bagi merawat sesuatu penyakit termasuk gout.

Sesungguhnya bahan-bahan yang disebutkan membantu mentona dan menguatkan fungsi hati.

Minyak kelapa dara, sama ada yang sediakan dengan cara dimasak atau diperam kedua-duanya boleh digunakan untuk meredakan gout. Ia boleh diambil bersama minyak zaitun atau secara bersendirian.

Sebagaimana minyak zaitun, minyak kelapa dara juga berupaya mengharmonikan paras lipid dalam darah, termasuk hati.

Pada masa sama, herba berikut juga sesuai diambil untuk tindakan sinergi. Herba-herba yang boleh digunakan ialah dukung anak, chai-hu (herba Cina, Bepleurum chinense, Huang-qi (astragalus membranaceus) dan gambir sesuai digunakan bagi meredakan gout.

Vitamin C dos tinggi sering dibimbangi meningkatkan risiko batu karang. Ini kerana secara teori asid askorbik (nama sains vitamin C) diubah kepada oksalat (oxalate). Komposisi batu karang terdiri dari garam, sama ada kalsium oksalat.

Kalsium fosfat atau salah satu daripada kedua-dua bahan ini. Kalsium oksalat tidak larut dalam air dan larut amat sedikit dalam cuka. Namun jika ia diambil bersama-sama cuka epal bukan sahaja ia mencegah pembentukan batu karang, malah batu karang yang sedang dialami juga akan larut.

Mekanisme bagaimana cuka epal, di mana berupaya melakukannya tidak diketahui. Kemungkinan besar beberapa jenis asid organan lain yang terkandung dalam cuka epal membantu melarutkan kalsium oksalat.

Dan, dipasaran tempatan kita hari ini pun, banyak syarikat dan individu yang membekalkan kaedah rawatan menggunakan herba. Hanya terpulang kepada anda untuk memilih produk yang benar-benar berkesan..

BACA INI JUGA: Habbatus Sauda, Ubat Penawar Semua Penyakit Kecuali Mati

1 comment

  1. Assalammualaikum... SP,

    terima kasih info nie... sedang2 mencari akhirnya berjumpa..

    mselim3

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon