Dec 28, 2015

Tinggi Kandungan Asid Punca Diserang Penyakit Kanser

Ahli Biokimia dari Jerman yang juga salah seorang pakar biologi sel terkemuka dunia, Otto Heinrich Warburg mendapati bahawa punca penyakit kanser tersebar adalah akibat terlalu banyak kandungan asid di dalam badan.

Penyakit Kanser

Ianya merujuk kepada PH badan yang berada di bawah paras 7 sehingga membawa kepada keadaan ‘berasid’.

Warburg yang melakukan ujikaji terhadap kadar metabolisme tumor dan pernafasan sel turut mendapati, sel-sel kanser boleh hidup dalam PH rendah, serendah 6.0.

Beliau percaya, terdapat hubungan secara langsung antara PH dan Oksigen. PH yang lebih tinggi iaitu keadaan beralkali mengandungi kepekatan Oksigen lebih tinggi manakala PH yang lebih rendah iaitu keadaan berasid mengandungi kepekatan Oksigen lebih rendah.

Hasil kajian tersebut, Warburg dianugerahkan Hadiah Nobel dalam dunia perubatan pada tahun 1932 untuk penemuan yang amat besar ini.

Otto Heinrich Warburg

Dalam bukunya The Metabolisme Tumor, Warburg menunjukkan bagaimana semua jenis kanser di cirikan oleh dua keadaan, asidosis dan hipoksia (kekurangan oksigen).

Kekurangan oksigen dan asidosis adalah dua belah syiling yang sama, di mana jika anda mempunyai satu, anda juga akan mempunyai yang sebelahnya.

“Tisu penyakit kanser adalah berasid, manakala tisu yang sihat adalah beralkali. Air berpecah kepada H+ dan OH- ion, jika terdapat lebihan H+ ia adalah berasid dan jika terdapat lebihan OH- maka ia adalah alkali.”

Jadi, kunci kepada pencegahan kanser adalah mengekalkan tahap PH beralkali.

BACA INI JUGA: Air Liur Anjing Penyebab Kanser Payudara!

Sumber: Mynewshub

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

Menarik info ini.. ada logiknya teori beliau..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon