Oct 9, 2014

Air Liur Anjing Penyebab Kanser Payudara!

Seperti mana dalam sebuah hadis sahih dari Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad SAW bersabda, "Sucinya wadah seseorang ketika dijilat anjing adalah dengan membasuhnya sebanyak tujuh kali, salah satunya dengan menggunakan tanah." (Hadis Riwayat Muslim)

Anjing

Dalam Islam, air liur anjing telah diklasifikasikan sebagai salah satu daripada najis mughallazah, iaitu najis berat.

Justeru, adalah diharuskan setiap individu Muslim menyucikan bekas jilatan anjing dengan membasuhnya menggunakan air sebanyak tujuh kali. Salah satu di antara basuhan itu perlu menggunakan air yang mengandungi tanah.

Tahukah anda kenapa umat Islam diharuskan membasuh bekas jilatan anjing dengan tanah?

Pemeriksaan yang dijalankan oleh seorang pakar haiwan di London, Dr. Ian Royt, terhadap 60 ekor anjing menemui 180 sel-sel telur cacing pita dalam satu gram bulu anjing.

Satu perempat darinya membawa 71 sel telur berupa larva kuman, manakala tiga daripadanya sudah cukup matang untuk menempel pada kulit manusia.

Apabila pemeriksaan dilakukan ke atas sel-sel telur cacing tersebut, Dr. Royt mendapati ia sangat melekit dengan ukuran panjang mencapai satu milimeter (mm).

Ulat-ulat ini didapati berkembang biak dalam usus anjing dan sering ditemui dalam cairan najis serta air liurnya sehingga dikatakan mampu menularkan pelbagai jenis penyakit berbahaya.

Anjing, secara fitrahnya akan menjilat tubuhnya setiap hari. Ketika ia menjilat untuk membersihkan duburnya, telur cacing atau virus Tocks Characins akan menular ke dalam mulut, air liur, kulit dan bulunya.

Virus ini sebenarnya sangat sangat berbahaya kerana mampu membiak dalam organ-organ manusia.

Ianya sangat mudah menular terutamanya mereka yang tidak membasuh tangan selepas memegang anjing atau tanpa membersihkan bekas makanan selepas dijilat haiwan ini.

Virus ini juga pernah dikesan di dalam mata manusia sehingga menyebabkan penglihatan menjadi kabur dan seterusnya buta.

Ia juga sering ditemui hidup membiak berupa kantung sebesar kepala embrio di dalam paru-paru manusia. Cacing jenis Echinococcosis ini berupaya hidup membiak dalam tubuh manusia selama bertahun-tahun.

Menurut penyelidik dari University of Munich (http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/16516398), memelihara anjing akan meningkatkan risiko barah payudara berbanding menjaga haiwan lain seperti kucing atau arnab.

Penelitian terhadap peratusan penderita barah payudara mendapati 79.7 peratus daripadanya sangat aktif dalam aktiviti yang melibatkan anjing. Manakala 4.4 peratus dikalangan pesakit tidak memelihara anjing.

Di Norway misalnya, lebih separuh daripada 14,401 orang pemilik anjing disahkan menghidap penyakit kanser payudara!

Sebagai langkah pencegahan, pakar perubatan menganjurkan untuk membasuh tangan dengan bersih selepas menyentuh anjing.

Dalam erti kata seorang Muslim, ia haruslah disamak!

BACA INI JUGA: Kenapa Islam Menyamak Najis Berat Dengan Tanah?

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

7 comments

Terbukti jelas secara saintifik mengapa Islam mengharamkan anjing dan babi...

Betul tu, tapi ramai yang tak faham dan enggan menerima kebenaran..

Hairan juga sy kenapa anjing dan babi terutamanya , selalu dimasukkan DNA nya ke dlm bahan makanan. Apa istimewanya kalau umum sudah sedia maklum terkandungnya virus dasyat tersebut.

Uish ngeri nyer... tapi kenapa orang barat masih ramai juga nak bela anjing kan walaupun dah tau keburukannya...

Samak menggunakan air tanah. membuktikan tanah tidak boleh dijangkiti kuman

Allah lebih mengetahui.. sbb tu anjing ni haram...

Slam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser..herba warisan ini terlalu berkesan...akar kayu warisan...merawat dan membaik pulih...jangan sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi...

sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin

NAMA SYARIKAT SAYA.....JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon