Saturday, September 07, 2013

Makanan Yang Boleh Membantu Anda Tidur Lena Pada Waktu Malam


Anda mungkin sering mengalami masalah sukar tidur di waktu malam atau anda susah untuk terlena dan tidur selesa akibat sering terjaga.

Tidur

Jangan risau kerana mungkin anda tidak tahu makanan juga berupaya untuk membantu tidur malam anda menjadi lebih lena dan berkualiti.

Tetapi harus diingatkan supaya mengambil makanan-makanan berikut sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur bagi membantu proses pencernaan yang lancar.

Kacang almond

Kacang almond mengandung magnesium yang berupaya membantu manusia mudah tertidur dan merehatkan otot-otot badan.

Ia turut mengandungi protein yang berupaya menstabilkan kadar kandungan gula dalam darah ketika kita tidur.

Kacang almond akan membuatkan anda mudah tertidur dengan mematikan sirkulasi hormon adrenalin yang mengingatkan kita untuk beristirehat.

Teh hijau

Mengelakkan diri daripada mengambil minuman berkafein sebelum tidur adalah kunci utama untuk mendapat tidur lena namun terdapat juga sumber berkafein yang boleh mengatasi tidur tidak nyenyak anda.

Teh hijau contohnya mengandungi Theanine yang juga membantu manusia mudah terlena.

Pisang

Pisang juga turut mengandungi magnesium dan potassium yang baik untuk tidur lebih lena.

Seperti kacang almond, sumber mineral yang terdapat di dalam pisang membantu merehatkan otot-otot badan.

Apabila kita mengambil pisang sebelum tidur, Triptofan yang terkandung di dalam pisang juga akan ditukarkan oleh sel-sel badan kepada hormon serotonin dan melatonin yang berguna sebagai hormon penenang otak.

Susu

Sama seperti pisang, susu juga turut mengandungi triptofan. Kalsium yang terkandung dalam susu membantu mengurangkan tekanan dan menstabilkan saraf otak.

Sup miso

Sup miso pula mengandungi asid amino yang juga dapat meningkatkan kadar rembesan hormon melatonin.

Suhu sup yang panas juga membangkitkan rasa selesa dan tenang. Ini akan menyebabkan anda merasa mudah mengantuk.

BACA INI JUGA: Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Seksual Lelaki

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon