Tuesday, December 29, 2015

Son Doong, Misteri Gua Terbesar Di Dunia Yang Bersiul!


Keanehan sebuah gua yang terletak di Phong Nha-Ke Bang National Park, Bo Trach, Vietnam, telah menggemparkan orang ramai.

Son Doong Cave

Gua yang dinamakan Gua Son Doong ini disifatkan sebagai menakutkan kerana sering mengeluarkan bunyi-bunyi yang pelik.

Sebelum ini kewujudan Gua Son Doong tidak pernah disedari oleh sesiapa, sehinggalah ia ditemui oleh seorang lelaki tempatan bernama Ho Khanh pada tahun 1991 secara tidak sengaja.

Namun, walaupun selepas penemuan itu, tidak ada seorang pun yang berani menjejakkan kaki ke sana kerana penduduk tempatan menganggap gua ini berhantu!

Dikatakan, berdiri dipintu masuk gua sahaja pun sudah cukup membuatkan bulu roma berdiri.

Gua Son Doong dikatakan mengeluarkan suara-suara pelik seperti siulan yang muncul dari dalam gua sepanjang hari.

Ditambah lagi dengan persekitaran gua yang dingin, menambahkan lagi perasaan seram kepada sesiapa yang mahu berkunjung.

Kerana kepercayaan itu, selama bertahun-tahun penduduk tempatan meyakini bahawa gua ini ada penunggu dan mereka sering menjauhkan diri dari mendekati tempat yang dikatakan berhantu ini.

Sehinggalah semuanya tersingkap pada tahun 2009, selepas sekumpulan saintis dari British Cave Research Association, memutuskan untuk mengkaji misteri Gua Son Doong.

Hasil kajian yang diketuai oleh Howard Limbert, bermula dari 10 hingga 14 April 2009, mengesahkan gua ini memang mengeluarkan bunyi seperti siren.

Dan bunyi pelik itu bukanlah suara penunggu tetapa ia sebenarnya berasal daripada tiupan angin dan deruan aliran sungai yang deras dari dalam gua.

Son Doong Cave River

Pasukan ini bukan sahaja berjaya membongkar misteri suara pelik yang sangat ditakuti penduduk, malah mereka juga menemui bahawa Gua Son Doong sebenarnya menyimpan sesuatu yang sangat berharga.

Berdasarkan kiraan yang dibuat, Gua Son Doong lima kali lebih luas daripada gua terbesar Vietnam, Gua Phong Nha, malah lebih besar daripada gua terbesar di dunia ketika itu iaitu Gua Rusa di Sarawak, dengan ukuran panjang dua kilometer, tinggi 100 meter dan lebar 90 meter.

Gua Son Doong pula memiliki keluasan, lima kilometer panjang, tinggi 200 meter dan lebar 150 meter.

Dengan ukuran ini, Gua Son Doong telah dinobatkan sebagai gua paling besar di dunia, mengalahkan pemegang rekod sebelumnya, Gua Rusa.

Menurut Howard, ekspedisi memasuki Gua Son Doong sangat mencabar. Namun, kesukaran yang dihadapi sungguh berbaloi apabila mereka sekali lagi menemui 'harta terpendam' di dalam gua tersebut.

Son Doong Cave Forest

Apa? Mereka mendapati bahawa di dalam Gua Son Doong terbentang hutan dan sungai yang sangat luas!

Bagaimana? Kajian menunjukkan beberapa bumbung gua telah runtuh, kemungkinan terjadi sejak beberapa abad dahulu.

Runtuhan bumbung gua telah membenarkan air hujan dan cahaya matahari masuk sehingga tumbuhan mampu hidup di situ.

Selain wujud hutan kecil yang menghijau, Gua Son Doong turut dihiasi padang alga.

Padang alga ini menyelimuti sebahagian lantai gua sehingga membuatkan kawasan itu kelihatan seperti permaidani yang sangat indah, dan pengkaji menamakan kawasan ini sebagai Garden of Edam.

Son Doong Cave stalagmit

Gua Son Doong turut menyimpan keindahan kristal yang luar biasa, terbentuk dari titisan air ratusan tahun dahulu.

Malah, ianya mengandungi beberapa formasi stalagmit tertinggi di dunia melebihi 70 meter!

Malah dikatakan juga, Gua Son Doong masih menyimpan banyak lagi rahsia alam yang masih tersembunyi.

Hanya menunggu masa untuk disingkap satu persatu!

BACA INI JUGA: Penempatan Tebing Purba Yang Menakjubkan

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon