Sunday, June 28, 2015

5 Makam Wanita Purba Paling Terkenal


Biasanya sejarah purba didominasi oleh lelaki, maka tidak hairanlah jika kebanyakan tugu peringatan dibina untuk golongan ini termasuklah Piramid Giza atau Kuil Dionysius.

Hanya segelintir sahaja golongan wanita yang dianggap penting dalam perjalanan sejarah umat manusia dan mendapat pengakuan hingga dibuatkan monumen atau tugu peringatan untuk mengenang jasanya.

Berikut adalah 5 kubur wanita purba paling terkenal yang pernah direkodkan.

1. Kuil Persemadian Ratu Hatshepsut, Mesir

Makam Ratu Hatshepsut

Candi tempat persemadian mayat ini merupakan bangunan megah yang memiliki nilai sejarah yang didedikasikan untuk Ratu Hatshepsut.

Ratu ini adalah sebahagian daripada dinasti ke 18 Mesir purba yang berkuasa hampir 30 tahun dan berjaya menjadikan dirinya sebagai firaun wanita paling terkenal dalam sejarah tamadun Mesir.

2. Makam Ratu K'abel, Guatemala

Makam Ratu K'abel

Ratu K'abel adalah ratu paling terkenal dalam sejarah peradaban Bangsa Maya. Walaupun begitu, kubur ratu ini telah tersembunyi selama hampir 1,400 tahun sehinggalah penemuannya pada tahun 2012 yang lalu.

Meskipun memerintah bersama-sama suaminya, Ratu K'abel dianggap memiliki kuasa dan pengaruh yang lebih tinggi.

3. Makam Shert Nebti, Mesir

Makam Shert Nebti

Shert Nebti adalah puteri pada zaman Mesir purba yang dianggarkan hidup sekitar 4,500 tahun dahulu. Tidak banyak riwayat tentang ratu ini yang diketahui dan kemungkinan dia adalah puteri Raja Men Salbo.

Walaupun begitu, ratu ini dianggap wanita yang sangat berpengaruh dan terbukti melalui kuburnya yang dikelilingi makam para pegawai tertinggi kerajaan.

Makam Puteri Shert Nebti ditemui ditanah perkuburan berhampiran piramid Saqqara. Ahli arkeologi percaya terdapat beberapa lagi makam lain yang masih tersembunyi.

4. Makam Helena, Itali

Makam Helena

Makam Helena adalah sebuah makam purba yang terletak di kawasan Via Casilina, Rom, Itali. Menurut Wikipedia, makam ini dibina antara tahun 326 sehingga 330 masihi atas arahan Raja Konstantin I.

Pada mulanya, makam ini dibina untuk Konstantin sendiri tetapi kemudian dijadikan tempat persemadian ibunya, Helena, yang meninggal dunia pada tahun 328 masihi.

5. Makam Shangguan Wan'er, China

Makam Shangguan Wan'er

Wanita ini dianggap memiliki pengaruh besar dalam sejarah China, kerana dia adalah perdana menteri wanita pertama dalam kerajaan China purba. Shangguan Wan'er adalah cucu kepada seorang pegawai kerajaan yang menonjol semasa pemerintahan Maharaja Gao Zong. Dia kemudiannya menjadi gundik maharaja.

Kemudian, ketika ibu maharaja iaitu Maharani Wu Zetian memegang tampuk kuasa, maharani telah melantik menantunya yang terkenal dengan otak yang cerdas dan berbakat dalam bidang pentadbiran negara itu sebagai penasihat serta pembantunya.

Ketika Shangguan Wan'er meninggal dunia, sebuah makam dibina bagi menghormatinya. Makam itu tertimbus selama berabad lamanya dan hanya ditemui beberapa tahun lalu.

Sayangnya, keadaan makam itu tidak lagi sempurna kerana binaannya telah rosak teruk yang mungkin disebabkan oleh konflik politik yang berlaku ketika peralihan kuasa ketika itu.

BACA INI JUGA: Misteri Kewujudan Nefertiti Permaisuri Agung Firaun

-SENTIASAPANAS.COM

2 comments

  1. ohh..terkenal sampai aku tak tahu satu makan pun. haha..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon