Thursday, May 21, 2015

Tiket Konsert Paling Mahal Selebriti Terkenal


Di tanahair kita, artis tempatan sukar nak buat konsert kerana tidak ada penaja dan bila dikenakan tiket yang mahal, ramai pula yang merungut walaupun itu adalah penyanyi kesayangan yang diminati mereka.

Namun bagi nama-nama tersohor dalam bidang hiburan di peringkat antarabangsa, soal tiket mahal bukanlah perkara baru namun mereka tidak berdepan sebarang masalah kerana biasanya tiket konsert mereka akan terjual dalam sekelip mata.

Berikut ialah antara tiket-tiket penghibur yang paling mahal pernah direkodkan diserata dunia.

Paul McCartney
USD$2,000

Paul McCartney

Sebagai salah seorang ahli kumpulan Beatles yang sangat terkenal dan tersohor di serata dunia, adalah agak mustahil untuk menafikan impak daripada namanya yang terkenal itu.

Jadi sudah tentulah tidak pelik jika peminatnya sanggup membayar berapa sahaja harga tiket yang dikenakan untuk melihat Paul beraksi asalkan impian mereka tercapai.

Secara puratanya tiket untuk konsert bergeraknya di Amerika Syarikat pada 2011 ialah USD$150 bagi tiket biasa tapi akan mencecah USD$2,000 bagi tiket-tiket VIP.

Barbara Streisand
USD$1,000

Barbara Streisand

Konsert bergerak yang diberi nama 'La Streisand' telah berjaya menjadikan Barbara Streisand sebagai penyanyi konsert bergerak dengan harga yang paling mahal pada tahun 2012 semasa beliau mengadakan konsert bergeraknya ke seluruh Amerika Syarikat.

Harganya dikatakan mencecah USD$1,000 selain para pembeli tiket turut dikenakan caj servis tambahan untuk menyaksikan konsert itu. Alasan Barbara untuk tiket konsertnya yang mahal itu ialah kerana dia jarang mengadakan konsert.

Namun, mujurlah dikatakan kebanyakan daripada keuntungan untuk konsert itu turut disalurkan ke badan kebajikan yang dibantu oleh Barbara.

Rod Stewart
USD$800

Rod Stewart

Rod Stewart telah mengikat kontrak selama dua tahun dengan Caesar's Palace di Las Vegas untuk membuat persembahan di tempat hiburan terkemuka dunia tersebut.

Dan dikatakan para peminat yang ingin menyaksikan beliau membuat persembahan dalam setiap konsertnya perlu membayar kira-kira USD$800 untuk tujuan tersebut.

Sebagai artis yang banyak pengalaman dan telah lama dalam bidang industri hiburan, mungkin harga tersebut dianggap berpatutan bagi peminatnya.

Sting
$700 Paun Sterling

Sting

Konsert yang dianjurkan bagi penyanyi Sting ini agak istimewa bagi Sting sendiri dan juga para peminat-peminatnya kerana ia diadakan pada tarikh yang sama dengan hari lahirnya. Jadi tidak hairanlah jika harga tiket konsertnya agak tinggi daripada biasa.

Namun bagi sesiapa yang menghadiri konsert tersebut, mereka bukan sahaja akan dihiburkan oleh Sting malahan konsert amal tersebut turut menampilkan Lady Gaga, Bruce Springsteen, Stevie Wonder serta beberapa orang penyanyi lain.

Walaupun konsert tersebut bertujuan mengutip derma namun mungkin bagi sesetengah peminat harga $700 paun yang dikenakan agak tinggi dan pasti ada yang telah terlepas untuk menyaksikan konsert itu kerana gagal mendapatkan tiket.

Donny & Marie Osmond
USD$750

Donny & Marie Osmond

Bagi mereka yang pernah membesar dalam tahun 70an dan 80an, rasanya nama Donny & Marie Osmond ini adalah sangat terkenal dan pelbagai barangan dengan menggunakan nama ataupun gambar mereka ada terjual di pasaran.

Sejak zaman kegemilangan mereka pada tahun 70an lagi, penyanyi adik-beradik ini berjaya menarik minat para peminat mereka untuk menyaksikan persembahan mereka tidak kira dimana mereka membuat persembahan.

Tiket-tiket untuk persembahan mereka sempena Krismas di Chicago dikatakan mencecah harga USD$750 secara purata.

Shania Twain
USD$600

Shania Twain

Nama Shania Twain telah lama bertapak dalam industri hiburan dan walaupun pelbagai masalah dan kontroversi pernah melanda dirinya namun Shania tetap berdiri teguh sebagai seorang penghibur dan kerana itu jugalah para peminatnya sanggup meleburkan duit sehingga USD$600 semata-mata untuk melihatnya membuat persembahan di Las Vegas. Selain Rod Stewart dan Luis Miguel yang membuat persembahan di situ, Shania juga mencari rezekinya di kota yang sama.

Luis Miguel
USD$500

Luis Miguel

Bagi kebanyakan kit penduduk di Asia, mungkin tidak kenal dengan nama ini namun di benua Amerika, nama Luis Miguel sangat besar dan berpengaruh. Malahan rtis ini pernah memenangi beberapa anugerah Grammy, selain penampilannya di konsert-konsert yang akan dihadiri ribuan peminat serta albumnya yang terjual berjuta-juta unit.

Dalam konsert bergeraknya pada tahun 2005-2007, dia telah membuat persembahan di hadapan kira-kira 1.5 juta orang penonton yang mana secara keseluruhannya, jumlah jualan tiket bagi konsertnya mencecah ke angka USD95 juta.

Tiket untuk konsertnya di Vegas berharga dalam lingkungan USD500.

Jackie Evancho
USD$450

Jackie Evancho

Berbanding nama-nama lain dalam senarai ini rasanya nama Jackie Evancho adalah yang paling muda dan kurang pengalaman, namun itu semua tidak pernah membezakan taraf layanan terhadapnya dan tidak mengubah rasa sayang peminat terhadapnya sehingga sanggup mengeluarkan duit beribu-ribu ringgit semata-mata untuk melihat Jackie menyanyi.

Jackie tiba-tiba sahaja menjadi bualan ramai apabila aksinya melalui YouTube selain penglibatannya dalam Amerika's Got Talent mendapat perhatian seluruh dunia. Dia berjaya mencapai kegemilangan ini pada usia hanya 13 tahun.

Mungkin sejak dikenali telah banyak acara yang bersejarah buat Jackie tapi salah satunya yang agak memberangsangkan ialah tiket untuk menyaksikan konsertnya di New York berharga kira-kira USD$450 untuk satu tiket.

Elton John
USD$200

Elton John

Nama Elton John tidak perlu diperkenalkan lagi kerana penghibur ini begitu terkenal di seluruh dunia. Aksinya didalam dunia hiburan cukup menghiburkan dan memberikan kepuasan pada para peminatnya jika dapat menonton persembahannya secara langsung.

Walaupun terpaksa membayar harga yang agak tinggi untuk menyaksikan konsert-konsert iaitu pada kadar 200 paun semasa konsert bergeraknya pada tahun 2008, namun para peminatnya tidak merungut kerana dia memberikan segala yang terbaik untuk para peminatnya dalam konsert-konsert tersebut.

Bon Jovi

Bon Jovi

Nama kumpulan Bon Jovi juga adalah antara kumpulan-kumpulan veteran yang telah lama terlibat dalam industri dan telah sekian lama menghiburkan para peminat-peminatnya dengan membuat persembahan di pelbagai konsert-konsert bergerak mereka.

Salah satu konsertnya yang paling berjaya ialah yang diadakan pada tahun 2010 yang mana secara keseluruhannya konsert tersebut berjaya membawa pulangan sebanyak USD$200 juta.

Tiket pada harga biasa ialah sekitar USD$100 tetapi untuk yang ingin mendapat 'pakej istimewa' maka harganya mampu mencecah sehingga beribu-ribu dolar.

BACA INI JUGA: Sumpahan Bintang-bintang Terkenal Disney

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon