Dec 8, 2014

Dracula, Kisah Benar Yang Cuba Disembunyikan

Apa yang anda tahu tentang Dracula? Mungkin anda akan berkata ia adalah lagenda Vampire (pontianak) yang kehausan darah.

Dracula Untold

Sosok 'mayat hidup' yang takut bawang putih dan salib, menghisap darah mangsanya dileher dengan gigi taring seperti yang digambarkan dalam filem-filem karya Barat. Betul kan?

Disaat generasi kita hari ini disogokkan dengan pelbagai karya-karya watak si penghisap darah ini, percayakah anda jika watak Dracula itu sebenarnya wujud?

Dia sebenarnya adalah manusia biasa yang hidup sezaman dengan Sultan Muhammad Al-Fateh pada kurun ke 15.

Ketika itu berlaku peperangan antara empayar Islam dan empayar Kristian dalam merebut wilayah untuk meluaskan kekuasaan masing-masing. Kemuncak peperangan itu apabila runtuhnya Kontantinopel ke dalam penguasaan Turki Utjmaniyyah.

Baca kisah ini dulu kalau nak faham cerita ini, Pemimpin Terbaik Yang Disebut Dalam Hadis Nabi.

Dracula atau nama sebenarnya Vlad III berasal dari sebuah kawasan bernama Walachia di Rom. Dia adalah keturunan keluarga diraja kawasan itu yang ditugaskan oleh pihak gereja untuk menghapuskan penguasaan Islam ke atas wilayah tersebut.

Vlad the Impaler aka Vlad Dracula
Dracula.

Secara ringkas, Vlad III merupakan salah seorang panglima tentera salib. Disebutkan bahawa dia banyak melakukan pembunuhan terhadap umat Islam. Lelaki yang digelar Dracula ini telah membunuh 300 ribu umat Islam.

Korbannya dibunuh dengan pelbagai cara yang kejam. Antaranya dibakar hidup-hidup, dipaku kepalanya dan disula.

Paling kejam bila Vlad III melakukan taktik seksaan psikologi dengan melakukan hukuman Impalement - dimana sebatang tombak tajam akan ditusuk melalui dubur menembusi perut, kerongkong hingga keluar semula pada bahagian mulut atau kepala. Bukan hanya orang dewasa, bayi kecil turut menjadi mangsa.

Kekejaman Dracula

Beliau digelar Dracula yang bermaksud Son of Dracul (dragon) kerana perbuatannya dan para tenteranya yang suka meminum darah manusia yang diseksa mereka.

Apabila wakil kerajaan Turki datang untuk mengutip cukai di wilayah yang telah dikuasai Islam ketika itu, Vlad III membunuh utusan tersebut sewenang-wenangnya.

Kerana kekejaman itu, Sultan Muhammad Al-Fateh mengisytiharkan perang untuk memburunya.

Vlad III bersama tenteranya pernah pergi ke sebuah kawasan di Bulgaria yang berada dalam penguasaan kerajaan Uthmaniyyah. Mereka menyamar untuk masuk ke kawasan itu lalu membunuh lebih kurang 23,000 orang penduduknya!

Pernah sewaktu dalam perjalanan mencari Vlad III, Sultan Muhammad Al-Fateh bersama tenteranya lalu di sebuah kawasan hutan yang telah dibakar. Disitu, mereka menemui hampir 20 ribu manusia yang dipacak dengan kayu diatas tanah (human impalment).

Hanya serangan besar-besaran keatas Vlad III pada tahun 1476 berjaya menamatkan riwayat lelaki kejam itu. Vlad III akhirnya tewas ditangan Sultan Muhammad Al-Fateh dan kepalanya di penggal ditepi kawasan bernama Danua Snagov.

Manipulasi sejarah

Dracula Pembantai Umat Islam Dalam Perang Salib karya Hyphatia Cneajna

Sebuah buku berjudul Dracula Pembantai Umat Islam Dalam Perang Salib karya Hyphatia Cneajna menyatakan, kekejaman dilakukan Vlad III cuba dimanipulasi oelh Barat sejak zaman dahulu agar tidak tercoreng di wajah mereka.

Sekejam mana pun dia, Barat harus melindungi namanya kerana dia salah seorang pahlawan yang sangat kejam dalam perang salib mereka.

Maka, untuk menyembunyikan sejarah sebenar hero kejam itu, diciptakan sebuah watak fiksyen bagi mengalih tumpuan dunia daripada fakta sebenar.

Menurut penulisan Hpyhatia, penggunaan simbol salib dalam karya watak penghisap darah itu juga bersifat manipulasi.

Simbol salib merupakan salah satu cara Barat menghapuskan sejarah pahlawan tentera Islam dalam perang salib, sebaliknya mengangkat kehebatan mereka.

Bahkan diciptakan sinopsis kononnya Baratlah yang mampu mengalahkan Dracula, sekaligus menutup sejarah kehebatan peranan Sultan Muhammad Al-Fateh yang sebenarnya mengakhiri riwayat manusia kejam itu.

Jadi, tahulah anda kini siapa Dracula yang sebenarnya!

Ia tidak perlu ditembak dengan peluru perak atau anak panah yang sudah dijampi, mahupun menggunakan batang salib.

Dracula hanyalah manusia biasa yang pernah diburu suatu ketika dahulu kerana melanggar perjanjian dan telah menyeksa ribuan umat Islam.

Propoganda Jahat Barat

DRACULA-VS-Al-Fatih

Sejak dahulu, kita sudah biasa dihidangkan dengan karya-karya Barat yang bersifat propoganda dan memanipulasi sesuatu fakta.

Begitu memualkan apabila tokoh pahlawan Islam agung seperti Muhammad Al-Fateh yang turut digelar Mehmet The Conqueror digambarkan berlawanan sama sekali dalam filem Dracula Untold.

Seorang tokoh yang sudah disebut Rasulullah SAW sebelum kelahirannya, tetapi disifatkan sebagai manusia kejam dalam karya itu. Malah, ditamatkan riwayatnya oleh Dracula.. Kah kah..

Sampai begitu sekali Barat memutar belit fakta kerana tidak mahu melihat sejarah kekalahan mereka di tangan pemimpin Islam itu.

Dan malangnya kita hanya mampu tersenyum bila muda mudi Islam berkata, "Janganlah skeptikal sangat. It's just a movie. Nothing at all!"

Alahai, mungkin kita masih lagi ortodoks. Baiklah, mari kita cuba jadi lebih liberal sempena kedatangan tahun baru masihi nanti. Hmm..

Selamat datang 2015.

BACA INI JUGA: Kezaliman Manusia-manusia Vampire

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

9 comments

Mari mampuskan drakula!!

Kebenaran yg selalu diputarbelitkan pihak barat bagi menutupi kejahatan serta kekejaman mereka...

haha..aku baru tengok cite ni malam tadi...
thanks for da info..now we know the truth

Barat sentiasa memutar belit fakta demi kepentingan diri..

mmg itu cara barat menunjukkan kehebatannya ...

Fakta ni memang biasa saya baca tapi apa yang pasti Barat memang jahat. Sengaja memanipulasikan sesuatu perkara untuk.memburukkan umat Islam.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon