Thursday, October 15, 2015

Kisah Sedih Angkasawan Pertama Yang Terkorban Dalam Misi Ke Bulan


Kisah seorang angkasawan pertama dunia yang terkorban dalam misi kedua ke bulan pada tahun 1967 mungkin tidak sepopular kehebatan Neil Armstrong.

Vladimir Komarov
Vladimir Komarov.

Namun, kisah 'unsung hero' yang ditangisi itu dibukukan dalam sebuah autobiografi bertajuk, Starman: The Truth Behind The Legend of Yuri Gagarin. Kisah menyayat hati itu pasti membuatkan sesiapa sahaja menitiskan air mata.

Meskipun tajuk utama berkaitan Yuri Gagarin, namun isi kandungannya bukanlah menceritakan tentang kehebatan Yuri. Sebaliknya tentang sahabat baik angkasawan itu, Vladimir Komarov dari sisi peribadi Yuri.

Ceritanya bermula pada tahun 1967. Ketika itu, Pemimpin Kesatuan Sosialis Republic Soviet (USSR), Leonid Brezhnev mencadangkan satu idea untuk melepaskan dua pesawat secara bergilir ke angkasa lepas dengan menggunakan kapal angkasa baru, Soyuz 1 dan Soyuz 2.

Pada waktu itu, angkasawan yang dicadangkan untuk mengendalikan Soyuz 1 adalah Vladimir yang juga merupakan seorang juruterbang ujian, jurutera aeroangkasa dan angkasawan.

Vladimir Komarov Family
Bersama anak dan isteri.

Penerbangan itu merupakan penerbangan kedua Vladimir selepas berjaya ke bulan pada tahun 1961 bersama Yuri dan beberapa angkasawan lain.

Sebelum Soyuz 1 dilancarkan, ujian terperinci telah dijalankan ke atas kapal angkasa itu dan mendapati lebih 200 kerosakan.

Secara logiknya, misi itu sepatutnya dibatalkan jika tidak mahu sesiapa terkorban. Namun, ia tetap diteruskan. Sedar akan keselamatan rakannya, Yuri telah menulis sepucuk surat 10 halaman kepada Brezhnev. Dalam surat itu, Yuri menyatakan masalah tersebut serta kebimbangannya terhadap keselamatan Vladimir.

Malangnya, Surat itu tidak pernah sampai kepada Brezhnev kerana tiada sesiapa yang berani untuk menyampaikan surat itu kepada pemimpin USSR, bimbang akan diturunkan pangkat, dibuang kerja atau ditukar unit kerana dianggap melawan arahan.

Mahu atau tidak, misi perlu diteruskan dan Vladimir perlu pergi.

Vladimir Komarov - Soyuz 1
Soyuz 1 yang hancur lebur.

Berdasarkan cerita seorang lagi rakan, Russayev, sebelum penerbangan dia pernah bertanya kepada Vladimir kenapa mahu meneruskan misi itu walaupun tahu dia bakal terkorban.

Vladimir menjawab dengan linangan air mata, misi itu tidak akan dibatalkan oleh pemimpin tertinggi USSR. Sebaliknya, jika dia menolak tawaran itu, Yuri akan menggantikan tempatnya. Kerana tidak mahu melihat sahabat karibnya terkorban, Vladimir berkeras mahu meneruskan misi tersebut.

Menurut seorang wartawan Rusia, Brigitte Bartonek, pada hari pelancaran, 23 April 1967, Yuri ada bersama menyaksikan pelancaran roket. Yuri juga turut menyarung pakaian angkasawan dan mendesak untuk mengambil alih tugas itu tetapi dihalang.

Vladimir Komarov-funeral
Vladimir ditangisi seluruh rakyat Rusia.

Dengan perasaan berat hati, Yuri melepaskan rakannya pergi dengan linangan air mata. Pelancaran diteruskan dan berjaya berlepas pada jam 3:35 pagi waktu tempatan.

Selepas empat jam berlepas, media Soviet mengumumkan bahawa kapal angkasa Soyuz 1 berjaya dilancarkan dengan selamat. Kapal angkasa juga dilaporkan berfungsi dengan baik.

Pada jam 10, sekali lagi berita semasa melaporkan Vladimir dan Soyuz 1 berada dalam keadaan selamat.

Semua laporan yang tersebar memberi perkembangan positif namun disebalik itu tiada siapa tahu apa yang sedang berlaku kepada Vladimir diangkasa.

Ketika sedang mengelilingi bumi, Soyuz 1 mula menunjukkan tanda-tanda kegagalan fungsi. Antenanya rosak, sistem navigasi tidak berfungsi, kuasa enjin tidak menjadi dan beberapa kerosakan lain.

Selepas 19 kali mengelilingi bumi, akhirnya kapal angkasa itu berjaya memasuki atmosfera bumi. Bagaimanapun, semuanya sudah terlambat. Peralatan kapal sudah rosak. Minyak habis dan payung terjun gagal berfungsi.

Vladimir Komarov Rentung
Jasad rentung Vladimir.

Sekitar 12 jam kemudian, media mengumumkan bahawa Soyuz 2 akan dihantar ke angkasa lepas untuk menggantikan Soyuz 1.

Dan berita yang memeranjatkan melaporkan Vladimir terkorban dalam nahas kapal angkasa Soyuz 1 ketika melakukan cubaan mendarat akibat kegagalan fungsi kapal angkasa serta kerosakan payung terjun.

Ketika operasi mencari dijalankan, pihak berkuasa menemui jasad Vladimir yang rentung disamping pesawat Soyuz 1.

Melihat mayat rakannya, Yuri tidak mampu berkata-kata melainkan perasaan sesal kerana tidak berupaya memujuk Brezhnev membatalkan misi itu.

BACA INI JUGA: Misteri Kata-kata Neil Armstrong Sebelum Mendarat Ke Bumi

-SENTIASAPANAS.COM

4 comments

  1. berkait dgn pemimpin jugak ni... dan semangat setia kawan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apabila nafsu pemimpin terpaksa dituruti..sedih

      Delete
  2. sedihnya.. terharu jika dapat kawan yang sanggup bekorban macam ni.. memang teruk betul pemimpin tu..

    ReplyDelete
  3. Berkorban untuk orang lain...berbaloi kah?

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon