Feb 28, 2016

Kesan Buruk Akibat Tekanan Kerja Yang Anda Patut Tahu

Tidak dinafikan tekanan untuk memenuhi kehendak karier yang penuh dengan persaingan kini menjadi alasan manusia sanggup untuk bersusah payah.

Stress at work

Apabila wang menjadi fokus utama, maka ada sesuatu yang lain perlu dikorbankan. Kesihatan tidak lagi diberi perhatian lalu menyebabkan pelbagai penyakit dan stres kronik yang adakalanya boleh mengakibatkan kematian.

Sikap terlalu fokus dan obses terhadap kerja menyebabkan seseorang individu itu mengalami ketidakseimbangan dalam perjalanan hidupnya. Berikut adalah akibat tekanan kerja yang banyak.

Nutrisi badan tidak seimbang

Bila anda terlebih bekerja, badan anda menjadi terlampau penat. Ini menyebabkan anda bergantung kepada kopi untuk kekal bertenaga, juga cenderung untuk memilih makanan yang tidak sihat kerana kekangan masa yang terhad. Bersenam juga seakan perkara yang semakin dilupakan.

Kurang tidur Orang dewasa memerlukan tidur yang mencukupi antara 7 hingga 8 jam sehari bagi memberi tenaga pada keesokan harinya. Kurang tidur menyebabkan otak jadi lembap dalam memberi tindakbalas dan berfikir.

Tidak gembira

Asyik dengan kertas kerja dan perbincangan berjam-jam lamanya membuatkan anda tiada masa untuk diri sendiri, apatah lagi untuk orang sekeliling.

Tiada komunikasi untuk menyemai hubungan baik bersama keluarga. Mudah berang dan tidak mensyukuri nikmat hidup. Hubungan dengan manusia terganggu, sekaligus menambah beban stres yang ada.

Penambah tenaga

Tidak fokus, mengantuk dan letih mendorong anda untuk menikmati minuman tenaga agar segar kembali. Minuman tenaga mengandungi bahan tambahan dan vitamin yang jika diambil secara berlebihan boleh menyebabkan toksik pada hati, gangguan sistem saraf, tekanan darah rendah serta penyakit mental.

Penyakit

Menurut World Health Organizatiion (WHO), 35 peratus daripada kes stres kerja mengakibatkan penyakit mental kronik. Mereka juga mengalami kemurungan yang berpanjangan akibat panik dan kerisauan sepanjang masa.

Selain itu, bagi mereka yang bekerja melebihi 10 jam setiap hari mempunyai 60 peratus peluang lebih tinggi untuk menghidap penyakit jantung.

BACA INI JUGA: Anda Mengalami Masalah Mental Apabila Berfikir Terlalu 'Jauh'

Sumber: Eh.com.my

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon