Feb 11, 2015

Kanak-kanak Paling Berani Dalam Sejarah

Dunia dan sejarah sememangnya dipenuhi oleh kisah-kisah mengenai insan-insan paling berani. Namun, kali ini kita akan berkongsi mengenai kisah kanak-kanak paling berani sepanjang sejarah tamadun manusia.

Orion P. Howe

Orion P. Howe

Pada zaman Perang Sivil, walaupun mereka yang berusia di bawah 18 tahun tidak dibenarkan untuk berkhidmat sebagai askar tentera bersekutu, namun mereka dibenarkan menyertai perang tersebut sebagai pemuzik.

Pada ketika itu, Orion yang berusia 12 tahun telah membantu negaranya secara tidak langsung dengan memberikan hiburan berbentuk lagu-lagu kepada anggota tentera yang berperang.

Selama penglibatannya, dia terlibat dalam 14 buah kawasan peperangan yang berlainan dan walaupun anggota tentera yang lain berperang menggunakan senjata, apa yang dimilikinya hanyalah sebuah drum.

Malahan, dalam satu peperangan, dia ditugaskan untuk menghantar satu pesanan penting yang berjaya dilaksanakannya walaupun dia mendapat kecederaan teruk dalam proses melaksanakan tugasan tersebut.

Kerana keberaniannya itu, dia dianugerahkan 'Medal of Honor' menjadikan dia antara penerima paling muda dalam sejarah.

Harriet Hanson Robinson

Harriet Hanson Robinson

Pada zaman 1800an, dilahirkan sebagai kanak-kanak yang miskin adalah tidak menyenangkan. Kebanyakan daripada mereka akan dihantar untuk bekerja di kilang-kilang yang baru tumbuh bagaikan cendawan ketika itu.

Walaupun kerja yang dilakukan kebanyakannya merbahaya, namun keadaan memaksa mereka untuk bekerja.

Harriet baru berusia 10 tahun ketika mula bekerja di sebuah kilang di kawasan tempat tinggalnya.

Pada tahun berikutnya, para pekerja mula membuat protes kerana gaji mereka telah ditolak sebanyak 12.5%. Menurut autobiografi Harriet, pada hari protes itu berlaku, ramai daripada wanita-wanita dan kanak-kanak perempuan dimana Harriet menetap bersama mereka di sebuah asrama merasa ragu-ragu untuk pergi ke protes tersebut.

Namun, Harriet bertindak berani dan mula memberikan mereka motivasi agar meneruskan niat menghadiri protes itu untuk menuntut hak mendapatkan bayaran mereka yang sepatutnya.

Sifat Harriet yang berani itu berterusan sehinggalah dia juga bertindak sebagai aktivis untuk membenarkan hak seorang wanita agar dibenarkan untuk mengundi.

Sybil Ludington

Sybil Ludington

Dalam sejarah negara Amerika, Paul Revera dikenali kerana jasanya yang sanggup menaiki kuda pada tengah malam semata-mata untuk memberikan amaran pada pihak koloni tentang kedatangan pihak British.

Namun, sebenarnya selain Paul, terdapat seorang lagi yang bertindak melakukan hal yang sama iaitu Sybil Ludington.

Sybil berusia 16 tahun ketika itu dan dia telah menunggang kuda sepanjang malam untuk memberikan amaran kepada lebih 400 anggota tentera.

Perjalanannya dianggarkan sejauh 40 batu sedangkan Paul pula 20 batu. Sepanjang perjalanannya itu juga, dia telah diserang oleh penjenayah namun berjaya mengalahkan mereka menggunakan sebatang kayu.

Tindakannya itu berjaya mendapat perhatian dan pujian daripada Jeneral George Washington.

Helmuth Hubener

Helmuth Hubener

Bukanlah menjadi sesuatu yang pelik jika ramai daripada orang yang menentang pihak Nazi di tanah tumpah mereka adalah dari kalangan yang sangat muda. Salah satu daripadanya ialah keluarga Hubener.

Mereka berketurunan Mormon dan gereja yang mereka hadiri menentang tindakan-tindakan Hitler. Helmuth mula mendengar siaran radio luar yang adalah menjadi satu kesalahan besar.

Dia memulakan langkahnya dengan mengadakan kelas literasi anti-Nazi, merekrut rakan-rakannya untuk pergerakan penentangan yang dilakukannya terhadap Nazi.

Mereka telah bersama-sama mengedarkan lebih 60 risalah berlainan di sekitar Hamburg. Ketika itu Helmuth berusia 17 tahun dan dia telah ditangkap kerana perbuatannya menentang Nazi itu.

Dia dihukum bunuh pada tahun 1942.

Allen Jay

Allen Jay

Keluarga Allen Jay telah menentang sistem perhambaan dan apabila berlakunya Perang Sivil, mereka sekeluarga terus bertindak menjadi pelindung. Ketika itu dia baru berusia 14 tahun.

Dalam autibiografinya, Allen menyatakan yang rumahnya menjadi 'perhentian' untuk para hamba abdi yang melarikan diri.

Dia juga menyaksikan sendiri bagaimana hamba-hamba yang berjaya melarikan diri akan muncul di rumahnya dan dia akan menyorokkan mereka di ladang jagung. Malahan menjadi tugasnya juga untuk memberikan hamba-hamba itu makanan.

Pada waktu malam pula, Allen akan menggunakan 'wagon' untuk bergerak ke rumah datuknya untuk memindahkan hamba-hamba itu ke situ pula dan dikatakan ramai daripada hamba-hamba yang dibantu mereka berjaya melarikan diri ke Kanada.

Melba Pattillo Beals

Melba Pattillo Beals

Sekolah-sekolah di bahagian selatan Amerika Syarikat mengalami waktu yang sukar apabila proses sekolah pengasingan kaum berlaku di situ dan bagi sekolah 'Little Rock Nine' tentunya cukup sukar kerana mereka dipilih sebagai sekolah pertama untuk memulakannya di Arkansas.

Melba yang berkulit hitam membuat keputusan untuk menghadiri sekolah yang dikhaskan untuk kaum kulit putih ketika usianya mencecah 13 tahun namun hanya pada usia 15 tahun barulah dia dapat ke sekolah berkenaan.

Sejak dia memulakan persekolahan di situ, dia diancam dengan pelbagai bahaya. Mula-mula sekumpulan tentera terpaksa dipanggil untuk membantunya sampai ke sekolah.

Disekolah pula, dia diludah, sengaja dijatuhkan dan pernah disiram asid dimukanya. Keluarganya juga menerima beratus-ratus panggilan dan surat yang berbaur ugutan.

Namun, disebalik semua rintangan dan halangan yang dihadapinya, Melba meneruskan pengajian di sekolah itu dan hanya berhenti apabila pihak Gabenor menutup sekolah tersebut.

BACA INI JUGA: Alexia Sloane, Kanak-kanak Penterjemah 4 Bahasa!

-Sentisapanas.com

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

3 comments

jarang jumpa kanak kanak yang berani macam ni. saya tertarik dengan kisah Allen Jay tu.

Mereka layak diiktiraf kanak2 luar biasa.

Memang berani & luarbiasa.. mukan mudah nak jumpa kanak2 mcm ni...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon