Sep 6, 2015

Susah Tidur Malam? Cuba Minuman Ini Dan Rasai Hasilnya

Kurang tidur akan menganggu perjalanan rutin keesokan harinya, kami kongsikan tip ini untuk kebaikan bersama.

Susah Tidur Malam
Gambar hiasan.

Ada beberapa jenis minuman yang boleh anda cuba untuk membantu memudahkan tidur pada waktu malam. Bagi penuntut universiti, pelajar kolej atau mereka sudah berkerjaya yang masih ‘bertarung’ dengan masalah ini, boleh cuba dan rasai sendiri hasilnya.

Susu coklat

Salah satu minuman terbaik untuk dinikmati setiap hari adalah susu coklat. Susu panas dicampur dengan sirap coklat akan mengisi perut dan menenangkan saraf.

Teh pudina

Teh pudina panas dengan sedikit perahan jus lemon akan membantu anda tidur seperti bayi. Minum minuman ini satu jam sebelum tidur.

The Chamomile

Teh jenis Chamomile tanpa gula adalah minuman yang tepat untuk dinikmati satu jam sebelum tidur. Teh ini membantu untuk menenangkan saraf dan mengurangkan tekanan.

Koko

Seperti kita tahu, koko adalah minuman kegemaran sepanjang masa kebanyakan orang. Minum coklat panas jika anda mengalami insomnia.

Susu hangat

Beralih ke susu hangat jika susah tidur. Tambah satu sudu penuh madu untuk satu gelas susu panas dipercayai dapat membantu tidur dan merehatkan tubuh sebelum melelapkan mata. Selain itu, ia dikatakan membantu seseorang untuk rasa segar kembali keesokan harinya.

Susu kacang badam (almond)

Dengan wujudnya vitamin E dalam susu, ia baik untuk mendapatkan tidur yang cukup.

Teh halia

Teh halia panas baik untuk pencernaan. Halia juga membantu menjaga perut yang baik selain memberikan rehat malam yang sempurna.

BACA INI JUGA: Bacaan Doa Jika Anda Sukar Tidur Malam

Sumber: Hmetro.com.my

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

Teh halia pernah cuba,,.terus terangkat suhu panas badan..hahaha

kalau sy minum air suam jer....terus lena smpai subuh hehhe

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon