Sabtu, Mei 10, 2014

Daun Teh Di Petik Gadis Perawan!


Loading...

Kebiasaannya jumlah gaji yang diterima oleh seseorang pekerja bergantung kepada taraf pendidikan serta pengalaman yang dimilikinya. Dan peraturan ini telah diterima pakai hampir diseluruh dunia.

Jiuhua Tea Farm

Walau bagaimanapun, ada juga kerjaya yang memerlukan kemahiran serta kualiti tersendiri tanpa kelulusan yang tinggi.

Adakalanya, mereka juga diberikan gaji yang lebih mahal memandangkan bukan semua orang mampu melaksanakan tugas tersebut.

Dan inilah yang berlaku disebuah ladang teh di China yang dikenali sebagai Ladang Teh Jiuhua yang terletak di daerah Gushi, Hunan. Kerja-kerja diladang teh ini mungkin sesuatu yang biasa namun ada sesuatu yang pelik disini.

Para pekerja disini bukanlah manusia luarbiasa yang memiliki kuasa hebat, sebaliknya hanyalah gadis-gadis muda sahaja.

Soalnya, apa yang istimewa sangat di ladang ini?

Tugas gadis-gadis muda ini hanyalah mengutip daun teh sahaja tanpa perlu melakukan kerja-kerja lain. Namun ada syaratnya, daun teh perlu dipetik menggunakan mulut atau bibir tanpa sentuhan daripada tangan.

Jiuhua Tea Farm [2]
Jiuhua Tea Farm [3]

Walaupun kedengaran mudah, tetapi bukan semua gadis di wilayah tersebut boleh bekerja di situ. Hanya mereka yang terpilih dan lulus ujian saringan ketika sesi temuduga sahaja yang layak diterima bekerja disitu.

Menurut salah seorang jurucakap ladang teh ini, Li Yong, terdapat beberapa kriteria penting untuk memilih pengutip daun teh. Mereka yang berumur 16 tahun keatas sahaja yang dibenarkan untuk memohon jawatan ini. Dan bagi mereka yang terpilih untuk bekerja disini, mereka tidak dibenarkan melakukan kerja lain walaupun selepas habis waktu kerja.

Ukuran asas yang menjadi perkara utama bagi mereka yang memohon pekerjaan ini adalah harus mempunyai bentuk badan yang menarik dan cantik. Gadis-gadis yang terpilih juga perlu mempunyai ukuran payudara yang besar dan tidak mempunyai sebarang parut dan kecacatan di badan.

Selain itu mereka juga perlu sentiasa bersih sebelum datang ke tempat kerja. Mereka yang didapati kurang bersih, bilik khas disediakan untuk mereka menghias diri.

Jiuhua Tea Farm Training

Semua pengutip daun teh di ladang ini juga perlu melakukan senaman khas setiap pagi untuk menguatkan leher dan bibir.

Dan seawal jam 7 pagi, gadis-gadis ini akan memulakan tugas memetik daun teh sambil membawa bersama sebuah raga kecil yang dipanggil Chaliuqing. Raga ini akan disangkutkan pada leher dan dada mereka. Raga tersebut diperbuat daripada ranting pokok dedalu yang dibuat menggunakan tangan.

Jiuhua Tea Farm Chaliuqing
Jiuhua Tea Farm Chaliuqing [2]
Jiuhua Tea Farm Chaliuqing [3]

Pengambilan pekerja adalah sangat ketat. Pekerja yang terpilih wajib mengikuti program khas untuk melatih mereka cara mengutip daun teh yang betul dalam tempoh tertentu. Jika didapati ada diantara gadis-gadis ini tidak mampu melakukannya, mereka tidak akan diterima bekerja disini.

Lantaran tugas ini dianggap susah dan tidak semua orang mampu melakukannya, habuan yang diterima oleh gadis-gadis ini cukup tinggi. Mereka akan menerima gaji sekitar 500 Yuan atau RM250.00 sehari!

Tugas ini merupakan amalan sejak dahulu lagi dalam budaya mereka. kepercayaan kepada lagenda yang mengatakan meminum air teh yang menggunakan daun teh hasil kutipan gadis-gadis perawan dianggap suci.

Drink Tea

Teh yang dibuat daripada daun teh ini mempunyai aroma dan rasa yang menyegarkan selain dikatakan mampu menyembuhkan penyakit dan membantu menurunkan berat badan.

Di China, penduduknya begitu sinonim dengan air teh. Sejarah menunjukkan teh merupakan minuman utama bangsa Cina sejak 5000 tahun dahulu.

Mereka percaya minuman ini memberi kesegaran serta kesihatan badan yang berpanjangan.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Betapa Berkhasiatnya Biji Tembikai?

Sumber: Sentiasapanas.com

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

2 comments

oo...macam tu ke...payah jugak la nak cari kerja kat situ..hehe

Blh cuba, klu dpt kerja untunglah tp mesti anak dara le hehe

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon