Sunday, August 11, 2013

Luarbiasa! Gurun Pasir Great Dune of Pilat Yang Semakin Membesar


The Great Dune of Pyla, yang terletak 60 km dari Bordeaux di kawasan Teluk Arcachon, Perancis, adalah merupakan gumuk pasir tertinggi di Eropah.


Juga dikenali sebagai Great Dune of Pilat, gumuk pasir ini sangat besar - berukuran 500 meter lebar, 3 km panjang dan ketinggian 107 meter di atas paras laut.

Oleh kerana lokasinya yang tidak dijangka dan keindahannya, kawasan ini kini menjadi salah satu destinasi pelancongan yang terkenal dengan lebih daripada satu juta pelawat setiap tahun.

Menariknya, gumuk pasir ini lumus bergerak ke dalam daratan, perlahan-lahan menolak hutan di belakangnya untuk 'menelan' rumah-rumah, jalan-jalan dan juga bahagian-bahagian Tembok Atlantik.

Kadar pergerakan adalah tidak berterusan, kadang-kadang ia bergerak pantas (10 meter dalam satu tahun) dan kadang-kadang sangat perlahan (kurang dari satu meter).

Sepanjang 57 tahun yang lalu, gumuk pasir ini telah berpindah sebanyak 280 meter memberi anjakan tahunan sebanyak 4.9 meter setahun.


[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon