Saturday, April 26, 2014

Akhirnya Planet Pluto Bukan Lagi Sebuah Planet!


Sebelum ini dalam sistem suria kita, terdapat sembilan planet iaitu Utarid, Zuhrah, Marikh, Musytari, Utarid, Uranus, Neptun, Bumi dan Pluto. Namun, pada 24 Ogos 2006 (ATAU 2012), nama Pluto telah disingkirkan daripada senarai planet menjadikan bilangan planet hanya tinggal lapan dalam sistem suria.

Planet Pluto

Mengikut rekod penyelidikan astronomi, Pluto telah ditemui pada tahun 1930 oleh seorang ahli astronomi, Clyde William Tombaugh menerusi teleskop di balai cerap Lowell di Flagstaff, Arizona, Amerika Syarikat.

Clyde yang meninggal dunia pada tahun 1997 adalah orang pertama di Hemisfera Barat yang berjaya menemui sebuah planet dalam sistem suria.

Semasa perhimpunan agung Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) yang ke 26 di Prague, Republik Czech yang berlangsung pada 14 hingga 25 Ogos 2012, satu keputusan bersejarah dalam dunia astronomi telah dihasilkan.

Status Pluto yang telah menjadi salah satu planet dalam sistem suria telah ditarik balik pada sidang umum pada 24 Ogos 2006 (ATAU 2012).

Keputusan tersebut adalah kemuncak perdebatan ilmiah dalam astronomi sejak awal 1990an yang tercetus kerana pelbagai penemuan baru yang menimbulkan keraguan sama ada Pluto layak dipanggil planet atau tidak.

Pluto yang menjadi anggota keluarga planet di sistem suria selama 76 tahun tidak lagi dikategorikan sebagai planet setelah ahi-ahli astronomi mencapai kata sepakat definisi baru tentang planet di perhimpunan itu.

Dalam definisi baru tersebut, sebuah objek angkasa perlu mempunyai tiga kriteria penting untuk digelar sebagai sebuah planet.

Pertama, sebuah objek angkasa perlu beredar mengorbit matahari. Kedua, ia juga perlu mempunyai daya graviti yang mencukupi untuk mengekalkan bentuk sferanya. Ketiga, ia mesti mempunyai laluan orbit yang jelas dan 'bersih' iaitu tidak mempunyai objek-objek lain yang sama atau lebih besar di kawasan sekeliling orbitnya.

Berdasarkan kepada takrifan baru untuk objek angkasa bergelar planet dalam sistem suria, Pluto hanya mempunyai dua daripada tiga ciri yang disebut.

Walaupun Pluto mengorbit matahari dan mempunyai daya graviti yang mencukupi untuk mengekalkan sferanya, Pluto gagal untuk memenuhi ciri yang ketiga iaitu terdapat objek-objek lain yang sama atau lebih besar berdekatan dengan orbitnya.

Disebabkan Pluto berkongsi kawasan orbit dengan beribu-ribu objek yang serupa dengannya di kawasan sekeliling orbitnya, maka ia telah disingkirkan daripada kategori planet dan dikelaskan semula serta tergolong dalam kategori planet kerdil (Dwarf Planet).

Bukan hanya kehilangan statusnya sebagi planet kesembilan di sistem suria kita, Pluto turut kehilangan namanya.

Pada 7 September 2006, nama Pluto telah ditukar dan dikenali hanya sebagai nombor 134340 oleh Minor Planet Center (MPC) iaitu organisasi yang bertanggungjawab mengumpul data mengenai asteroid dan komet dalam sistem solar kita.

Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) mendefinasikan planet kerdil sebagai objek angkasa yang mengorbit matahari, mempunyai jisim yang mencukupi untuk mengekalkan bentuk sfera dan bukan satelit sebuah planet atau benda lain diangkasa.

PLANET KERDIL

Dwarf planets

Terdapat lima planet kerdil yang telah dikenal pasti iaitu Eris, Haumea, Ceres, Makemake dan Pluto.

Perbezaan utama antara planet kerdil dan planet adalah bahawa planet kerdil cenderung untuk mengorbit dalam zon objek yang sama yang boleh menyeberangi laluan mereka di sekitar matahari seperti asteroid dan Kuiper Belt. Planet kerdil juga secara umumnya lebih kecil daripada planet Utarid.

Ahli-ahli astronomi percaya mungkin ada berpuluh-puluh atau lebih daripada 100 planet kerdil di luar sana yang masih belum ditemui.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Betapa Luasnya Alam Semesta?

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon