Jul 20, 2014

Tujuh Pesawat Penumpang Yang Ditembak Jatuh

Pesawat MH17 yang ditembak jatuh sebenarnya bukanlah kejadian pertama dalam sejarah penerbangan dunia.

Malaysian Airlines MH17 (2014)

Berikut merupakan tujuh insiden pesawat yang ditembak jatuh sejak tahun 1955.

El Al Israel Airlines ELAL402 (1955)

El Al Israel Airlines ELAL402 (1955)

Dalam kejadian bertarikh 27 Julai 1955 itu, pesawat Lockeheed L-049 Constellation yang berlepas dari London menuju ke Tel Aviv itu tersasar masuk ke ruang udara Bulgaria.

Akibatnya, ia ditembak jatuh oleh dua pesawat pejuang MiG-15 milik tentera udara Bulgaria dan terhempas dekat Petrich, Bulgaria sekaligus menyebabkan 58 penumpang dan anak kapal terbunuh.

Bulgaria membuat permohonan maaf dan menyifatkan juruterbangnya ‘tergesa-gesa’ mengambil tindakan.

Libyan Airline 114 (1973)

Libyan Airline 114 (1973)

Berpunca daripada cuaca buruk dan kegagalan alat komunikasi berfungsi, pesawat Boeing 727 yang dalam penerbangan dari Tripoli menuju ke Kaherah itu tersasar masuk ke ruang udara yang dikuasai oleh Israel dekat Semenanjung Sinai.

Ia kemudiannya dipintas oleh dua pesawat pejuang milik Israel dan kemudiannya ditembak jatuh selepas ‘enggan’ memberikan kerjasama.

Siasatan kemudiannya mendapati juruterbang itu menyangka pesawat pejuang itu milik Mesir yang mahu mengiringinya.

Bagaimanapun, lima daripada 113 orang penumpang dan anak kapal terselamat.

Korean Airlines KAL902 (1978)

Korean Airlines KAL902 (1978)

Pesawat yang dalam penerbangan dari Paris ke Seoul ini mengalami gangguan peralatan dan juruterbangnya tersilap membuat perkiraan dan terbang masuk ke ruang udara Kesatuan Soviet (ketika itu) di Garisan Artik.

Menyangkakannya ia pesawat pengintip, tentera udara Soviet melepaskan tembakan.

Namun, pesawat Boeing 707 itu berjaya membuat pendaratan kecemasan dekat sempadan Finland.

Dua daripada 109 penumpang dan anak kapalnya terbunuh.

Korean Airlines (KAL007) (1983)

Korean Airlines (KAL007) (1983)

Kejadian yang mengorbankan 269 orang penumpang dan anak kapal ini berlaku apabila pesawat pemintas milik Soviet Union menembak jatuh pesawat Boeing 747 yang dalam penerbangan dari New York ke Seoul.

Ia terjadi ketika kemuncak era Perang Dingin sekaligus meningkatkan kempen anti-Soviet terutamanya oleh Amerika.

Soviet kemudiannya mengaku bertanggungjawab lima hari selepas insiden.

Iran Air IRA655 (1988)

Iran Air IRA655 (1988)

Insiden ini berlaku ketika Perang Iran-Iraq dan juga ketika hubungan tegang antara Amerika Syarikat dan Iran. Tentera Laut Amerika menyangkakan pesawat Airbus 300 itu adalah sebuah pesawat pejuang.

Selepas beberapa amaran, kapal perang USS Vincennes melepaskan dua tembakan misil yang satu daripadanya mengenai pesawat itu.

Tindakan itu menyebabkan ia jatuh di Selat Hormuz, sekaligus membunuh semua 290 penumpang dan anak kapal.

Iran mendakwa Amerika sengaja menembak jatuh pesawat itu. Akibatnya, negara itu terpaksa membayar ganti rugi sebanyak AS$101.8 juta kepada Iran.

Siberian Airlines SBI1812 (2001)

Siberian Airlines SBI1812 (2001)

Pesawat dalam penerbangan dari Tel Aviv, Israel ke Novosibirsk, Rusia ini ditembak jatuh oleh misil dari Ukraine semasa terbang melintasi Laut Hitam.

Siasatan mendapati tentera udara Ukraine melepaskan dua misil semasa latihan ketenteraan yang menyebabkan 78 penumpang dan anak kapal maut.

Malaysian Airlines MH17 (2014)

MH17

Puak pemisah dituduh bertanggungjawab ke atas kejadian ini kerana dakwaan pesawat tersebut menggunakan peluru berpandu dari darat.

Ini kerana kawasan tempat MH17 didakwa ditembak, berhampiran Torez, merupakan kawasan di bawah kawalan puak pemisah sepenuhnya.

BACA INI JUGA: PANAS! CIA Dan Teori Konspirasi Hilangnya MH370

Sumber: Yahoo

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon