Feb 1, 2015

Kisah Benar Tippi Degre Bersahabat Dengan Binatang Buas

Kisah fantasi The Jungle Book (1894), garapan Rudyard Kipling's nyata bukan sekadar fantasi.

Tippi Degre

Tippi Degre, anak kepada dua orang jurugambar hidupan liar juga mempunyai kisah hidup semacam Mowgli, karakter fantasi ciptaan Rudyard.

Sebahagian besar dari masa kanak-kanaknya adalah di samping cheetah, harimau bintang, gajah, burung unta dan haiwan liar lain di Afrika.

Tanpa sebarang kongkongan dari ibu bapanya, Tippi dibiar bebas berkawan dengan mereka yang buas ini.

Tippi Degre [2]

Ketika berusia 4 tahun, gadis Perancis ini menghabiskan kebanyakan masanya bermain di samping haiwan-haiwan liar.

Sesuai dengan gelaran 'Jungle Girl', antara sahabat Tippi ketika itu adalah seekor gajah berusia 28 tahun yang digelar Abu, seekor harimau bintang yang digelar J&B, buaya, anak singa, zirafah, cerpelai, burung unta, meerkat, anak kuda belang, ular, burung nuri kelabu Afrika, katak kuak, charmeleon, Northen Greater Galago dan Banded Mongoose..sahabat? Ya, bersahabat!

Selain dengan haiwan, Tippi yang sememangnya dilahirkan di Namibia ini juga rapat dengan puak-puak orang asli disekitar tempat mereka tinggal.

Puak Bushmen dan Puak Himba tidak menolak Tippi untuk bergaul dengan mereka biarpun dia berlainan warna kulit dan bahasa. Malah, mereka turut mengajar Tippi bahasa dan cara hidup puak mereka.

Tippi kemudiannya berpindah ke Madagascar dan seterusnya ke negara asalnya, Perancis bersama kedua ibu bapanya.

Tippi Degre [3]

Ketika Tippi di Perancis, dia dihantar ke sekolah tempatan namun dia tidak dapat menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain.

Tippi kemudian hanya belajar dirumah namun apa yang mengagumkan, dia merupakan salah seorang pelajar jurusan seni perfileman di Universiti La Sorbonne Nouvelle di Paris.

Rujukan:
http://en.wikipedia.org/wiki/Tippi_Degr%C3%A9

BACA INI JUGA: Kanak-kanak Kurang Vitamin D Rendah IQ

-Sentiasapanas.com

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

3 comments

rasa pelik juga ni SP..dulu ada kan yang di bunuh oleh ikan pari tu..handal juga tu dari Australia..moga terus berjaya ni women

habis baca huuu hebat juga ya wanita pelik ni...subahanallah luarbiasa

Hebat dia ni.. mungkin aura dia sesuai dgn hidupan2 liar tu...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon