Friday, November 14, 2014

Misteri

Misteri

Selamat bertemu dalam ruangan info misteri yang memaparkan kisah-kisah misteri yang wujud diseluruh dunia!

Misteri

Diruangan ini, kami membawakan kepada para pembaca misteri sekalian tentang fakta, kisah dan info misteri yang benar-benar berlaku di dunia misteri kita ini.

Walau pun begitu, kami hanya mampu memaparkan sebahagian kecil info misteri yang berlaku setiap hari dalam kehidupan misteri ini.

Masih banyak lagi misteri terbesar di seluruh dunia yang tiada penyelesaiannya dan terus kekal misteri sehingga hari ini.

Mari penuhkan minda dan ilmu di dada dengan membaca cerita serta kisah info misteri yang benar-benar misteri yang berlaku disekeliling kita.

Semoga para pembaca yang suka membaca kisah-kisah info misteri selalu bertandang ke dunia info misteri ini..:)

INFO MISTERI UPDATE: 12/JANUARI/2017

  1. 'Sleep Paralysis', Misteri Ditindih Makhluk Menyeramkan Ketika Tidur
  2. Misteri Penampakan Elvis Presley Hidup Semula!
  3. Misteri Kapal Makhluk Asing Terdampar Di Pantai Muriwai!?
  4. Misteri Kesatria Hitam, Satelit Atau UFO?
  5. Angkasawan China Terdengar Bunyi Misteri Di Angkasa Lepas!
  6. Misteri Penampakan Lembaga Berjalan Atas Awan!
  7. Misteri Dan Asal-usul Surat Berantai
  8. Kejadian Misteri Di Laluan Kampung Sungai Lakit
  9. Misteri Kehilangan Granger Taylor Dibawa Makhluk Asing!?
  10. Misteri Kubur Panjang Di Pendang Kedah!
  11. 'Diajar Ribuan Ayat Suci Oleh Lelaki Berjanggut Putih'
  12. Misteri Tulisan Batu Nisan Berubah Di Kampung Banggol Dogol
  13. Misteri Puaka Banglo Minxiong
  14. Misteri Budak Tiga Tahun Disunat Jin Sewaktu Tidur!
  15. Kisah Benar Pengalaman Misteri Kembali Ke Masa Lampau
  16. Misteri Manusia Luarbiasa Yang Mampu Meramal Saham!
  17. Misteri Luka Bercahaya Ketika Perang Saudara Shiloh!
  18. 'Aku Sudah Mati Dan Melihat Neraka'
  19. Penyakit Misteri Liang Roma Badan Ditumbuhi Kuku!
  20. Misteri Personaliti Mollie Fancher Yang Membingungkan!
  21. Misteri Kubur Raja Dadah Indonesia Dipenuhi Air!
  22. Gambar Menyeramkan Sosok Hantu Terakam Di Vatican!
  23. Dari Mana Datangnya Api Misteri Yang Membunuh Phyllis?
  24. Misteri Tatzelwurm, Mitos Makhluk Lagenda
  25. 'Ajal Kamu Pada Malam Ke-13!'
  26. Gempar 'Wajah' Misteri Muncul Di Gunung Kinabalu!
  27. Video Misteri Penghadang Masjid Di Melaka Bergerak Sendiri!
  28. Misteri Kaum Kenit Hobbit Pupus Mengejut Di Kepulauan Flores
  29. Misteri Brazil Sebagai Lokasi 'Lawatan' UFO!
  30. Gambar Misteri Wanita Lebam Muka Di iPhone Baru!
  31. Misteri Manuskrip Voynich, 'Buku Yang Tiada Siapa Mampu Membacanya'
  32. Misteri 10 Ayam Hutan Mati Berjemaah ‘Bunuh Diri’?
  33. Gangguan Misteri Di Sungai Nibong
  34. Video Cahaya Misteri Berjaya Dirakam CCTV Restoran!
  35. Bina Piramid Atas Arahan Makhluk Asing!
  36. Penyakit Misteri ‘Real Zombie’, Darah Mengalir Melalui Mata, Hidung dan Telinga!
  37. Kehilangan Misteri Di Segi Tiga Bennington
  38. Misteri Asal Usul Simbol ‘@’
  39. Misteri Simbol Iblis Dalam Wang Kertas RM1 Dan RM5!
  40. Misteri Kehilangan 11 Hari Pada September 1752
  41. Penyakit Misteri Menangis Air Mata Batu!
  42. Misteri Rumah Berhantu 'The Baker Mansion'
  43. Misteri Penyakit Air Mata Berdarah
  44. Misteri Lapisan Plasma Angkasa
  45. Misteri Friday The 13th Masyarakat Barat
  46. Misteri Bebola Api ‘Terangi’ Langit Gemparkan Bangkok!
  47. Sundog, Fenomena Misteri Cahaya Matahari Menari
  48. Imej Bandar Misteri Terapung Gemparkan China!
  49. Misteri 5 Beradik 'Ghaib' Dalam Kebakaran!
  50. Misteri Fenomena Cahaya Paulding
  51. Misteri Surat Penyelamat Seksaan 25 Tahun
  52. Misteri Kematian Insiden Dyatlov Pass Yang Terus Menjadi Teka-teki
  53. Tapak Kaki Gergasi Nabi Adam Di Afrika Selatan?
  54. Misteri Pulau Anak Patung Xochimilco
  55. Misteri Deria Keenam, Sixth Sense!
  56. Misteri Tsunami Ais
  57. Misteri Penyakit XP 'Membakar' Tubuh!
  58. Sindrom Menkes, Penyakit Misteri Yang Menyerang Bayi
  59. 5 Misteri Kejadian Paranormal Yang Sukar Diterima Akal
  60. Sleepy Hallow, Misteri Sindrom Tidur Yang Menakutkan
  61. Misteri Perkampungan Orang Kerdil Di China
  62. Kisah Novel Yang Benar-benar Terjadi Selepas Ditulis!
  63. Misteri Keranda Bergerak Di Makam Chase Vault
  64. Misteri 41 Monyet Yang Terkena Sumpahan
  65. Kisah Benar UFO Mendarat Di Sekolah!
  66. Misteri Rayuan Roh Pulau Poveglia
  67. Misteri Patung Badut
  68. Kisah Benar Misteri Satu Kejadian Dialami Dua Orang Yang Berbeza
  69. Misteri Budak Lelaki Dikhatan Jin!
  70. Gempar Tangan Misteri Muncul Selepas Gempa Bumi Di Sabah!
  71. Yonaguni Pyramid, Misteri Penemuan Piramid Purba Di Dasar Laut Jepun!
  72. Misteri Dan Kisah Pelik Bukit Salbiah
  73. Penemuan Piramid Misteri Di Nusantara
  74. Misteri Ramalan Kematian John Lennon
  75. Misteri Penemuan Jam Tangan Swiss Berusia 400 Tahun!
  76. Misteri Pembunuh Suami Muncul Dalam Mimpi Isteri
  77. Gempar Pelajar IPT Dapat Duit Misteri RM1K Selepas Menderma!
  78. Dimana Harta Karun Beale Disembunyikan?
  79. Skandal Jean Harlow Kekal Misteri Di Pentas Hollywood
  80. Misteri Lelaki 'Tamam Shud'
  81. Emily Bridge, Misteri Penunggu Jambatan Tua
  82. Penemuan Artifak Makhluk Asing Mesir Yang Dirahsiakan
  83. Misteri Kalendar Suku Kaum Aztec
  84. Merungkai Misteri Kewujudan Planet Makhluk Asing
  85. Tetamu Misteri Hotel Fairmont
  86. Nenek Diselubungi Misteri, Radio Dipasang Kaset Al-Qur'an Meletup!
  87. Misteri Penyakit ‘Raynaud’ Menukar Tubuh Menjadi Ais!
  88. Misteri Mngwa Pemangsa Paling Di Geruni Di Afrika
  89. Misteri Pembunuh Di Tempat Duduk Belakang
  90. Misteri Enchated River, Sungai Tanpa Dasar!
  91. Misteri Pembinaan Taman Coral Castle Yang Menakjubkan
  92. Misteri Mexico Baby Alien
  93. Misteri Api Menganggu Dua Beranak Di Johor!
  94. Penjenayah Terkenal Yang Kekal Misteri
  95. Gef, Misteri Cerpelai Yang Boleh Bercakap
  96. Misteri Manusia Terbakar Secara Tiba-tiba
  97. Misteri 'Ley Lines' Garisan Spiritual Bumi
  98. Misteri Kalimah Cinta Yang Tersembunyi
  99. Misteri Mumia Tersenyum Yang Membingungkan Saintis
  100. Misteri Lukisan Berhantu 'The Hands Resist Him'
  101. Misteri Penemuan 'Orang Pendek' Di Sumatera
  102. Misteri Roh Mengembara Ke Alam Ghaib
  103. Benarkah Wujud Dunia Lain Di Perut Bumi?
  104. Misteri Seram Lukisan Berwajah Sedih
  105. Misteri Graffiti "Who Put Bella In The Witch Elm"
  106. Misteri Sumpahan Lukisan 'Crying Boy'
  107. Misteri Gambar 1870an Nicholas Cage Sebagai Vampire!
  108. Segitiga Bermuda, Misteri Kehilangan Flight 19
  109. Misteri Makhluk Buas Dari Gevaudan
  110. Kemalangan Dan Kematian Misteri Yang Membingungkan!
  111. Elisa Lam, Kematian Misteri Di Hotel Cecil
  112. Misteri Gadis Cantik Tidur 22 Jam Sehari!
  113. Anneliese, Maut Selepas Dirasuk Entiti Misteri!
  114. Misteri Rambut Dan Cincin Berayun Ditangan?!
  115. Gempar Anak Patung Bergerak Sendiri Di Singapura!
  116. Penyakit Misteri Muntah 14 Jam Sehari
  117. Misteri Foreign Accent Syndrome
  118. Misteri Kubur Menukar Mayat Menjadi Mumia!
  119. Misteri Roh Pelajar Yang Tidak Tenteram
  120. Misteri Keindahan Bandar Biru Jodhpur
  121. Misteri Boriska, Mengaku Penduduk Marikh!
  122. Pantai Gafsa, Tasik Misteri Ditengah Padang Pasir
  123. Misteri Sumpahan Pulau Gaiola
  124. Kisah Kapal Misteri Lady Luvibund
  125. 6 Lautan Paling Misteri Di Dunia
  126. Misteri Penyakit Keloid, Parut Hodoh Yang Hidup!
  127. Misteri Sumpahan Kerusi Antik Pembawa Maut!
  128. Penyakit Ganjil, Pengsan Apabila Ketawa!
  129. Suara Ghaib Itu Berbisik..
  130. 4 Misteri Dunia Yang Masih Gagal Di Rungkai
  131. Tamadun Purba Yang Ditenggelamkan Ke Dasar Lautan
  132. Gempar Video Toyol Di Kurung Dalam Botol
  133. Misteri Sindrom Tangan Alien
  134. Misteri Suara Mengaji Al-Qur'an Di Tengah Laut
  135. Misteri 10 Tahun Pin Dan Jarum Dalam Badan
  136. Zana, Misteri Si Manusia Purba
  137. Misteri Penemuan Jambatan Purba Nabi Adam!
  138. Misteri Sumpahan Ladang Myrtles
  139. Misteri Menyeramkan Tasik Natron
  140. Video Lelaki Diseret Entiti Misteri
  141. Misteri Muzik Dari Tasik Yellowstone
  142. Misteri Penemuan Trompet Hari Kiamat!
  143. Misteri Roh Zona Cerita Punca Kematian!
  144. Misteri Menyeramkan Lagenda Tingkat 13!
  145. Mengkaji Misteri Teori Paranormal Stone Tape
  146. Misteri Kampung Anjikuni, Mereka Hilang Tanpa Sebarang Jejak!
  147. Misteri Laman Web Berhantu Blind Maiden
  148. Misteri Bulatan Aneh Di Gurun Namib
  149. Antikythera, Misteri Kecanggihan Artifak Purba!
  150. Misteri Kapal-kapal Yang Hilang Di Segitiga Bermuda
  151. Misteri UFO Memburu Pesawat Udara
  152. Misteri Batu Nisan ‘Bernyawa’
  153. Misteri Tengkorak Gergasi, Mereka Kaum 'Aad!
  154. Misteri Manusia Bercahaya, Lady of Fatima
  155. Misteri Petir Menyambar Berterusan 106 Hari!
  156. Misteri Penemuan Perkuburan Mumia Xiaohe
  157. La Pascualita, Misteri Gadis Pengantin Yang Disumpah!
  158. Misteri Tragedi Kapal SS Ourang Medan
  159. Misteri Di Sebalik Nama HAMAN Dalam Al-Qur'an
  160. Misteri Kitab Iblis, Codex Gigas!
  161. KISAH BENAR! Penumpang Misteri Van Jenazah!
  162. Misteri Jenazah Kanak-Kanak ‘Terapung’!
  163. Budak Misteri Di Gurun Sahara
  164. Kisah Benar Di Ganggu Tetamu Misteri Di Banglo Lama
  165. Kisah 10 Penampakan UFO Yang Terus Menjadi Misteri Dunia
  166. Misteri Roh Penjaga Rumah Agam Bill Beatty
  167. Misteri Pusara Di Lebuh Raya Utara Selatan
  168. Misteri Batu Yang Terbakar Selama 2,500 Tahun!
  169. Misteri Penemuan Teknologi Canggih Manusia Zaman Kuno
  170. Misteri Manusia Psikik Dari Kelantan
  171. Misteri Penemuan Lubang Harta Karun Di Pulau Oak
  172. Misteri Teknologi Canggih Pembinaan Piramid Firaun
  173. Misteri Entiti Terakam Dalam 'Wildland Music Video'
  174. Misteri Air Keluar Dari Celah Dinding Yang Membingungkan!
  175. Adakah Semuanya Berlaku Secara Kebetulan?
  176. Misteri Ramalan Coinneach Odhar
  177. Penemuan Epik Kuno Yang Menceritakan Perang Nuklear Pernah Terjadi!
  178. Misteri Penemuan Istana Purba Nabi Daud
  179. Misteri Puaka Di Berkeley Square
  180. Benarkah Wujud Kerajaan Misteri Di Puncak Himalaya?
  181. Misteri Sumpahan Berlian 'The Heart of The Ocean' Yang Berpuaka
  182. Merungkai Fakta Misteri Bulan Pernah Terbelah Dua!
  183. Misteri Di Sebalik Kewujudan Bilik 39
  184. Misteri Kewujudan Manusia Sebelum Adam
  185. Misteri Kejadian Penyapu Berdiri Sendiri
  186. Kisah Benar Wanita Incredible Hulk
  187. Misteri Jenayah Yang Membingungkan
  188. Misteri Hantu Krew Pesawat 401
  189. Misteri Kitab Kuno 'Grand Grimoire' Untuk Memanggil Syaitan
  190. Gempar! Patung Purba Mesir Bergerak Sendiri Ketika Pameran
  191. Misteri Lukisan Nazca Berusia 1,300 Tahun
  192. Misteri Pulau Schiermonnikoong Yang Bergerak Dan Berpindah Tempat
  193. Misteri Bayi Lahir Dalam Kubur
  194. Gadis Hidap Penyakit Misteri Berbogel Sepanjang Masa
  195. Misteri Laut Mati Yang Gagal Di Rungkai Dunia Sains
  196. Artifak Purba Yang Terus Menjadi Misteri Di Zaman Moden
  197. Misteri Kehilangan 11 Hari Pada Tahun 1752
  198. Misteri Penemuan Pintu Gerbang Ke Neraka
  199. Seram! Video Hantu Dirakam Semasa Acara Karaoke
  200. Penyakit Misteri Dawai Keluar Dari Perut
  201. Misteri Buaian Berayun Sendiri Di Argentina
  202. Benarkah Burung Cenderawasih Kononnya Dari Kayangan?
  203. Gambar Makhluk Asing Dijumpai Di Chile
  204. Misteri Bermimpi Kematian Sendiri
  205. Misteri Kewujudan Nefertiti Permaisuri Agung Firaun
  206. Misteri Rangka Gadis 600 Tahun
  207. Kisah Misteri Lagu Berjudul “Gloomy Sunday”
  208. Misteri Penampakan Hantu Di Jepun
  209. Misteri Lukisan Sebelum Serangan 11 September
  210. Misteri Batu Menangis Seperti Bayi
  211. Misteri Makhluk Ganjil Di Temui Di Thailand
  212. Misteri Bandar Purba Mohenjo-Daro Di Serang Bom Nuklear!
  213. Misteri Potret Monalisa Yang Belum Terungkai
  214. Misteri Gambar Bitterroot Footage Yang Menjadi Viral
  215. Kisah Misteri Tapak Kaki Syaitan
  216. Di Gelar Gadis Kucing Kerana Ditumbuhi Bulu Misteri
  217. Wajah Bertukar Hodoh Selepas Bunuh 3 Ekor Ular Hitam
  218. Misteri! Wajah Bayi Muncul Tiba-tiba Diperut Ibu Mengandung
  219. Misteri The Plain Of Jars Yang Membingungkan Saintis
  220. Klerksdorp Sfera Objek Ganjil Di Afrika
  221. Penemuan Misteri Piring Batu Dropa Stones
  222. Misteri Bimini Jalan Berturap Didasar Laut
  223. Chupacabra Makhluk Misteri Yang Menghisap Darah
  224. Benarkah Pengganti Pope Benedict XVI Adalah Pope Yang Terakhir?
  225. Misteri Gadis Yang Hidup Bersama Serigala
  226. Misteri! Dua Terkorban Dihempap Hujan Air Batu
  227. Misteri Surat Cinta Tertua Didunia
  228. Misteri Lampu Yang Menyala Sejak 1500 Tahun Dahulu
  229. Misteri Tiga Generasi Yang Terbunuh Di Sambar Petir
  230. Misteri Lukisan Potret Yang Berubah Seolah Bernyawa
  231. Gambar-gambar Seram Hantu Yang Dirakam Kamera
  232. Misteri Penampakan Wajah Hantu Belmez Yang Terkenal
  233. Misteri Manusia Diburu Petir Hingga Ke Kubur Sekalipun!
  234. Misteri Kemunculan Kanak-kanak Banjos
  235. Misteri Binaan Purba Yang Di Gelar Kota Iblis
  236. Kisah Manusia Yang Dituduh Menjadi Serigala Jadian
  237. Kisah Hantu Paling Terkenal Di Jepun
  238. Misteri! Seekor Semut Tahu Apabila Ajalnya Akan Tiba
  239. Misteri Mumia Chinchorro Yang Wujud Sebelum Mumia Mesir
  240. Hotel Berhantu Paling Seram Di Amerika
  241. Misteri! Tumbuhan Pun Tahu Membalas Dendam!
  242. Misteri Bagaimana Rambut Manusia Tumbuh
  243. Kiamat Berlaku Jika Gangnam Style Cecah Satu Bilion Penonton!
  244. Punca Kematian Misteri Firaun Ramses III Akhirnya Terbongkar
  245. Doktor Bingung Paku Tertanam Dalam Betis Budak Kecil
  246. Misteri Penemuan Tapak Kaki Gergasi Manusia
  247. Misteri Artifak Tukul Besi Kuno Di London
  248. Wanita Meninggal Menjadi Hantu Yang Sangat Terkenal
  249. Misteri Pokok Pisang Mengeluarkan Cairan Darah
  250. Tahukah Anda Kenapa Manusia Ketawa?
  251. Fenomena Misteri Serangan Hujan Cacing
  252. Benarkah Wujudnya Kota Hantu di Angkasa?
  253. Kenapa Manusia Menguap Apabila Mengantuk?
  254. Penduduk Serbia Gantung Bawang Halau Pontianak
  255. Misteri Api Terbakar Di Dasar Laut
  256. Tahukah Anda Kehidupan Manusia Di Tentukan Alam
  257. Fenomena Misteri 'Sky Fish' Di Langit
  258. Kereta Mainan Berusia 7500 Tahun
  259. Angka Nombor 3 Yang Mempengaruhi Hidup Manusia
  260. Misteri Ular Hitam Didalam Genggaman Ratu Elizabeth
  261. Kota Purba Yang Penduduknya Bertukar Menjadi Batu
  262. Gajah Purba Berusia 200,000 Tahun Ditemui
  263. Api Misteri Bakar Rumah 20 Kali!
  264. Masyarakat Yang Mengamalkan Ajaran Syaitan
  265. Mumia Zaman Pra-Inca Dirampas Dari Penyeludup
  266. Misteri Mumia 'Sleeping Beauty' Terkenal Itali
  267. Rahsia Pencipta Piramid Akhirnya Terbongkar
  268. Misteri! Nenek Paling Muda Didunia
  269. Genderuwa Makhluk Halus Dari Tanah Jawa
  270. Benarkah Rupa Sebenar Makhluk Asing Seperti Obor-obor Gergasi?
  271. Taman Patung Yang Pelik dan Misteri
  272. Misteri Permainan 'Spirit Of The Coin'
  273. Planet Baru 5000 Tahun Cahaya Dari Bumi!
  274. Saintis Temui Planet Dipenuhi Berlian
  275. Mata Ganjil Gergasi Di temui Di Pantai!
  276. Misteri Letupan Tunguska Sehebat 1000 Bom Atom!
  277. Misteri Hujan Ikan di Ethiopia
  278. Misteri Cahaya “Hantu”
  279. Misteri Bebola Kilat Yang 'Menyerang' Pesawat
  280. Misteri Dengungan Yang Tidak Diketahui Puncanya
  281. Misteri Haiwan Hidup Di dalam Batu
  282. Misteri Batu Besar Yang Bergerak Sendiri
  283. Misteri Pulau Patung di Mexico

Saturday, May 07, 2016

Gangguan Misteri Di Sungai Nibong

Gangguan Misteri Di Sungai Nibong

Bayangkan jika pada tengah malam anda sedang menunggang motosikal seorang diri, tiba-tiba motosikal anda terasa berat seperti ada 'benda' membonceng di belakang.

Gangguan Misteri Di Sungai Nibong

Itu antara gangguan misteri yang dialami penduduk di Kampung Batu 23 Sungai Nibong, Sungai Besar.

Ada penduduk mendakwa mereka sering diganggu pocong di simpang jalan dan belakang tandas selain mendengar dengkuran di belakang rumah pada waktu malam.

Penduduk, Mohd Hafiz Ridzuan, 25, berkata, pengalaman terserempak lembaga berkain putih seperti pocong berdiri di tepi pokok jenjarum ketika menunggang motosikal bersendirian menjadi pengalaman ngeri yang tidak boleh dilupakannya.

Menurutnya, kejadian kira-kira jam 10 malam, ketika dia ingin pulang ke rumah yang terletak kira-kira 100 meter dari tempat kejadian selepas bertemu rakan-rakannya di pantai berhampiran.

“Lepas solat Isyak di masjid, saya jumpa kawan-kawan... tapi sebaik nak belok ke simpang empat balik ke rumah, saya nampak ada lembaga berkain kafan dengan kesan tanah.

"Kecut perut saya... cuba juga pecut motosikal tapi rasa berat sangat macam ada makhluk yang duduk di belakang," katanya.

Sejak peristiwa itu katanya, dia tidak lagi berani pulang lewat malam.

“Hanya ALLAH yang tahu perasaan saya masa tu. Saya terus masuk rumah tanpa toleh ke belakang,” katanya.

Dengar bunyi dengkuran

Sementara itu, seorang penggali kubur, Kamarulzaman Mat Zin, 43, berkata, dia dan keluarganya pernah terdengar bunyi dengkuran kuat di rumahnya selama tiga hari berturut-turut.

Menurutnya, dengkuran itu mula kedengaran sekitar jam 10 malam hingga 3 pagi hingga menyebabkan mereka sekeluarga ketakutan.

“Bunyi dengkuran tu lama sangat dan memang menakutkan kami. Lagipun, sepanjang duduk sini, tak pernah ada gangguan macam ni.

"Tapi kejadian ni memang buat hidup kami bercelaru," katanya.

Dia berkata, terdapat lebih 20 penduduk kampung datang ke rumahnya pada waktu malam untuk menyaksikan sendiri kebenaran cerita itu, namun mereka tidak mendengar suara pelik terbabit ketika berada di luar.

“Ada beberapa penduduk yang masuk dalam rumah saya cakap memang dengar bunyi suara, tapi di luar tak dengar pula bunyi," katanya.

Penggali kubur kena fitnah

Gangguan Misteri Di Sungai Nibong [3]
Kamarulzaman mendakwa mereka dihantui bunyi dengkuran berdekatan rumah.

Dalam pada itu, Kamarulzaman menyuarakan kekesalan apabila difitnah menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook, kononnya mencuri tali pengikat kafan dan kapas pada hidung mayat penduduk kampung berkenaan.

"Semua ni fitnah semata-mata... takkanlah saya tak tahu hukum agama sampai tergamak nak curi semua tu.

"Pelbagai andaian dibuat sampai timbul fitnah yang mengatakan saya curi kelengkapan mayat sebab nak kaya dan sebagainya

“Kejadian gangguan ni memang berlaku, tapi tuduhan itu tak berasas. Saya buat kerja gali kubur ni ikhlas kerana ALLAH, malah bila dengar ada orang meninggal dunia, saya sanggup henti sementara kerja dan terus turun ke kubur," katanya.

Nampak makhluk berbungkus kain putih

Kakak Kamarulzaman, Zainab Mat Zin, 52, berkata, dia yang tinggal berjiran dengan adiknya tergamam ternampak kelibat makhluk berbungkus kain putih ketika ingin membuang air di tandas di belakang rumah.

“Saya nampak depan mata sendiri... masa tu saya minta anak lelaki teman ke tandas, tapi saya tak nak cakap apa-apa masa tu sebab risau anak takut.

“Bila masuk semula ke rumah, saya jadi takut sebab dengar bunyi suara kuat dari luar rumah,” katanya.

Jumpa longgokan kain putih

Bagi Baharudin Mat Zin, 48, penemuan longgokan kain putih berhampiran pokok buluh ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sehingga kini masih menjadi misteri.

“Lepas balik dari laut saya terus ke rumah... masa tu saya nampak banyak kain putih atas jalan.

"Tapi bila saya lalu jalan itu esoknya, kain itu dah tak ada,” katanya.

Hamid Arshad, 73, pula berkata, walaupun tidak menjadi mangsa gangguan itu, namun dia mengakui kali terakhir menemui makhluk tanpa kepala ketika pulang dari masjid Disember tahun lalu.

"Saya sampai demam dua minggu... saya tak boleh makan dalam 19 hari sejak jumpa makhluk tu. Pernah juga saya ditumpang makhluk halus menyerupai isteri naik motosikal.

“Sampai di rumah, dia ikut tepi rumah tapi bila saya masuk isteri ada di dalam. Tapi misteri gangguan kali ni, nampaknya lebih ngeri dari apa yang saya jumpa dulu,” katanya

Perlu kuatkan iman

Gangguan Misteri Di Sungai Nibong [2]
Mohd Hafiz menunjukkan lokasi dia menjumpai lembaga berkain putih.

Sementara itu, Nazir Masjid As-Sirat Batu 23 Sungai Nibong, Sakip Mansor meminta orang ramai tidak mudah percaya cerita terjumpa makhluk halus yang tersebar.

Menurutnya, penduduk juga dinasihatkan tidak menyebarkan cerita tersebut yang belum tentu sahih kerana ia bukan sahaja boleh menimbulkan fitnah, malah mengganggu ketenteraman penduduk.

“Kiita tak nafikan kewujudan makhluk halus tapi jangan terlalu mudah percaya cerita khurafat sebegini dan jangan sebarkan cerita tu dengan mengaitkan nama individu tertentu sebab dikhuatiri timbul fitnah dan aib,” katanya.

Beliau menasihatkan masyarakat bertenang menghadapi situasi itu dan kembali mendekatkan diri dengan ALLAH SWT.

“Saya harap, isu ini reda dan tidak lagi diperbesarkan, kuatkan iman dan bersandar kepada ALLAH,” katanya.

BACA INI JUGA: 5 Misteri Kejadian Paranormal Yang Sukar Diterima Akal

Sumber: SH

Wednesday, March 19, 2014

Misteri Kapal-kapal Yang Hilang Di Segitiga Bermuda

Misteri Kapal-kapal Yang Hilang Di Segitiga Bermuda

Kehilangan pesawat-pesawat dan kapal laut di Segitiga Bermuda merupakan misteri kehilangan yang sukar untuk dibuktikan. Ini adalah sebahagian daripada pesawat-pesawat dan kapal-kapal laut yang hilang secara misteri di Segitiga Bermuda.

Misteri kapal hilang di segi tiga bermuda
Gambar hiasan.

Pesawat Star Tiger, tanpa sebab yang jelas dan tidak pernah menghantar sebarang laporan, tiba-tiba lenyap dalam perjalanan ke Segitiga Bermuda.

Padahal sebelum itu, juruterbang telah mengumumkan bahawa sebentar lagi mereka akan mendarat di tempat yang dituju tanpa sebarang halangan.

Pesawat DC-3 dengan 35 orang penumpang hilang dalam jarak 80 km ke selatan Miami, tidak jauh dari Bermuda.

Pesawat Star Areal yang hampir sama dengan pesawat Star Tiger, berangkat untuk meninqgalkan Bermuda. Juruterbang mengumumkan bahawa cuaca sangat baik ketika itu. Malangnya, pesawat tersebut tiba-tiba hilang tanpa dapat dikesan bangkainya sehingga hari ini.

Sebuah kapal laut yang bernama Mary Silhouet, ditemui sedang terapung-apung di tengah laut Bermuda dalam keadaan kosong. Penumpangnya adalah seorang paderi dengan isteri dan seorang anak serta lapan orang kelasi kapal.

Kapal Carol Darling mendekati pantai Carolina Utara tanpa seorang pun penumpang kecuali dua ekor kucing. Manakala kelasi kapal seramai 12 orang hilang tanpa jejak. Kapal tersebut dalam keadaan baik dengan enjinnya masih befungsi.

Yang aneh dalam peristiwa ini adalah di kapal itu terdapat sebuah meja makan dengan sisa-sisa makanan yang masih belum dibersihkan. Nampaknya, satu kejadian misteri telah berlaku dengan tiba-tiba.

Kapal Houwitz tiba-tiba hilang bersamaan dengan peristiwa yang menimpa kapal Carol Darling. Kejadian berlaku dalam waktu dan tempat yang sama. Kerajaan Amerika Syarikat yakin bahawa kejadian yang menimpa dua kapal itu adalah disebabkan oleh lanun.

Kapal Syklob, sebuah kapal paling besar milik Amerika Syarikat tiba-tiba hilang di Segitiga Bermuda. Kerajaan Amerika merasa hairan bagaimana kapalnya hilang begitu saja tanpa sebarang kesan. Padahal kapal lersebut berlayar dalam cuaca yang amat baik dengan 300 orang anak kapal.

Sekiranya kapal itu mengalami kesukaran ataupun gangguan, sudah tentu mereka akan mengirimkan berita ataupun meminta bantuan kerana kapal itu dilengkapi dengan radar dan alat-alat komunikasi yang canggih.

Lima pesawat tempur Amerika jenis TTB3O Finger bertolak dari pangkalannya di Lorderdile, Florida. Kelima-lima pesawat itu terbang untuk meronda dan melakukan misi menyelamat kapal-kapal yang mengharungi lautan. Misi tersebut selesai pada jam tiga petang. Ketika itu ketua ekspedisi, Leftenan Charles Tylor memberi arahan untuk kembali ke pangkalan.

"Di sini Leftenan Charles Taylor, anda dapar dengar? Kami kehilangan petunjuk untuk kembali, kami tersesat. Saya tidak dapat melihat daratan! Saya tidak tahu arah Barat. Semua yang ada di sekitar saya kelihatan aneh dan kami tidak mengenali kawasan di mana kami berada sekarang... nampaknya...nampaknya...nampaknya..."

Menara pengawasan di Lorderdile Florida mendengar suara ketua ekspedisi Charles Taylor. Teks ucapannya yang dapat dirakam berbunyi: penyelamat itu tiba di tempat tujuan, tiba-tiba pesawat penyelamat itu hilang secara misteri tanpa dapat dikesan sedikit pun.

Dengan itu lima pesawat peronda ditambah sebuah pesawat penyelamat yang membawa 13 pakar penyelamat hilang secara tiba-tiba di Segitiga Bermuda.

Kerajaan Iblis

Demikianlah antara peristiwa misteri yang berlaku di Segitiga Bermuda. Sehingga dikenali juga dengan sebutan 'Kubur Atlantik' walaupun pelbagai kajian telah dilakukan untuk mengungkapkan misteri Segitiga Bermuda.

satu perkara yang sering dilupakan oleh para pengkaji adalah bahawa di Segitiga Bermuda terdapat pusat pemerintahan makhluk ghaib serta markas kejahatan.

Menurut pangakuan jin Musthafa kepada Muhammad Isa Dawud, masyarakat jin adalah masyarakat yang sangat maju dan memiliki peradaban yang amat tinggi jauh meninggalkan kecanggihan yang dimiliki masyarakat manusia, khususnya dalam menggali dan mengolah benda-benda alam.

Bahkan mereka telah berjaya mencipta barangan hasil perlombongan yang menggunakan emas dan tembaga lalu menghasilkan suatu benda bermutu tinggi dengan menggunakan kaedah yang tidak mungkin dapat dilakukan manusia, kecuali di masa Nabi Sulaiman a.s. Jin Musthafa juga telah berkata kepada Muhammad Isa Dawud, "Aku mahu menyampaikan suatu berita yang sangat penting."

"Di Segitiga Bermuda terdapat pusat pemerintahan makhluk ghaib dan markas kejahatan. Di tempat itu juga terdapat singgahsana pusat kerajaan Iblis."

Inggeris dan Jerman

Inggeris dan Jerman berhajat untuk membongkar rahsia Segitiga Bermuda. Mereka mencipta satelit khusus untuk mengkaji keajaiban Bermuda, di samping satelit-satelit yang telah mereka lancarkan sebelum itu.

Namun, mereka tidak berjaya membongkar rahsia Bermuda. Sebabnya, keajaiban yang ada di sana bukanlah keajaiban yang dapat dilihat dengan mata kasar mahupun oleh teknologi canggih manusia.

Sebab di sana terdapat sebuah kerajaan Iblis yang sudah sangat tua usianya. Bagaimanapun mereka tidak akan membahayakan sesiapa saja yang tunduk dan percaya kepada Allah.

Hanya Allah S.W.T dan orang yang dikehendakiNya yang tahu. Kita sebagai insan yang lemah dan kurang pengetahuan harus mengambil iktibar dari kejadian yang berlaku.

BACA INI JUGA: Konspirasi Teluk Tonkin, Pembohongan Keji Pencetus Perang Vietnam

-Sentiasapanas.com

Thursday, December 13, 2012

Kubur Misteri Tengah Bandaraya Akhirnya Di Pindah

Kubur Misteri Tengah Bandaraya Akhirnya Di Pindah

Sebuah kubur yang terletak di atas sebuah bukit di tengah-tengah kawasan pembinaan di sini akan dipindahkan.

Beberapa pekerja berjalan menuju ke sebuah kubur di atas sebuah 
bukit di lokasi pembinaan bangunan kediaman di Taiyuan semalam.

Kubur yang terletak di atas bukit setinggi 10 meter itu sebelum ini masih belum dipindahkan walaupun kerja-kerja untuk membina sebuah bangunan kediaman sudah berjalan sejak tujuh bulan lalu.

Menurut laporan, beberapa pegawai kampung di sini telah mencapai persetujuan dengan waris si mati untuk memindahkan kubur tersebut.

Persetujuan tersebut dicapai tanpa menaikkan jumlah pampasan yang ditawarkan oleh pihak pemaju.

Media tempatan membuat spekulasi jumlah pampasan itu ialah AS$160,400 (RM489,485).

Kubur itu telah berada di atas bukit tersebut sejak 2004.

Keluarga si mati akan menemui pakar feng shui untuk mencari tarikh yang bertuah untuk memindahkan kubur tersebut menjelang Sabtu ini.

-Agensi

Tuesday, June 13, 2023

SBDJ Siri 191: Kubur Di Panah Petir

SBDJ Siri 191: Kubur Di Panah Petir

Saya segera melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Andi Kamarool. Dua tiga kali saya pejam celikkan kelopak mata. Saya rasa kurang yakin dengan apa yang saya lihat.

Toyol jadi-jadian

"Apa yang mereka buat Andi?"

Andi Kamarool gelengkan kepala.

"Mereka korek kubur?" Soal saya lagi.

"Barangkali," Andi Kamarool menjawab lemah.

Bau busuk terus menusuk lubang hidung. Saya jadi resah tidak menentu.

"Jangan bimbang Tamar, kita tunggu dan lihat."

Saya akur dengan saranan Andi Kamarool itu. Sepasang mata ditujukan ke arah beberapa orang lelaki yang berbadan tegap. Mereka sedang mengerumuni sebuah kubur.

Hampir dua puluh minit kami menanti tindakan selanjut dari kumpulan lelaki berbadan tegap.

Saya menghitung jumlah mereka. Enam orang semuanya, dua daripada mereka mengais-ngais tanah kubur dengan cangkul, sementara yang lain bercakap sama sendiri dalam nada suara yang perlahan.

Apakah kami wajar menunggu atau terus mendekati kumpulan lelaki tersebut? Fikir saya sendirian.

Andi Kamarool terus termenung bagaikan orang mengelamun.

"Kita jumpa saja," bisik saya pada Andi Kamarool.

"Merbahaya."

Saya terdiam seketika. Alasan Andi Kamarool memang ada kebenarannya, kalau kami terus mendekati mereka, mungkin kami dibelasah sampai setengah mati.

Tetapi, kalau kami berterusan mengintip dari jarak jauh mungkin lebih berbahaya. Seandainya kami disergap. Kami menghadapi masalah yang amat sulit.

Saya dan Andi Kamarool harus merumuskan keputusan yang jitu sebelum melakukan sesuatu. Tersilap bertindak celaka akan menimpa diri.

Di bawah rimbunan dedaun dan pokok, kami memerah otak. Setelah dikaji dengan sehalus-halusnya, kami mengambil keputusan keluar dari tempat persembunyian untuk memperkenalkan diri kepada kumpulan tersebut. Dan kami bersedia menerima apa saja risiko.

Dengan penuh keyakinan, kami melangkah keluar dari tempat persembunyian menuju ke arah kumpulan lelaki yang berbadan tegap.

Mereka menyedari kedatangan kami tetapi, berpura-pura tidak tahu. Kami terus melangkah mendekati mereka.

"Assalamualaikum," kata kami serentak.

"Mualaikum salam," jawab mereka, batang tubuh kami menjadi sasaran biji mata mereka.

Hati kecil saya merasa cemas dan Andi Kamarool nampak tenang sekali. Dan kehadiran kami tidak dipedulikan.

"Ada orang meninggal?"

Saya memberanikan diri. Mereka membisu dan saling berpandangan sama sendiri.

"Siapa yang meninggal?" Susul saya lagi.

"Huh, menyibuk pula," salah seorang daripada mereka merungut.

"Sabar, biar aku uruskan," lelaki yang berkulit agak cerah menepuk bahu kawannya dua tiga kali dan terus berdiri berdepan dengan saya.

"Tak ada orang yang meninggal," sepasang biji matanya dijegilkan ke arah saya.

Andi Kamarool segera menendang betis kiri, memberi syarat supaya saya berhati-hati.

"Kalau tak ada orang mati, kenapa kerumun kubur, bawa cangkul dan datang ke sini," cara bersahaja sekali Andi Kamarool menyoal.

Saya lihat muka lelaki yang berkulit agak cerah itu segera berubah,nampak bengis dan marah. Jelingannya cukup tajam menikam ke wajah Andi Kamarool.

Saya lihat dia menggenggam penumbuk, saya jadi cemas kalau dia melepaskan penumbuk ke muka Andi Kamarool.

"Balik saja Andi," bisik saya.

"Tunggu dulu," nada suara Andi Kamarool keras.

Saya tidak ada pilihan dan terpaksa akur dengan permintaannya. Dalam erti, kata lain, saya harus menghadapi atau menerima risiko yang akan terjadi.

"Kenapa kamu berdua sibuk urusan orang lain," cukup keras suara lelaki yang berkulit agak cerah itu.

Dia bergerak ke kiri dan ke kanan, bagaikan mencari tempat berdiri yang sesuai dan selesa untuk membuka silat.

"Kamu nak tahu ceritanya?" sergahnya.

Serentak kami anggukkan kepala.

"Aku ingat, kamu berdua orang luar."

"Iya," cepat sekali aku dan Andi Kamarool menjawab.

Dalam sekelip mata saja mereka terus mengelilingi kami. Beberapa orang daripada mereka sengaja menolak badan kami dengan bahu. Malah,ada yang cuba mengutuk dan memaki kami.

Sudah tentu perbuatan itu membuat hati jadi panas. Mujurlah saya masih ingat dapat mengawal perasaan.

PANAS

Di tengah suasana yang serba panas itu. Maki berkulit cerah bertindak menyuruh kawan-kawannya yang mengelilingi saya dan Andi Kamarool beredar.

Arahan itu segera dipatuhi, barulah hati saya merasa aman dan tenteram.

"Kamu berdua nak tahu ceritanya kenapa kami ada di sini," ujar lelaki berkulit cerah.

Wajah karni direnung penuh dengan perasaan geram.

"Iya, kami sekadar nak tahu," kata saya.

"Kubur ni dipanah petir petang semalam. Bau busuk dan hangit yang kamu berdua hidu, datangnya dari kubur ini."

"Sekurang kamu dah dengar ceritanya. Aku nasihatkan kamu berdua berhambus dari sini, jangan nak siasat, ini urusan kami, bukan urusan kamu berdua."

"Kalau kamu tak pergi, kamu berdua susah nanti."

Saya dan Andi Kamarool terlopong mendengar cerita yang agak pelik dan ganjil. Saya renung wajah lelaki yang bengis itu sejenak. Dia menjegilkan biji mata. Tidak memperlihatkan tanda-tanda persahabatan.

"Ada hubungan keluarga dengan awak?", tanya Andi Kamarool.

"Saya suruh awak berdua berambus dari sini, bukanya bertanya lagi. Fahammmmmmm..." jerit lelaki berkulit cerah.

"Maafkan kami," saya mohon.

"Pergi sekarang, sebelum batang cangkul kena kepala," lelaki itu merampas cangkul dari salah seorang kawannya lalu mengacukan ke arah kepala kami.

Setelah diusir, kami tidak ada pilihan dan terpaksa meninggalkan kawasan perkuburan.

Sebelum berangkat, kami sempat melihat keadaan permukaan tanah kubur. Di bahagian tengah kubur terdapat lubang besar akibat dipanah petir.

Tanah sekeliling lubang nampak hitam, kain kafan dan papan keranda bertaburan. Tulang dan daging si mayat yang sudah rentung kelihatan di sekitar kubur.

Batu nisan di bahagian kepala patah dua manakala bahagian kaki tidak kelihatan langsung. Kesan petir yang hebat dan kuat itu masih kelihatan.

Tanaman dan pepokok yang terdapat di kawasan perkuburan terbakar hangus. Dedahan pokok yang patah menimpa beberapa kubur lain batu nisan yang patah bergelimpangan.

"Cepatlah, jangan renung sana, jangan renung sini."

Andi Kamarool terus menarik tangan saya. Sesungguhnya, saya masih belum puas melihat keadaan sekitar.

Memang diharapkan semasa merenung itu, saya akan terlihat batu petir yang dikatakan mempunyai seribu kegunaan. Saya ingin memilikinya.

"Cepatlah Tamar, kau lihat itu," Saya segera melihat ke arah yang disebutkan oleh Andi Kamarool. Hati menjadi kecut. Kumpulan manusia yang mengerumuni kubur masih merenung ke arah kami.

Di tangan mereka tersedia dahan kayu.

"Kita lari Andi."

"Ayuh."

Dan kami pun memulakan langkah seribu. Terus berlari tanpa mahu menoleh ke arah mereka. Akibat takut, bau busuk dan hangit terus hilang.

PERHATIAN

Apa yang dialami, kami ceritakan pada datuk dan Haji Basilam. Ternyata, mereka seperti ambil peduli. Apa lagi untuk memberikan sebarang komentar.

Dan saya terus berusaha menarik perhatian mereka dengan mengulangi dan menyebut kisah tersebut berulang kali. Ternyata usaha saya itu berhasil membuka mulut datuk.

"Kamu berdua masih bernasib baik, tidak dipukul." Datuk terus sandarkan tubuh ke dinding. Kedua belah kakinya diluruskan.

Saya dan Andi Kamarool yang duduk berdepan dengannya (datuk) berbalas senyum.

Malangnya, setakat itu sahaja datuk bersuara. Kami kembali dibelenggu perasaan hampa.

Haji Basilam yang baru pulang dari warung, membeli kuih untuk sarapan pagi tersenyum melihat kami membatu di depan datuk.

Haji Basilam terus ke ruang dapur. Dan dia datang kembali menghampiri kami membawa sedulang air kopi dan kuih.

"Minum."

Dia pun meletakkan secangkir kopi di depan saya dan Andi Kamarool.

"Terima kasih, aku tak mahu kopi, bagi aku air suam." Haji Basilam mengenepikan cawan kopi dan meletakkan segelas air suam di hadapan datuk.

"Memang sudah dijangkakan, fasal tu saya buat satu cawan kopi dan segelas air suam," ujar Haji Basilam, penuh kemesraan.

"Terima kasih, sahabat yang memahami tingkah laku, perangai serta kegemaran kawan seperjuangan," balas datuk tenang bersama senyum yang memanjang di kelopak bibir.

Suasana kembali tenang seketika. Masing-masing menghirup air minuman.

Dari gerak-geri dan air mukanya, saya dapat menduga yang Andi Kamarool masih mengharapkan datuk menyambung kata-kata yang sudah terputus agak lama itu.

"Apa yang dikatakan oleh datuk kamu tu memang benar, kamu berdua sungguh bernasib baik," hujung jari-jemari Haji Basilam menggosok-gosok badan cawan perlahan-lahan.

Cawan diangkat lalu air kopi diteguk. Kerana terlalu lama duduk membuat bahagian pinggang saya terasa lenguh. Saya menggeliat dua tiga kali ke kiri dan ke kanan hingga rasa lenguh hilang.

"Kamu berdua memang bernasib baik," Haji Basilam meletakkan cawan di lantai.

Kali ini, wajah kami berdua menjadi sasaran biji matanya.

"Haji."

"Iya, ada apa sahabat," Haji Basilam renung muka datuk.

"Aku fikir eloklah kamu selesaikan perkara budak berdua ini."

"Maksud sahabat?"

"Eloklah kamu ceritakan, biar mereka tahu betapa berbahaya kerja yang mereka buat. Mengintip kerja orang lain bukan perbuatan yang baik," nada suara datuk lembut sekali.

Selesai saja dia mengakhiri kata-kata tersebut, datuk pun menarik nafas dalam-dalam. Sisa air angin dalam cawan segera dihirupnya.

Entak mengapa, tiba-tiba saja datuk menggelengkan kepalanya berkali-kali, macam ada sesuatu yang dikesalinya dan akhirnya, wajah kami menjadi sasaran biji matanya.

"Syukurlah kamu berdua tidak di apakan-apakan," ulang datuk lagi.

Sesungguhnya, saya kurang senang dengan kata-kata yang diluahkan. Hati kecil terus merumuskan yang datuk seolah-olah menyindir kami.

Saya pun melahirkan protes dengan menggenggam penumbuk serta menekankannya ke permukaan lantai.

Andi Kamarool melahirkan rasa kurang senangnya dengan merenung ke arah tingkap yang mula dimasuki sinar matahari.

Bila rasa marah mula menurun saya bersedia mendengar kata-kata yang bakal diungkapkan oleh datuk. Tidak kira sama ada ungkapan itu menggembirakan atau menyakitkan perasaan.

Ternyata datuk tidak mengungkapkan sepatah kata pun. Dia lebih banyak termenung. Sekali-kali mengedutkan dahi.

Suasana terasa agak damai. Masing-masing membatu melayani perasaan.

PECAHKAN

Haji Basilam memecahkan suasana damai dan hening. Dia sengaja melagakan punggung cawan dengan bibir piring.

Datuk tersentak dari lamunan dan segera menoleh ke arah Haji Basilam tanpa memberikan sebarang komen.

Haji Basilam segera melunjurkan kaki kiri serta memicit buah betis berkali-kali. Agaknya, dia mahu menghalau rasa lenguh yang bersarang di kaki kirinya.

"Apa yang dikatakan oleh datuk kamu tu Tamar, memang benar. Kamu berdua memang bernasib baik," Haji Basilam bersuara dengan tenang.

Datuk segera angkat muka dan senyum ke arah Haji Basilam.

"Kamu teruskan Haji."

"Saya cuba."

Dengan segera saya cubit bahu Andi Kamarool.

"Kita tunggu Tamar," bisik Andi Kamarool.

"Cakap kamu betul," saya berharap misteri kubur kena panah akan segera tersingkap.

Andi Kamarool memang ingin mengetahui mayat siapakah yang dikuburkan di situ.

"Haji."

"Ada apa hal," Haji Basilam menyoal datuk.

"Uruskan," sahut datuk sambil bangun lalu meninggalkan kami.

"Kenapa dengan dia tu, Pak Aji?" Tanya Andi Kamarool.

Dengan senyum, Haji Basilam mengangkat kedua belah sayap bahunya. Perasaan saya mula kurang tenteram, rasanya macam ada sesuatu yang t1dak kena.

Barangkali, antara datuk dengan Haji Basilam sudah terjalin permuafakatan. Segala soalan yang kami ajukan harus dijawab oleh Haji Basilam, demikian hati kecil membuat kesimpulan.

"Kerana datuk kamu suruh aku terangkan, biarlah aku terangkan," begitu bersahaja nada suara Haji Basilam.

Dan ungkapan itu, bagaikan menguatkan lagi kata hati saya. Haji Basilam bingkas dari tempat duduk. Berjalan ke arah jendela, berdiri di situ merenung pepohon dan awan di langit.

Dan apa yang dilakukan oleh Haji Basilam menimbulkan tanda tanya dalam diri saya dan mungkin juga di hati Andi Kamarool.

Tanpa diduga, secara mendadak Haji Basilam duduk bersila di depan kami. Saya dan Andi Kamarool saling berpandangan.

"Sebelum kamu berdua bercerita tentang apa yang kamu alami pada kami, perkara tu sudah ada dalam kepala kami. Semuanya kami tahu," wajah Haji Basilam nampak serius sungguh.

"Huuuuuhhh," keluh saya dan Andi Kamarool serentak dengan mulut terlopong.

Otak terus dihujani dengan seribu persoalan. Haji Basilam ketawa terkikih melihat kami agak terkejut.

"Kamu berdua terkejut?" ulangnya lagi. Kali ini, kami mengangguk serentak.

Entah kenapa secara spontan Haji Basilam menepuk bahu kami. Barangkali, dia cuba memujuk atau menenangkan perasaan kami.

"Tiga hari sebelum kamu berdua tiba, rumah ni didatangi oleh seorang lelaki yang berumur kira-kira tiga puluhan," Haji Basilam mengaru hujung hidungnya. Kedua belah tangannya didepangkan.

"Apa hal orang tu datang?" Andi Kamarool yang tidak mahu kisah itu terputus begitu saja, terus bertanya.

"Dia mengajak kami berdua datang ke rumahnya."

"Sebabnya?" Saya mencelah.

"Katanya, jirannya sakit tenat." Saya lihat haji Basilam begitu berhati-hati sekali meluahkan kata-kata.

Sepasang anak matanyamerenung liar ke kiri dan ke kanan. Dia bagaikan terasa ada sesuatu yang memerhatikan gerak gerinya.

"Kemudian bagaimana Pak Aji?" Andi Kamarool terus mendesak.

"Kami pun pergi dan sesudah melihat muka pesakit," Haji Basilam menelan air liur dan berhenti bercakap.

Lagi sekali dia bangun dan menuju ke tingkap, meninjau keadaan di luar. Dia kembali duduk bersimpuh di hadapan kami.

"Setelah muka pesakit tu direnung, datuk kamu terkejut besar dan mengucap panjang.

"Dia tidak menyangka sama sekali orang yang sakit dihadapannya, adalah orang yang di carinya selama ini," sambung Haji Basilam.

DEBAR

Penjelasan itu sungguh mendebarkan hati. Penuh misteri dengan seribu teki-teki yang sukar diramalkan jawapannya. Haji Basilam kelihatan seperti tidak mahu meneruskan cerita.

"Pak Aji, saya nak tanya satu perkara?"

"Silakan Tamar."

"Apa hubungkaitnya datuk saya dengan si pesakit tu?"

"Tak ada apa-apa hubungan, saudara dekat pun tidak, saudara jauh pun bukan tapi," Haji Basilam berhenti bercakap.

"Tapi, apa pula Pak Aji?"

Agak tinggi nada suara Andi Kamarool yang tidak dapat menahan perasaan ingin tahu.

"Suaminya," wajah saya mula direnung dengan tajam oleh Haji Basilam. Bibirnya nampak bergerak-gerak.

"Arwah suaminya dulu kenalan rapat datuk kamu Tamar. Anak jati Kampung Tualang Sekah dekat Malim Nawar. Datuk neneknya berasal dari Tanah Kerinchi.

"Semasa hayatnya arwah semasa hidupnya bertugas sebagai imegrisen beribu Pejabat di Pulau Pinang," Haji Basilam mula menyingkap masa lampau yang penuh misteri.

Saya dan Andi Kamarool terus pasang telinga dan berdoa semoga Haji Basilam akan meneruskan ceritanya hingga tamat. Tidak setakat separuh jalan sahaja.

"Bila bersara, dia dilantik oleh pihak istana menjadi orang bergelar. Semuanya itu, kerana mengenangkan jasanya yang banyak pada pemerintah," sambung Haji Basilam dengan wajah yang berseri.

Kali ini, dia kelihatan tidak takut-takut atau cerhas lagi.

"Bila dah jadi orang bergelar, mesti banyak benda dan wang ringgit," Andi Kamarool mencelah.

Haji Basilam anggukkan kepala, membenarkan kata-kata Andi Kamarool.

"Masa dalam kerja lagi, dia terkenal sebagai pegawai kerajaan yang rajin membuat harta. Kata orang, dia memang hidup mewah, macam orang kaya.

"Tidak mengambarkan yang dirinya itu seorang pegawai kerajaan, dia layak dipanggil jutawan."

"Dia tak ada anak ke Pak Aji?" Saya cuba merisik.

Haji Basilam mengedutkan dahinya, merenung permukaan lantai. Kemudian menarik nafas dalam-dalam. Macam ada sesuatu yang menyentuh hati nuraninya.

"Itulah malangnya," suara Haji Basilam amat perlahan sekali.

"Seorang anak lelakinya di hantar ke Australia, belajar di sana. Bila tamat pengajian, tidak mahu balik, menetap terus di sana. Akhirnya, mati kemalangan jalanraya," kepiluan tergambar diwajah Haji Basilam. Buat beberapa detik dia diam terharu.

"Itu saja anaknya?" tanya Andi Kamarool setelah melihat Haji Basilam dapat mengawal emosinya.

"Ada seorang lagi, anak perempuannya di hantar belajar ke England. Kahwin dengan orang putih beranak cucu disana, tidak mahu balik ke Tanah Semenanjung.

"Mungkin kerana kecewa berdepan dengan keadaan yang tidak menyenangkan itu, orang bergelar jatuh sakit, puas berubat ke mana-mana sakitnya tidak juga sembuh," Haji Basilam berhenti lagi dan kembali termenung.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 191/284

BACA: SBDJ Siri 190: Ayah Perkosa Anak Kandung
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

Sunday, May 21, 2017

Misteri Penemuan Mumia Tollund Man

Misteri Penemuan Mumia Tollund Man

Banyak penemuan mumia ditemui dalam keadaan masih kekal terpelihara jasadnya dan yang menarik, kebanyakan penemuan misteri ini berusia lebih seribu tahun lantas membingungkan ramai pengkaji dan saintis moden.

Tollund Man

Antara penemuan paling menarik adalah mumia Tollund Man di sebuah kawasan berpaya di Bjældskovda, 10 kilometer daripada Silkeborg, Denmark.

Mumia Tollund Man pertama kali ditemui oleh dua orang adik beradik, Viggo dan Emil Højgaard pada 6 Mei 1950.

Pada mulanya, mereka beranggapan ia adalah mayat mangsa pembunuhan yang mungkin berlaku beberapa hari sebelum itu memandangkan betapa sempurnanya fizikal mumia tersebut.

Sebenarnya, penemuan mumia Tollund Man berlaku secara tidak sengaja kerana adik beradik Højgaard dan keluarganya menggali di sekitar paya tersebut bagi mendapatkan tanah gambut untuk dijadikan bahan bakar.

Sudah menjadi kebiasaan masyarakat di negara-negara Eropah menjadikan tanah gambut di kawasan berpaya sebagai sumber bahan bakar menggantikan kayu api.

Sebelum penemuan mumia Tollund Man, beberapa tahun sebelum itu telah berlaku penemuan mumia di kawasan tersebut iaitu pada tahun 1927.

Namun, penemuan tersebut tidak mendapat perhatian dan dibiarkan terkambus di dasar paya tersebut. Tiada kajian saintis dilakukan terhadap mumia tersebut.

Penemuan seterusnya pada tahun 1938 iaitu penemuan mumia wanita di dasar paya gambut tersebut.

Kali ini, mumia ini berjaya mendapat perhatian ramai kerana kesempurnaan jasadnya. Mumia misteri ini dinamakan Elling Woman.

Jasad diangkut

Mumia Tollund Man telah diangkut dan dipindahkan secara berhati-hati setelah bersemadi di paya tersebut lebih daripada 2,000 tahun.

Bagi mengekalkan keasliannya, jasad Tollund Man tidak disentuh oleh mana-mana individu dan diangkut dengan menggunakan kotak kayu yang dibina terlebih dahulu menggelilingi Tollund Man.

Mereka yang terlibat dalam proses pemindahan rumit ini adalah adik-beradik Højgaard, kakitangan Muzium Silkeborg dan dua orang anggota polis.

Anggaran berat kotak kayu itu adalah setengah tan dan mereka menggunakan sebuah kereta kuda untuk membawanya ke stesen kereta api di Moselund sebelum dibawa ke Muzium Kebangsaan Denmark di Copenhagen.

Mendapat liputan media

Tollund Man media

Akhbar-akhbar tempatan teruja untuk membuat liputan tentang penemuan mumia Tollund Man dengan sebahagian akhbar menggelarnya sebagai lelaki dengan panggilan “lelaki itu dari Moselund, Bogville“, sedangkan akhbar lain berpendapat ia adalah seorang wanita.

Walau bagaimanapun, nama Tollund Man telah digunakan secara rasmi untuk mumia misteri ini atas cadangan ahli arkeologi P. V Glob.

Cadangan nama itu adalah bersandarkan kepada kampung halaman dua adik beradik Højgaard yang berasal dari Tollund.

Ciri-Ciri Tollund Man

Tollund Man dianggarkan memiliki ketinggian 1.61 meter atau 5 kaki 3 inci. Ketinggian ini dianggap rendah berbanding purata ketinggian masyarakat Eropah ketika itu. Umurnya pula dianggarkan 40-an berdasarkan pemeriksaan giginya.

Pemeriksaan X-ray menunjukkan beberapa organ utama Tollund Man terawet dengan sempurna secara semulajadi. Otak, jantung, limpa dan paru-paru Tollund Man berada dalam keadaan cukup sempurna.

Tollund Man ditemui bersemadi pada kedalaman 2 meter atau 6.6 kaki dan 50 meter daripada tanah lapang di sekitar paya.

Ramai saintis berpendapat bahawa jenazah Tollund Man pada mulanya dikebumikan pada kedalaman kurang daripada 1 meter.

Namun, setelah beribu-ribu tahun berlalu, timbunan tanah gambut dan lumut menyebabkan kedalamannya mencecah 2 meter.

Jasad Tollund Man ditemui dalam keadaan meringkuk ke sebelah kiri sepertimana janin di dalam rahim ibu.

Tollund memakai topi kulit yang diperbuat daripada kulit biri-biri dan diikat dengan tali ke dagunya.

Tollund Man ditemui dalam keadaan tidak berpakaian dan terdapat tali pinggang di bahagian pinggangnya. Rambutnya pendek dan kelihatan janggut serta kumis nipis yang dianggarkan berukuran 1 mm panjang.

Cap Jari

Tollund Man terawet dengan cukup baik selama 2,000 tahun. Tidak seperti mumia di Mesir yang terawet secara buatan manusia, mumia Tollund Man terawet secara semulajadi. Kesan daripada pengawetan semulajadi ini, Tollund Man masih lagi mempunyai cap jari.

Pada 1978, National Police Force telah mengambil cap jarinya dan ini menjadikan Tollund Man sebagai manusia yang memiliki cap jari tertua di dunia.

Berusia 2,000 tahun

Di bawah badan Tollund Man ditemui lapisan nipis lumut. Saintis sedar bahawa lapisan lumut sudah sedia wujud di paya lumut di Denmark sejak awal zaman Besi kira-kira 2,000 tahun yang lampau. Ini bermakna Tollund Man telah bersemadi lebih kurang 2,000 tahun yang lampau.

Teknologi pentarikhan Karbon-14 telah menyokong hipotesis awal ini. Hasil pentarikhan Karbon-14 menunjukkan Tollund Man telah meninggal dunia lebih kurang 375 hingga 210 Sebelum Masihi.

Makanan Terakhir

Perut dan usus Tollund Man telah diselidik dan diperiksa bagi mendapatkan maklumat tentang diet serta pemakanan beliau 2,000 tahun yang lampau.

Para saintis berjaya membuat kesimpulan bahawa lelaki ini telah memakan bubur sayuran dan bijian sebelum sempat dinyahtinjakan.

Selain itu, terdapat juga biji barli, biji rami, knotweed (sejenis bijian daripada tumbuhan di Eropah), Bristlegrass dan biji Kekwa di dalam ususnya.

Saintis gagal menemui sebarang makanan berasaskan daging dalam tubuh lelaki meskipun rata-rata masyarakat pada zaman tersebut menjadikan daging sebagai diet utama mereka.

Saintis tidak menolak bahawa Tollund Man tidak menyentuh makanan dalam 24 jam terakhir sebelum kematiannya.

Sebab Kematian

Tollund Man Body

Satu perkara yang memeranjatkan melingkari misteri mumia Tollund Man adalah penemuan tali yang terikat kemas di lehernya.

Tali yang diperbuat daripada kulit haiwan yang dianyam dipercayai digunakan untuk membunuh lelaki Tollund Man.

Saintis tidak menolak dakwaan bahawa terdapat tanda-tanda kekasaran terhadap jasad Tollund Man.

Kematian disebabkan oleh Upacara Korban

Di tengah-tengah masyarakat Eropah yang berpegang kepada ajaran Animisme, upacara pengorbanan manusia adalah cukup sinonim.

Upacara seperti ini turut berlaku di banyak tempat di dunia sebelum kedatangan agama monotheism yang melarang sekeras-kerasnya upacara kuno ini.

Bersandarkan kepada tali gantung yang menjerut leher lelaki tersebut, saintis berpendapat bahawa Tollund Man kemungkinan besar telah dijadikan korban untuk dewa-dewa yang disembah oleh mereka.

Walau bagaimanapun, ramai penyelidik menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa Tollund Man dibunuh untuk upacara korban manusia.

Jasad Tollund Man tidak memiliki ciri-ciri sepertimana mangsa upacara korban kerana kebiasaanya jasad manusia yang dikorban memiliki kesan trauma di bahagian tempurung kepala dan paling tidak kesan hirisan pisau di leher.

Penafian ini diambil kira melalui tulang-tulang manusia yang ditemui di sekitar benua Eropah dan Amerika Selatan yang memiliki kesan trauma yang agresif.

Kematian disebabkan oleh Tali Gantung

Semasa pemeriksaan semula pada tahun 2002, saintis forensik telah mendapati Tollund Man mungkin telah menjadi mangsa pembunuhan di tali gantung.

Walaupun saintis mendapati bahawa tulang vertebra tidak mengalami kerosakan sepertimana yang lazim berlaku kepada kematian di tali gantung, tetapi kesan pembengkakan lidah yang ketara menyokong idea ini.

Pembengkakan pada organ lidah secara normalnya dikenalpasti sebagai kesan kepada penggunaan tali yang menjerut leher mangsa. Mangsa pembunuhan dengan mencekik leher juga menyebabkan pembengkakan ketara pada organ lidah.

Teori mengatakan mangsa dibunuh dengan tali gantung atau dijerut lebih diterima umum berbanding mengatakan mangsa dibunuh untuk upacara pengorbanan manusia.

Siapa Tollund Man?

Persoalan tentang identiti sebenar Tollund Man sangat rumit untuk dirungkai. Ia menyebabkan timbulnya pelbagai teori berkenaan identiti sebenar Tollund Man.

Tollund Man seorang penjenayah

Saintis tidak pernah menafikan bahawa ada kemungkinan Tollund Man adalah seorang penjenayah yang telah dihukum gantung sehingga mati. Individu yang digelar Tollund Man mungkin telah melakukan kesalahan besar dan dihukum gantung oleh masyarakat setempat.

Namun, teori yang mengatakan Tollund Man adalah seorang penjenayah telah ditentang oleh beberapa pihak.

Mereka mengatakan sekiranya Tollund Man adalah seorang penjenayah, tidak mungkin mereka akan memperlakukan jenazah Tollund Man dengan baik.

Tollund Man telah disemadikan dengan baik, mata dan mulut ditutup dengan rapat. Jika Tollund Man seorang penjenayah, tidak mungkin jenazah Tollund Man dikebumi sedemikian rupa.

Malah, masyarakat pada masa itu akan membiarkan mangsa mereput di tali gantung atau membiarkan mangsa dimakan binatang buas.

Tollund Man seorang pendakwah?

Teori ini lebih mencabar institusi keagamaan di Eropah. Tollund Man berkemungkinan besar telah menyebarkan risalah keagamaan di sana.

Disebabkan masyarakat Eropah cukup kuat pegangan dengan ajaran jahiliyyah, mereka bertindak menangkap Tollund Man dan kemudian menyeksanya dengan hukuman gantung.

Adakah Tollund Man seorang Rasul?

Rasulullah SAW telah bersabda bahawa Nabi dan Rasul memiliki keistimewaan di mana jasad mereka tidak akan sekali-kali dimamah oleh tanah.

Jasad mereka kekal terpelihara sehingga datangnya Hari Kebangkitan kelak. Apa yang berlaku kepada Tollund Man amat bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW.

Jasad Tollund Man terawet dengan baik secara semulajadi tanpa ada campur tangan manusia. Ia berlaku atas kehendak Allah swt.

Saintis menyatakan dalam kajian mereka bahawa Tollund Man terawet kerana kekurangan oksigen dan tanah yang cukup berasid.

Tanah gambut sememangnya terkenal sebagai tanah yang berasid namun, tanah gambut juga terkenal sebagai tanah yang lembap dan berair. Bukankah kelembapan adalah agen utama pereputan? Inilah yang dinamakan kehendak Allah SWT. Tiada apa yang mustahil bagi-Nya.

Tollund Man ditentang, diseksa dan dibunuh?

Di dalam al-Quran juga, Allah swt telah berfirman, "Maka tatkala datang kepada mereka rasul-rasul (yang diutus kepada) mereka dengan membawa keterangan-keterangan, mereka merasa senang dengan pengetahuan yang ada pada mereka dan mereka dikepung oleh azab Allah yang selalu mereka perolok-olokkan itu." (Surah Al-Mu’min ayat 83)

Penjelasan Allah SWT di dalam surah tersebut amat selari dengan apa yang berlaku kepada Tollund Man.

Sebagai seorang pendakwah yang bertanggungjawab menyebarkan risalah tauhid, beliau terpaksa berdepan dengan pelbagai karenah kaumnya.

Tidak mudah bagi seorang Rasul menyebarkan sesuatu yang bertentangan dengan pegangan kaum mereka melainkan beliau sendiri akan ditangkap dan diseksa.

Insiden seperti ini telah Allah SWT ulang tayangkan kepada kita hanya semata-mata untuk kita berfikir dan mengkaji.

Utusan Allah

Umum mengetahui bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa Rasul dan Nabi telah diutuskan kepada umat manusia di setiap tamadun sejak daripada Adam a.s. adalah masing-masing berjumlah 313 dan 240,000 orang.

Melihat kepada jumlah tersebut, adalah tidak mustahil untuk menolak Tollund Man adalah utusan Allah SWT untuk kaumnya di Eropah 2,000 tahun yang lampau.

Ciri-ciri Istimewa Tollund Man

Tollund Man Face

Selain daripada jasadnya yang terpelihara, beberapa ciri Tollund Man merapatkan dirinya sebagai seorang yang boleh dianggap utusan Allah SWT.

Daripada raut wajah Tollund Man, kita boleh mengenali bahawa Tollund Man semasa hayatnya adalah seorang yang dihormati dan dipercayai oleh masyarakat.

Garis pada dahi menunjukkan beliau seorang yang alim. Mata beliau ditutup dengan kemas namun tidak menunjukkan beliau cukup terseksa dengan kematiannya. Bibirnya juga mengukir sedikit senyuman yang mana ia adalah ciri-ciri paling utama menunjukkan keimanan seseorang individu. Rambut beliau juga tidak panjang manakala janggut dan misai juga menunjukkan beliau memiliki ciri-ciri seseorang yang sangat tertib.

Wajah dan senyuman Tollund Man tidak memungkinkan beliau seorang yang layak digelar seorang penjenayah melainkan beliau adalah seorang yang mempunyai jiwa dan rohani yang cukup besar.

Seperkara lagi yang memyelubungi misteri Tollund Man adalah cara pengebumiannya. Tollund Man dikebumi dengan baik di dalam tanah, mirip kepada tradisi ajaran tauhid dan monoteisme yang mengebumikan jenazah ke dalam tanah.

Namun, adat masyarakat Eropah 2,000 tahun yang lampau adalah bertentangan dengan kaedah tradisi penganut ajaran tauhid.

Mereka akan membakar mayat sebelum abunya ditempatkan di sebuah ‘kubur’. Kubur tersebut masih lagi boleh dilihat di Silkeborg.

Mumia Guanajuato

Sebagai perbandingan, beberapa mumia seperti Mumia Chauchilla dilihat agak menyeramkan. Mulut dan matanya terbuka luas seakan-akan menahan sesuatu kesakitan yang luar biasa. Begitu juga dengan mumia Firaun Ramses II.

Perbandingan ini menunjukkan ada sesuatu yang istimewa terdapat pada mumia Tollund Man berbanding mumia-mumia yang lain.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Misteri Kewujudan Nefertiti Permaisuri Agung Firaun

sumber: takusahrisau | wikipedia

Saturday, March 16, 2013

Kisah Misteri Kaki Mencari Tuannya

Kisah Misteri Kaki Mencari Tuannya

Sesuatu yang dianggap misteri apabila roh si mati kembali ke rumahnya untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada waris. Kisah seperti ini pernah ditayangkan dalam drama Tanah Kubur. Ia berkisarkan seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan dan maut di tempat kejadian.

Misteri kaki mencari tuan
Gambar hiasan.

Tanpa disedari rupa-rupanya terdapat cebisan anggota badannya terlekat di bahagian motosikal. Kemudian si roh datang dan meminta untuk menyempurnakan jasadnya yang masih berbaki lagi.

Maka, kisah di bawah ini pula adalah tentang sepasang kaki yang tiba-tiba muncul di rumah si mati. Apakah mesej yang ingin disampaikan?

Sudah 15 hari Hashim dikebumikan selepas maut dalam satu kemalangan di simpang 3. Namun kesedihan Zaoyah masih belum reda.

Kematian suami tersayang membuatkan Zaoyah bagaikan helang kepatahan sayap. Tempat bergantung juga sudah tiada, tempat bermanja jauh sekali.

Zaoyah masih ingat ketika pagi kejadian, dia masih di dapur apabila Hashim memberitahu dia terpaksa ke tempat kerja lebih awal pagi ini. Zaoyah hanya sempat membancuh milo, tetapi sarapan masih terjerang di atas dapur.

"Tunggu sambal tumis masak sekejap bang," ujar Zaoyah sambil menghidangkan nasi lemak yang masih berasap.

"Tak apalah Yah, tengahari nanti abang balik, abang makanlah nasi lemak tu," ujar Hashim.

Dia kelihatan begitu tergesa-gesa. Topi keledar dicapainya dan terus disarung ke kepala. Stokin dan kasut dipakai secepat kilat dan Hashim terus menuju ke tempat letak motorsikalnya.

Sebaik sahaja Hashim pergi, Zaoyah menutup semula makanan di atas meja. Rengekan Azril, anak bongsunya segera menarik perhatiannya. Zaoyah mematikan api dapur dan terus ke bilik. Azril sudahpun bangun tetapi tangisannya sangat luar biasa dari hari-hari sebelumnya.

Zaoyah hairan. Dia merasa seluruh tubuh Azril. Tidak pula panas kalau nak dikatakan demam. Zaoyah memujuk Azril sambil menggantikan lampin.

Kemudian mendukung anaknya ke dapur. Zaoyah menyuapkan telur rebus ke mulut Azril tetapi anak kecil itu menolak. Zaoyah hairan.

Anaknya tidak pernah begitu sebelum ini. Jam sebelas pagi baharulah Azril berhenti menangis. Selepas menyusu Zaoyah menidurkan Azril di dalam biliknya.

Sedang Zaoyah memanaskan lauk di dapur, tiba-tiba perasaannya menjadi tidak enak. Apabila terpandang nasi lemak Hashim di meja, perasaannya menjadi semakin tidak menentu.

Deringan telefon membuatkan Zaoyah tersentak. Dia segera menjawab panggilan di ruang tamu.

"Ya Allah…abang..," tiba-tiba Zaoyah menjerit sebaik sahaja mendengar berita yang disampaikan.

Hashim terbunuh dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Pandangan Zaoyah kelam, dia rebah tanpa meletakkan gagang telefon di tempatnya.

Mujurlah jeritannya di dengar Pak Busu yang sedang mengayuh basikal melintasi halaman rumah Zaoyah. Pak Busu segera memanggil jiran-jiran wanita untuk membantu Zaoyah.

Zaoyah hanya tersedar apabila jenazah Hashim sampai selepas Zuhur di rumahnya.

"Yah, kalau nak tengok muka Hashim buat kali terakhir, tengoklah. Tok dah buka kapan di mukanya," ujar Tok Imam.

Zaoyah merenung mayat Hashim yang sudah dimandi dan dikapankan oleh pihak hospital. Bagai tidak terdaya Zaoyah hendak menatap wajah suami tercinta. Terkilan hatinya kerana Hashim tidak sempat menjamah nasi lemak kegemarannya pagi tadi.

Walaupun sudah 2 minggu berlalu, Zaoyah masih menangisi kematian Hashim. Adik-beradik dan sanak saudara sudah pulang ke rumah masing seorang demi seorang.

Seperti malam-malam yang lalu, Zaoyah gagal melelapkan matanya. Kenangan dan ingatannya hanya kepada Hashim.

Setiap kali rindunya memuncak dia akan membaca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas, lalu dihadiahkan kepada allahyarham.

Hanya itulah ubat yang mampu menenangkan jiwanya. Kalau dia tidur pun, hanya tidur-tidur ayam. Sering dia terjaga di tengah malam dan pasti tidak mampu terlena lagi hingga ke pagi.

Malam itu Zaoyah gagal melelapkan matanya lagi. Walaupun kokok ayam yang pertama sudah kedengaran, matanya tidak mengantuk sedikitpun.

Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi tapak kaki menapak di lantai rumahnya. Zaoyah terkejut. Tak mungkin anak sulungnya Shahril bangun tengah-tengah malam.

Shahril tak pernah bangun tengah malam sebelum ini. Zaoyah dapat mendengar bunyi tapak kaki yang mundar mandir ke hulu ke hilir. Tetapi kedengarannya seperti bukan berjalan, tetapi melompat setapak-setapak.

"Kucing agaknya," bisik hati Zaoyah.

Dia membiarkan bunyi tapak kaki itu menghilang. Ketika azan Subuh berkumandang. Zaoyah segera bangun dan menunaikan solat Subuh.

Ketika remang Subuh mendatang, Zaoyah segera menjerang air dan mengejutkan Shahril untuk ke sekolah. Zaoyah segera mengenepikan perasaan sedihnya jauh-jauh apabila berdepan dengan anak-anak.

"Sekolah pandai-pandai Ril, abah kau dah tak ada.

"Kaulah ganti abah nak jaga mak bila tua nanti, nak tolong mak besarkan adik," pesan Zaoyah kepada Shahril yang sedang menikmati minum paginya.

Shahril segera mengambil beg sekolahnya dan keluar memakai kasut. Belumpun Shahril duduk, dia terpandang bekas tapak kaki di atas papan tangga menuju ke rumah. Kemudian di atas lantai menghala ke dapur dan ke bilik Zaoyah.

"Mak! tapak kaki siapa ni mak?" jerit Shahril. Zaoyah bergegas mendapatkan anaknya.

Dia juga hairan melihat bekas tapak kaki berlumpur di atas lantai. Zaoyah segera teringat apa yang didengarnya malam tadi. Mungkinkah ada orang naik ke rumahnya malam tadi. Tapi siapa?

Perasaan Zaoyah jadi tidak menentu. Ini mesti ada orang yang berniat tidak baik terhadapnya. Baru tiga minggu dia menjanda, sudah adakah lelaki yang menaruh hati kepadanya?

Zaoyah segera membersihkan kesan tapak kaki di atas lantai tersebut. Sambil hatinya berdoa, janganlah ada apa-apa musibah yang menimpa dia dengan anak-anak.

Malam itu Zaoyah memastikan semua pintu dan tingkap rumahnya berkunci dan bermangga. Kalau ada orang yang nak buat jahat pun, mereka tentu akan mengambil masa untuk membuka pintu dan tingkap rumahnya.

Tetapi malam itu sekali lagi Zaoyah dikejutkan oleh bunyi yang sama. Zaoyah sengaja mengajak Shahril tidur bersama di biliknya.

Shahril dan Azril tidur di atas katil sedang Zaoyah tidur di atas tilam yang terhampar di atas lantai. Zaoyah bingkas bangun sebaik sahaja mendengar bunyi tapak kaki tersebut.

Dia mengintai dari pintu biliknya, siapa agaknya yang berani naik ke rumahnya. Tetapi alangkah terkejutnya Zaoyah apabila melihat sekerat kaki dari betis ke bawah sedang menapak di atas lantai rumahnya.

Zaoyah mengamati kaki tersebut. Dia terkaku melihat kaki tersebut terlompat-lompat mundar mandir di ruang tamu rumah. Tiba-tiba Zaoyah teringat sesuatu.

"Ya Allah, abang Hashim…" bisik Zaoyah apabila mengenali kaki itu adalah milik suaminya.

Serentak dengan itu kaki tersebut hilang dari pandangan. Zaoyah bagai baru tersedar dari mimpi. Serentak itu juga tubuh Zaoyah disimbahi peluh dingin dan sejuk. Zaoyah tidak berani hendak keluar dari biliknya.

Malah keesokan paginya, dia menunggu sekeliling cerah lebih dahulu baharu dia mengejutkan Shahril. Shahril tidak diberitahu apa yang berlaku.

Malah ketika Shahril mengadu tentang tapak kaki tersebut, Zaoyah cuma meminta Shahril supaya tidak mempedulikannya.

Petang itu Tok Imam datang ke rumah Zaoyah. Dia hendak melihat sendiri bekas tapak kaki yang dikatakan oleh Zaoyah.

Zaoyah ke rumah Pak Imam untuk meminta pandangan mengenai tapak kaki dan kaki Hashim yang dilihatnya.

"Memang saya nampak kaki dia Tok," ujar Zaoyah sedih.

"Apa alamatnya tu Tok?" soalnya lagi.

Tok Imam memikir-mikir sebentar.

"Ada yang tak kena ni Yah," ujar Tok Imam.

Zaoyah tidak faham apa yang dikatakan oleh Tok Imam.

Keesokan harinya, Tok Imam mengajak beberapa orang kampung ke tempat Hashim di tempat kemalangan. Tok Imam sendiri mencari di kawasan kemalangan sambil diperhatikan oleh orang-orang kampung yang lain.

"Subhanallah," tiba-tiba Tok Imam bersuara lantang.

Orang-orang kampung segera menghampiri Tok Imam. Mereka terkejut apabila melihat sebelah kaki Hashim terlindung di sebalik daun-daun keladi di dalam selut.

"Kau ambik benda ni, bawa ke masjid. Kaki ni kita kena mandikan dan kapankan. Lepas tu kita kena kebumikan," ujar Tok Imam.

Zaoyah terkejut apabila diberitahu penemuan kaki Hashim di dalam semak di tempat kemalangan.

"Mungkin yang datang tu roh dia, minta disempurnakan. Itu sahaja yang Tok boleh katakan. Wallahu a'lam," ujar Tok Imam ketika Zaoyah bertanya mengapa dia melihat kaki Hashim berjalan di dalam rumah.

Selepas kaki Hashim dikebumikan, Zaoyah tidak mendengar lagi bunyi orang berjalan di dalam rumahnya.

Wallahu a'lam

BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com