May 22, 2016

Misteri Manuskrip Voynich, 'Buku Yang Tiada Siapa Mampu Membacanya'

Sebuah buku yang dikenali sebagai Manuskrip Voynich, adalah buku misteri yang dilabel sebagai 'Buku Yang Tiada Siapa Mampu Membacanya'.

Manuskrip Voynich

Menurut pengkaji dari Universiti of Arizona, ia dipercayai ditulis pada awal abad ke 15, bukan seperti yang didakwa pengkaji sebelum ini iaitu sekitar penghujung abad ke 15 dan 16.

Manuskrip Voynich, buku dengan 23.5 sentimeter panjang, 16.2 sentimeter lebar dan setebal 5 sentimeter, mengandungi hampir 240 muka surat - sebahagian daripada muka suratnya sudah hilang.

Manuskrip Voynich [2]

Kandungan manuskrip ini dipercayai terbahagi kepada enam seksyen iaitu;
  1. Botani. Berdasarkan lukisan tumbuh-tumbuhan yang tidak dapat dikenalpasti jenisnya.
  2. Astronomi dan Astrologi. Berdasarkan simbol-simbol.
  3. Biologi. Berdasarkan lakaran tubuh manusia dan lakaran-lakaran lain.
  4. Huraian sistem sembilan kosmologi. Sistem cakrawala Puak Norse-qasar Scandinavia.
  5. 'Pharmaceutical Drawing'. Berdasarkan lakaran herba-herba serta akar-akar kayu.
  6. Seksyen terakhir dipercayai lampiran-lampiran resepi.

Seksyen ini dibahagikan oleh pengkaji berdasarkan susunan lakaran pada setiap muka surat manuskrip ini. Namun, hanya ini yang pengkaji mampu huraikan.

Manuskrip Voynich [3]

Segala tulisan di dalamnya tidak mampu ditafsir sehingga kini sekalipun pakar 'Code breakers & Decipher' tentera, pakar crytograph, pakar matematik dan pakar bahasa telah mencubanya, namun gagal menafsirkannya walaupun satu perkataan.

Manuskrip Voynich [4]

Ada teori mengatakan ia adalah bahasa 'Glossolalia', iaitu satu bahasa seni yang halus dalam berbicara atau menulis yang tiada sesiapapun diantara kita mampu membaca atau menuturkannya kerana dipercayai hanya dituturkan oleh tuhan atau makhluk asing. Erk!

Manuskrip Voynich [5]

Manuskrip ini telah didermakan kepada Yale University's Beinecke Rare Book and Manuscript Library pada tahun 1969 dan disimpan sehingga kini di sana.

Mahu mencuba untuk menafsirkannya?

BACA INI JUGA: Misteri Kitab Kuno 'Grand Grimoire' Untuk Memanggil Syaitan

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

Apa agaknya maksud2 disebalik catatan tu.. wallahualam...

Pertama kali ada tulisan yang tidak mampu dipecahkan oleh mana mana pengkaji.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon