Saturday, February 07, 2015

Misteri Api Menganggu Dua Beranak Di Johor!


Itu nasib yang menimpa dua beranak apabila dikatakan tidak boleh bersama bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Api Misteri - Felda Kahang Timur, Kluang

Mangsa, Nor Hawa Ahmad, 34, dan anaknya yang berusia 10 tahun terpaksa berpisah buat sementara waktu ekoran berlakunya kebakaran misteri setiap kali mereka bersama.

Kejadian menimpa dua beranak yang tinggal di Felda Kahang Timur, Kluang ini menjadi tanda tanya banyak pihak termasuk keluarga mereka sendiri.

Mengimbas kembali kejadian, Hawa mendakwa kejadian mistik ini berlaku sejak November tahun lalu selepas diganggu dengan perkara pelik seperti pintu dan tingkap rumah tertutup dan terbuka sendiri.

Gangguan misteri berpanjangan hinggalah barangan di rumahnya seperti tilam, pakaian, telekung dan langsir terbakar secara tiba-tiba tanpa diketahui puncanya.

Insiden ini menyebabkan dia terpaksa menumpang rumah keluarganya namun kebakaran misteri terus berlaku.

“Selepas beberapa minggu melalui kejadian pelik, kami bercadang menumpang di rumah ibu mentua berhampiran namun kebakaran itu berlaku pula di rumahnya.

“Ia berlarutan apabila kami berpindah ke rumah ibu saya di Kulaijaya dan keadaan menjadi lebih teruk kerana kebakaran berlaku lebih besar sehingga memerlukan bantuan bomba untuk memadamkan api,” katanya.

Kami sendiri tidak tahu perkembangan nasib yang menimpa keluarga ini sekarang.

Pun begitu, kita doakan moga keluarga ini terus tabah menghadapi ujian seumpama ini dan selamat dari anasir-anasir jahat jin dan syaitan.

“Sesungguhnya makhluk-makhluk halus itu dapat melihat kamu sedangkan kamu tidak dapat melihat mereka.” (Surah al-A’raaf, ayat 27).

BACA INI JUGA: 10 Stesen Kereta Api Berhantu Di Dunia!

Sumber: Mynewshub.cc

2 comments

  1. Semoga mereka tabah & mudah2an Allah sentiasa melindungi... Hanya Allah jua yg mengetahui segalanya... Allahuakbar..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon