Sep 2, 2014

Misteri Keindahan Bandar Biru Jodhpur

Info Misteri. Ribuan seni bina yang terletak di Jodhpur, Rajashtan, Utara India, menyimpan seribu satu rahsia yang masih menjadi misteri sehingga ke hari ini.

Bandar Biru Jodhpur

Keadaan ini menyebabkan kita berasa seolah-olah berada di dunia lain. Boleh dikatakan bandar tersebut dipenuhi pelbagai binaan yang berwarna biru sahaja.

Lantaran keadaan itu, bandar misteri ini digelar sebagai Kota Biru kerana cuacanya yang sentiasa cerah sepanjang tahun, ia juga mendapat nama jolokan sebagai 'Sun City'.

Sepanjang tahun, bandar Jodhpur yang terletak di wilayah Rajashtan, India sentiasa dikunjungi orang ramai yang datang dari segenap pelosok dunia. Kesemua mereka datang dengan satu impian iaitu ingin menyaksikan ribuan seni bina berwarna biru di bandar tersebut.

Bandar Biru Jodhpur [2]

Namun begitu, satu persoalan yang sering dilontarkan oleh pelancong ialah, mengapakah keseluruhan bangunan di bandar tersebut berwarna biru?

Apakah punca yang menyebabkan masyarakat di kawasan itu mengecat kediaman mereka dengan warna yang sama?

Jika dilihat dengan lojik akal, ia merupakan perkara yang paling tidak masuk akal dan warna biru bukan satu-satunya warna yang terdapat di dunia ini.

Berikutan itu, ramai dikalangan pengunjung cuba mendapatkan sendiri jawapan daripada penduduk tempatan di bandar tersebut. Malangnya, kebanyakan daripada mereka yang disoal gagal mengemukakan jawapan yang tepat.

Bandar Biru Jodhpur [3]

Pelbagai alasan dikemukakan seolah-olah ada sesuatu rahsia yang cuba disembunyikan mereka daripada pengetahuan umum.

Bagaimanapun, terdapat beberapa sumber mengaitkan pegangan agama sebagai sebab mengapa bandar itu dicat dengan warna biru.

Difahamkan, pemilihan warna biru mula menarik minat penduduk di situ sejak zaman dahulu lagi. Pada waktu itu, golongan pendeta dikatakan menjadi pelopor pertama yang mengecat kediaman mereka dengan warna biru. Kononnya warna itu dianggap sebagai warna suci yang berkait rapat dengan tuhan mereka.

Selain kepercayaan agama, masyarakat dibandar tersebut juga percaya, secara biologinya warna biru mampu menghalau kehadiran nyamuk dalam rumah mereka.

Bandar Biru Jodhpur [4]

Kepercayaan ini telah diamalkan sejak turun-temurun lagi, namun tidak diketahui siapakah pelopor idea berkenaan.

Selain itu, masyarakat kota biru Jodhpur turut menganggap warna biru mampu mengawal tekanan suhu di dalam rumah mereka.

Ia seolah-olah berfungsi sebagai sebuah penyaman udara yang dapat menyejukkan rumah secara semula jadi biarpun ketika cuaca panas.

Di wilayah Rajashtan, Jodhpur merupakan sebuah bandar kedua terbesar selepas Jaipur. Keluasan bandar ini dianggarkan sekitar 60,980 kilometer persegi. Bandar ini mempunyai populasi penduduk kira-kira 1.5 juta orang.

Walaupun bandar ini terkenal dengan kunjungan pelancong sepanjang tahun, ia bukanlah sumber pendapatan utama bagi masyarakat di sini. Sebaliknya, ia terkenal dengan pelbagai industri kraf tangan, tekstil dan besi.

Selain terkenal dengan binaan berwarna biru, bandar Jodhpur turut mempunyai keunikan sebuah kubu yang dikenali sebagai Mehrangarh Fort.

Juzcar Spain

Binaan ini merupakan salah sebuah kubu terbesar di India. Setinggi 400 kaki, kubu ini dibina semasa pemerintahan seorang pemerintah di Jaipur bernama Man Singh I pada tahun 1806.

Pada bulan Jun 2011 yang lalu, seluruh bandar Juzcar di selatan Sepanyol turut dicat dengan warna biru. Sebanyak 4,200 liter cat dengan 12 orang penduduk tempatan ditugaskan untuk mengecat rumah dan bangunan di bandar tersebut sempena meraikan pelancaran filem Smurfs.

BACA INI JUGA: Lokasi Paling Sukar Di Kunjungi Di Dunia!

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

10 comments

cantik... sejuk je mata memandang... tapi bosan juga kan kalau hari2 tengok kiri biru... tengok kanan biru... atas biru :D

Tapi kadang2 terlalu warna warni pun membosankan juga..hehe

satu color satu bandar ...menarik sekali

wow cantik. I wish to be here one day..

Bandaraya Kota Kinabalu pernah mencadangkan warna seragam tapi langsung tiada sambutan..huhu

Boleh masuk dalam senarai percutian luar negara..:)

Kalau semua warna alangkah bosannya. Tapi kalau bab kepercayaan ni kita tak boleh nak cakap apa.

kita buat juga versi warna kita masing2 .. ada hijau, pink..dll jadilah warna warni

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon