Monday, February 29, 2016

Misteri Kehilangan 11 Hari Pada September 1752


Sememangnya banyak perkara misteri di dunia, sesetengahnya kekal menjadi persoalan sehingga ke hari ini, manakala yang lain terjadi atas sebab-sebab yang tidak pernah diduga.

1752

Lebih tepat lagi, September pada ketika itu hanya memiliki 19 hari sahaja. Kejadian itu dikatakan berlaku di Kepulauan British. Pelik!

Pada mulanya, penduduk melalui situasi harian seperti biasa, bagaimanapun keadaan mula berubah selepas tarikh yang sepatutnya wujud pada esok hari bertukar secara tiba-tiba.

Pada tarikh yang sepatutnya iaitu 3 September 1752, penduduk tiba-tiba mendapati kalendar dicatatkan adalah 14 September!

Kejadian ini sekaligus menimbulkan rasa pelik kepada orang ramai dan selepas melakukan kiraan, didapati sebanyak 11 hari telah lenyap dalam bulan tersebut.

Lebih memeranjatkan, situasi sama turut berlaku pada tanah jajahan lain dan penduduk beranggapan seluruh kawasan di dunia mengalami perkara serupa.

Akibatnya, suasana menjadi tegang dan berlaku rusuhan dibeberapa tempat kerana masyarakat percaya kehilangan 11 hari itu merupakan agenda kerajaan untuk menipu rakyat.

Tambahan lagi apabila memikirkan upah pekerja selama sebulan mungkin tidak dapat diperolehi seperti biasa.

Bagi mengatasi situasi panik dan kemarahan rakyat, kerajaan bertindak melakukan pembayaran gaji 30 hari upah bagi individu yang bekerja penuh selama 19 hari untuk mengurangkan rasa marah dan bingung dikalangan penduduk.

Kepulauan British dilaporkan menjadi negara terakhir yang mengalami situasi pelik ini. Sebabnya, peristiwa yang sama dikatakan berlaku pada negara-negara lain terlebih dahulu.

Perancis, Austria dan Norway turut tersenarai dalam negara yang mengalami kehilangan hari dalam bulan itu.

Persoalannya, bagaimana perkara pelik ini boleh berlaku?

Menurut rekod yang dikeluarkan oleh Historic UK, situasi itu dikatakan terjadi akibat perubahan kalendar.

Sebelum itu, kerajaan Britain dan jajahannya menggunakan kelaendar Julian. Susunan tarikh ini dicipta oleh Julius Caesar pada tahun 46 Sebelum Masihi.

Kalendar Julian yang digunakan pada masa itu telah diubah kepada Gregorian oleh kerajaan Britain.

Jadual masa ini telah diwujudkan oleh Pope Gregory XIII dan tujuannya supaya tetapan tarikh dapat ditentukan dalam kedudukan yang sama dengan negara Eropah yang lain.

Sebelum ia diubah, kalendar Julian sering mengalami ralat satu hari bagi setiap 128 tahun. Ia dipercayai berpunca daripada kesalahan mengira tahun matahari sebanyak 11 minit, sekaligus menyebabkan masa bergerak lebih jauh daripada Ekuinoks.

Ekuinoks bermaksud peristiwa matahari dilihat berada tepat diatas garisan khatulistiwa Bumi.

Bagi menyelesaikan masalah ini, kalendar Gregorian mula diperkenalkan dan jadual tarikh ini disusun berdasarkan jumlah 365 hari dalam setahun, dimana ia dibahagikan kepada 12 bulan.

Setiap bulan mengandungi jumlah sama ada 30 atau 31 hari. Ia termasuklah satu bulan pendek yang mempunyai 28 hari iaitu Februari.

11 September 1752 Mystery [2]
Keadaan menjadi huru-hara.

Sengguhpun begitu, dalam tempoh empat tahun, akan berlakunya tahun lompat dengan kewujudan 29 hari di dalam bulan Februari.

Namun, pelaksanaan kalendar Gregorian sukar dilaksanakan dengan mudah. Ini bermaksud, tahun 1751 menjadi tahun pendek kerana hanya mempunyai 282 hari iaitu bermula pada 25 Mac (tahun baru dalam kelendar Julian) hingga 31 Disember.

Sementara pada tahun 1752 bermula pada tarikh 1 Januari, akan tetapi situasi tersebut kekal menjadi masalah persamaan tarikh bagi England dan negara Eropah lain.

Akhirnya, pemerintah membuat keputusan untuk melenyapkan 11 hari bagi membetulkan semula susunan tarikh.

Maka, 14 September ditetapkan sebagai tarikh seterusnya selepas 2 haribulan.

BACA INI JUGA: Misteri 'Ley Lines' Garisan Spiritual Bumi

-SENTIASAPANAS.COM

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon