Monday, June 09, 2014

Gempar Video Toyol Di Kurung Dalam Botol


Tidak dapat dinafikan, makhluk halus sememangnya wujud di dunia ini dan sentiasa berada disekeliling kita setiap masa.

Video Toyol

Kita menggelarnya jin, jembalang, hantu, pontianak, toyol dan sebagainya namun yang pasti mereka tetap makhluk Allah seperti manusia.

Bagi makhluk ini yang sebahagian kerjanya mengganggu manusia, hukuman diterima daripada pengamal perubatan Islam adalah dikurung di dalam botol selepas ditangkap.

Kaedah perubatan ini sememangnya tidak dapat dipertikaikan lagi.

Bagaimanapun, video di bawah yang didakwa menunjukkan seekor toyol yang ditangkap dan dimasukkan ke dalam botol meronta-ronta hendak keluar tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Maklumlah, zaman sekarang ini kebanyakan orang semua sudah pandai mengedit gambar mahu pun video.

Apa pun sedikit sebanyak, inilah gambaran nasib makhluk halus jika mereka berjaya dikalahkan dan ‘ditangkap’ oleh bomoh atau pengamal perubatan Islam selepas mengganggu atau merasuk manusia.

BACA INI JUGA: Bali Gempar Sepasang Hantu Berjaya Ditangkap!


Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon