Jul 27, 2015

Sleepy Hallow, Misteri Sindrom Tidur Yang Menakutkan

Di Kalachi, Kazakhstan, satu penyakit misteri dilaporkan terjadi sejak April 2010 lagi. Sebahagian daripada 600 orang penduduknya tidak mahu tidur kerana bimbang tidak akan terjaga sehingga tujuh hari lamanya. Hingga kini dikatakan 14 peratus daripada penduduknya mengalami penyakit misteri ini.

Misteri Sleepy Hallow di Kalachi

Dan malangnya hingga ke hari ini, belum ada pakar dapat mengesan punca sebenar sindrom misteri ini dan belum ada rawatan untuknya.

Apa yang menakutkan penduduk, penyakit ini boleh terjadi secara tiba-tiba dimana-mana sahaja tanpa sebarang petanda.

Kebanyakan mangsa akan tertidur ketika sedang berbual, berjalan, ketika belajar didalam kelas malah ketika sedang melakukan kerja-kerja harian.

Apabila tertidur, mereka biasanya tidak akan sedarkan diri sekurang-kurangnya satu hingga tujuh hari tanpa makan dan minum.

Apabila dikejutkan, mangsa akan membuka mata sedikit dan tertidur semula seperti seseorang yang terlalu keletihan hingga tidak dapat membuka mata sepenuhnya.

Apabila mangsa terjaga, mereka akan berasa pening, tidak boleh berdiri, kepenatan dan hilang ingatan dalam tempoh tertentu. Lebih buruk, ada juga mangsa dilaporkan mengalami halusinasi teruk. Dan ini sangat menakutkan penduduk hingga menjejaskan aktiviti harian.

Menurut Marina Felk, ketika Sleepy Hallow menyerang dirinya, dia sedang memerah susu lembu diladang. Tiba-tiba dia terasa mengantuk yang amat sangat dan tertidur disitu.

Ketika terjaga, Marina sudah berada dihospital dan dimaklumkan sudah dua hari dua malam dia tidak sedarkan diri.

Apabila Marina terjaga, dia tidak dapat mengingati apa-apa melainkan kali terakhir ketika dia sedang memerah susu lembu.

Seorang lagi mangsa, Lyubov Belkova, mengakui sudah tujuh kali diserang Sleepy Hallow tanpa sebarang sebab. Pada mulanya, wanita yang dipercayai orang pertama terkena penyakit ini disahkan menghidap strok Iskemia.

Jarak Lombong Uranium
Jarak Kalachi dan lombong Uranium hanyalah 600 meter.

Tidak lama kemudian, jirannya turut terkena penyakit misteri Sleepy Hallow sebelum merebak kepada penduduk yang lain.

Mereka percaya Sleepy Hallow berpunca daripada lombong uranium yang dibina hanya beberapa ratus meter dari kawasan penduduk adalah penyebab utama.

Lombong uranium tinggalan Soviet itu dikatakan mengeluarkan asap berbau manis dikhuatiri mengandungi racun tertentu. Ada juga yang mendakwa terdapat bahan-bahan toksik tertanam di beberapa tempat sebagai punca.

Namun, apabila saintis menjalankan kajian terhadap udara, tanah dan sumber air, tiada sebarang bukti yang boleh dikaitkan dengan kejadian misteri ini.

Lebih membingungkan, ujian yang dijalankan keatas pekerja-pekerja lombong juga tidak menunjukkan sebarang masalah berkaitan penyakit ini.

Dalam masa yang sama, doktor sepakat menyatakan penyakit misteri ini berpunca daripada cecair berlebihan dalam otak dan jangkitan bakteria seperti Meningitis.

Walau bagaimanapun, dakwaan itu tidak kukuh kerana ada dikalangan mangsa tidak mengalami tanda-tanda sedemikian ketika terjadinya serangan.

Pada awal September 2014, hospital telah menerima lapan orang murid yang didakwa tertidur ketika perhimpunan sekolah. Pada mulanya doktor mengesahkan mereka menghidap Encephalopathy, sejenis penyakit gangguan otak.

Namun selepas ujian imbasan Computerized Tomography (CT) dijalankan, keputusan menunjukkan bahawa otak kanak-kanak terbabit mempunyai cecair berlebihan dikenali sebagai Oedema, tetapi tidak ada gejala neurologi sampingan terjadi dan tiada tanda-tanda meningitis ditemui.

Lombong Uranium
Lombong uranium tinggalan era Soviet.

Para pakar pada mulanya merasa bimbang kerana Oedema yang terdapat di dalam otak boleh menjejaskan perkembangan neurologi otak kanak-kanak tetapi sehingga kini mereka masih belum menemui sebarang jawapan kepada punca Sleepy Hallow dan cara rawatan untuk menangani masalah ini.

Prof. Jim Horne, seorang Pakar Tidur, Pusat Penyelidikan Tidur Universiti Loughborough, bagaimanapun menolak kemungkinan wujud kaitan dengan masalah keletihan kronik atau Narcolepsy.

Menurut Prof. Jim, penyakit misteri itu hanya boleh terjadi dalam jangka masa singkat dan bukannya memakan masa yang lama. Ia juga tiada kaitan dengan masalah gangguan tidur.

Tambah Prof. Jim lagi, kebanyakan mangsa sembuh dengan cepat. Ini menunjukkan adanya kehadiran virus, tetapi apabila semakin ramai yang mengalami masalah yang sama, ia berkemungkinan berkaitan pencemaran alam sekitar.

Punca Penyakit Misteri Akhirnya Diketahui

“Penyebab penyakit misteri ini akhirnya berjaya ditemui penyebabnya iaitu karbon monoksida,” kata Wakil Perdana Menteri Berdybek Saparbayev, dalam laporan berita Russian Today, Sabtu (11/7/2015).

“Dulu ada lombong uranium di daerah ini, yang sekarang ditutup, lombong itu mengeluarkan karbon monoksida dan hidrokarbon (semacam metana) dalam kepekatan yang tinggi, itulah penyebab wabak ‘sleepy hollow’ ini terjadi,” tambahnya.

BACA INI JUGA: 5 Watak Horor Lagenda Paling Menyeramkan

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon