Mar 13, 2016

Kehilangan Misteri Di Segi Tiga Bennington

12 November 1945, Middie Rivers, 74, seorang pemburu berpengalaman sedang memimpin sekumpulan lelaki untuk berburu dikawasan pergunungan Glastenbury, Vermont, New England.

Bennington Triangle Mystery

Dalam perjalanan pulang melalui lereng gunung tersebut, Middie Rivers yang berada jauh dihadapan tiba-tiba hilang. Jejaknya tidak dapat dikesan.

Pasukan penyelamat melakukan gerakan mencari namun buntu. Yang ditemui hanyalah kartrij peluru berdekatan sungai berhampiran.

Peliknya, kemana Middie Rivers menghilang? Adakah masih hidup atau sudah mati?

Sukar sekali untuk mengatakannya sesat kerana dia begitu arif dengan laluan di kawasan tersebut.

Semasa kehilangan Middie Rivers masih menjadi bualan hangat, setahun kemudian iaitu pada 1 Disember 1946, seorang pelajar wanita tahun dua di kolej Bennington pula didapati hilang di pergunungan itu.

Paula Welden, 18, didapati hilang semasa sedang mendaki berseorangan dilaluan yang disediakan.

Malah, ada pendaki yang nampak kelibatnya berada dihadapan mereka pada jarak lebih kurang 100 kaki.

Namun, ketika pendaki sampai diselekoh yang sebelum itu dilalui Paula, kelibat gadis itu tidak lagi kelihatan.

Pencarian dilakukan, malah turut mendapat bantuan agensi FBI, termasuk tawaran lima ribu dollar untuk sesiapa yang berjaya menemui Paula.

Malangnya, jejak gadis ini juga tidak dapat dikesan sehingga ke hari ini.

Misteri kehilangan berterusan. Tiga tahun selepas Paula hilang, seorang lelaki tua, penduduk tempatan Bennington, bernama James E. Tedford menerima nasib yang sama.

Ia berlaku pada 1 Disember 1949, sewaktu James dalam perjalanan pulang ke Bennington setelah melawat saudaranya di Alabama.

Menurut saksi yang menaiki bas yang sama dengan James, dia masih dilihat di dalam bas sewaktu tiba diperhentian terakhir sebelum tiba di Bennington.

Dan selepas itu, James hilang begitu saja dan beg pakaiannya masih ada. Kehilangan James telah menimbulan misteri dan tanda-tanya ramai pihak.

Bennington Triangle Mystery [3]

Misteri ini masih belum berakhir dan pada 12 Oktober 1950, seorang kanak-kanak didapati hilang.

Paul Jepson yang baru berusia lapan tahun mengikut ibunya menaiki trak.

Ketika ibunya meninggalkan Paul berseorangan untuk memberi makan haiwan ternakan, Paul didapati hilang selepas dia kembali sejam kemudian.

Misi pencarian dijalankan namun gagal mengesan Paul. Malah, anjing pengesan yang cuba menjejak Paul terhenti di jalan raya dan gagal mengesan jejak seterusnya.

16 hari kemudian, Frieda Langer pula menerima nasib serupa. Pada 28 Oktober 1950, Frieda, 53, dan sepupunya, Herbert Elsner, meninggalkan tapak perkemahan keluarga mereka di Somerset Reservoir, untuk mendaki.

Dalam perjalanan, Frieda terjatuh ke dalam sungai menyebabkan bajunya basah. Dia terpaksa berpatah baik ke khemah untuk menukar baju sambil meminta Herbert menunggunya di situ.

Tetapi, setelah beberapa ketika menunggu, Frieda tidak juga muncul dan Herbert mengambil keputusan untuk pulang semula ke tapak perkhemahan mereka.

Namun, apabila sampai, Frieda tiada di situ dan saksi juga menyatakan Frieda tidak pernah kembali semula selepas keluar bersama dengan Herbert.

Pencarian besar-besaran dilakukan untuk menjejak Frieda. Lebih 300 orang penyelamat termasuk bantuan helikopter untuk mengesan Frieda tetapi tiada satu pun petunjuk yang ditemui bagi membantu mengesan kehilangannya.

Hanya pada 12 Mei 1951, selepas tujuh bulan kehilangannya, barulah mayat Frieda ditemui berdekatan tapak perkhemahan Somerset dan mayatnya ditemui dikawasan terbuka.

Yang peliknya, pencarian besar-besaran sebelum ini gagal menemuinya.

Malangnya, mayat Frieda gagal memberi petunjuk terhadap punca kematiannya kerana keadaan mayat yang sudah lama.

Apa yang pasti, hanya Frieda satu-satunya mangsa hilang yang berjaya ditemui.

Misteri Bennington

Bennington Triangle Mystery [2]

Misteri kehilangan lima mangsa diatas berlaku di pekan Bennington, di selatan daerah Vermont, Amerika Syarikat.

Dikawasan ini juga terletaknya gunung Glastenbury yang terkenal dikalangan pendaki.

Kesemua mangsa hilang secara misteri berdekatan kawasan pergunungan ini dan kelima-limanya merupakan penduduk tempatan Bennington.

Dan disebabkan itulah kawasan ini telah digelar sebagai 'Segi Tiga Bennington', menggambarkan sebuah wilayah yang menyebabkan kehilangan misteri terhadap mangsa-mangsanya.

Penduduk asli dikawasan tersebut percaya, kawasan segi tiga Bennington adalah kawasan terkutuk yang dipenuhi kuasa jahat.

Pelbagai andaian dibuat terhadap misteri kehilangan. Ada teori mengatakan mangsa hilang kerana dibawa masuk ke dimensi berbeza melalui putaran masa.

Ada pula yang mendakwa ia ada kaitan dengan UFO berikutan beberapa laporan tentang saksi yang melihat benda pelik terbang dan kilauan cahaya misteri dilangit kawasan tersebut.

Timbul juga dakwaan mengatakan wujudnya 'Bigfoot' yang menyebabkan kehilangan mangsa, selain dakwaan mungkin mangsa dibaham beruang.

Namun, teori ini tidak cukup kuat kerana jejak mangsa, serpihan baju mahupun tulang langsung tidak ditemui kecuali mangsa kelima.

Ada juga yang mengaitkan kejadian ini dengan penculikan dan pembunuh bersiri, tetapi tiada bukti kukuh untuk dakwaan ini.

Apa yang pasti, kehilangan misteri ini selalunya berlaku dalam tiga bulan terakhir penghujung tahun.

Dan biasanya, kali terakhir mangsa dilihat adalah diantara pukul 3 hingga 4 petang.

Apa sekalipun, sehingga kini, pergunungan Bennington tetap menjadi kunjungan pelancong dan pendaki.

Malah, pengkaji paranormal juga turut tidak ketinggalan berkunjung untuk mengkaji misteri yang ada di Bennington.

BACA INI JUGA: Segitiga Bermuda, Misteri Kehilangan Flight 19

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

kat mana-mana pun boleh hilang secara misteri..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon