Nov 15, 2014

Segitiga Bermuda, Misteri Kehilangan Flight 19

Kehilangan penerbangan no 19 merupakan sebuah peristiwa yang sangat membingungkan.

Flight 19

Seluruh skuad pesawat lenyap secara tiba-tiba tanpa sebarang kesan, langsung tidak meninggalkan apa-apa klu tentang kejadian tersebut.

Sejarah ini mengutip pelbagai kontroversi, bukan sahaja kerana terdapat jurang perbezaan pendapat yang luas tentang hal ini, malah telah memulakan reputasi mitos yang berlegar di kawasan kehilangannya, Segitiga Bermuda!

Sungguh banyak penjelasan yang cuba diketengahkan dalam cubaan untuk memahami teka-teki yang berkisar tentang hal itu.

Ada yang menyalahkan keadaan cuaca yang terlalu dahsyat, segelintir lagi yakin skuad itu telah diculik oleh makhluk asing.

Teori ini dipopularkan oleh Stephan Spielberg dalam filemnya yang bertajuk, 'Close Encounter of The Third Kind', dimana juruterbang-juruterbang dalam penerbangan 19 itu dibawa pulang ke bumi dengan menaiki kapal angkasa makhluk asing.

Kes ini mengundang banyak persoalan. Bagaimana mungkin, bukan satu tetapi kesemua lima pesawat dalam satu skuad, dengan beberapa pakar yang terlibat, boleh ghaib begitu sahaja?

Lebih memeningkan adalah fakta yang mengesahkan pesawat pencari dan penyelamat yang dihantar bagi menyiasat penerbangan 19 itu juga hilang oleh sebab-sebab yang masih tidak diketahui hingga sekarang.

Misi Penerbangan 19

Flight 19 [2]
Kru pesawat Flight 19.

Terdiri daripada lima Naval Avenger pengebom torpedo, berlepas dari Fort Lauderdale dalam misi latihan pada 5 Disember 1945.

Setiap satu pesawat sepatutnya membawa 3 orang individu, tetapi pada hari tersebut seorang tidak hadir dan jumlah bilangan kru dalam penerbangan tersebut adalah 14 orang.

Daripada jumlah ini, 13 orang sudahpun berada di peringkat akhir latihan mereka dan sememangnya cekap mengendalikan peranan masing-masing.

Latihan ini diketuai oleh Lt. Charles Taylor, seorang juruterbang yang sangat berpengalaman, yang mendapat kepakarannya semasa rutin penerbangannya di Florida Keys sebelum itu.

Pelan penerbangan mereka adalah untuk berlatih kaedah pengeboman yang melalui kawasan yang dinamakan 'Hen & Chickens Shoals' yang berada di bahagian Timur Florida Keys.

Skuad itu kemudiannya diarahkan untuk terbang terus ke arah Timur sehingga lebih kurang 190 km dari tebing dan bertukar arah ke utara sehingga mencapai jarak 113 km pula. Selepas itu barulah skuad diarah berpusing ke barat daya dan kembali semula ke pangkalan.

Perjalanan tiga segi ini akan membawa mereka merentas Bahamas, yang meletakkan mereka terus berada di landasan Segitiga Bermuda.

Penerbangan itu direkodkan berlepas pada pukul 2.10 petang dalam keadaan cuaca yang baik. Beberapa minit sebelum jam 4 petang, Fort Lauderdale menerima transmisi radio dimana Lt. Taylor melaporkan kompas milik skuad itu tidak berfungsi dan yakin bahawa mereka telah sesat.

Salah satu kesukaran yang dialami adalah gangguan atmosfera yang terhasil daripada ribut yang melanda di kawasan Flight 19.

Beberapa siaran radio komersial dari Cuba juga mengganggu talian yang terhad, mensia-siakan sebarang usaha untuk berkomunikasi dengan mereka.

Taylor digesa supaya bertukar kepada frekuensi kecemasan yang mengutamakan komunikasi radio, namun menolak kerana salah sebuah pesawat Flight 19 mengalami masalah radio. Dengan menukar frekuensi radio kemungkinan segala hubungan komunikasi akan terputus dengan serta-merta.

Masa berlalu, perasaan bercampur baur menyelubungi pangkalan Fort Lauderdale. Oleh kerana pada masa itu adalah musim sejuk, matahari dijangka terbenam pada jam 5.30 petang dan cuaca buruk bergerak pantas dari utara.

Pada jam 5.15 petang, hubungan radio berjaya disambung semula untuk beberapa ketika dan Taylor melaporkan penerbangan kini sedang menuju ke arah barat.

Dia kedengaran menasihati skuadnya untuk terbang berdekatan antara satu sama lain. Rancangannya adalah apabila pesawat pertama kehabisan minyak, yang lain akan turun ke laut dengan harapan untuk mengoptimakan peluang kesemua anggotanya untuk selamat.

Segitiga Iblis

Devil's Triangle

Kini, telah diketahui bahawa Segitiga Bermuda adalah salah satu daripada dua tenpat di dunia - satu lagi adalah Segitiga Iblis (Devil's Triangle) di Asia - dimana terdapatnya gangguan medan magnetik pada kadar yang menggerunkan dan mampu mengkucar-kacirkan bacaan kompas.

Adakah ini adalah pemangkin utama kepada banyak kerugian dan kehilangan kapal dan pesawat di lokasi-lokasi tersebut?

Lt. Taylor memberitahu melalui radio bahawa dia percaya yang skuadnya berada di Florida Keys. Dia disarankan jika pasti, agar memimpin ahli skuadnya ke arah utara menuju Miami dan darat.

Ada teori pada masa sekarang yang merasakan Lt. Taylor sebenarnya berada di Bahamas dan dengan terbang ke utara, Flight 19 terus melencong ke tengah lautan Atlantik, jauh dari tempat selamat.

Namun, terlalu banyak faktor lain yang menyumbang kepada segala kesukaran pada hari yang bersejarah itu.

Malapetaka berterusan

Sebuah pesawat Dumb Seaplane, adalah antara yang terawal berperanan sebagai pesawat penyelamat, berlepas lebih kurang jam 6 petang tetapi kerap terputus hubungan dengan pangkalan.

Cuaca yang buruk telah membekukan antena dan pesawat laut itu juga termasuk dalam senarai pesawat yang hilang semasa bertugas.

Sebuah lagi pesawat, Martin Mariner, dihantar untuk tujuan yang sama. Sekali lagi hubungan radio terputus. Tidak diketahui sama ada disebabkan oleh cuaca buruk, Mariner tersebut gagal pulang mengikut waktu yang dijadualkan.

Kru sebuah kapal berdekatan melaporkan satu letupan dipercayai dari sebuah pesawat dilihat lewat malam itu. Mereka bagaimanapun tidak dapat menghulurkan sebarang bantuan kerana cuaca buruk yang sedang melanda.

Kekal misteri

Misteri-Segitiga-Bermuda

Flight 19 dan pasukan penyelamat yang hilang ketika itu masih kekal sebagai peristiwa yang paling misteri sehingga ke hari ini kerana tiada yang terselamat. Tiada mayat mahupun serpihan pesawat yang berjaya ditemui.

Hakikat bahawa seluruh skuad hilang begitu sahaja apabila mereka begitu hampir dengan persisiran rumah mereka.

BACA INI JUGA: Misteri Kapal-kapal Yang Hilang Di Segitiga Bermuda

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

13 comments

Ada orang kata Segitiga Bermuda tu terletaknya istana Iblis. Saya tak pernah tahu pun kat Asia ada segitiga bermuda.

kalau ikutkan, kedudukan Segitiga Bermuda di Asia tu, terletak dilaluan Pesawat MH 370, adakah ianya berkaitan?

Bermula kesah ni sejak berabad lamanye...apabila golongan jin disingkir dari dunia..lalu berlari bertempiaranlah mereka di kaki gunung dan lautan....jika di Malaysia ni ada dua tempat yang menjadi perhimpunan atau kota besar mereka. Iaitu di Pulau Nangka Melaka dan Beting Beras Basah Bagan Datoh Perak...

Diasia terletak diperairan Jepun..:)

Ingatlah jua..dalam dunia ni bukan kita je yang tinggal, tapi golongan jin dan iblis pun ada...

Devil's Triangle terletak diperairan Jepun, jadi agak jauh dari lokasi kejadian. Cuma mungkin tempat dimana MH370 dilupuskan..huhu

Wah..nak cari artikel tentang tu pula..:)

Jadi, pandai-pandailah 'kerjasama' dengan diorang tu kan..hehe

Hanya Allah jua yg mengetahui segala rahsia alam... subhanallah...

Hmm betul tu hanya Allah yang tahu...

Rahsia yang akan tersimpan selamanya..

Kalaulah rahsia ini mampu dibongkar..hehe

Kehilangan MH370 juga salah satu misteri yg besar dan masih kekal misteri...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon