Nov 7, 2015

Misteri Bebola Api ‘Terangi’ Langit Gemparkan Bangkok!

Penduduk Bangkok gempar dengan kemunculan satu bebola api terang yang melintasi ruang langit ibu kota Thailand, pada malam Isnin (2 Nov 2015).

Misteri Bebola Api

Memetik laporan media tempatan, objek asing itu berkemungkinan besar adalah tahi bintang (meteor).

Fenomena yang berjaya dirakam oleh beberapa Dashcam itu turut dimuat naik di laman sosial dan menjadi perbualan hangat di Thailand.

Berdasarkan video, bebola api tersebut dilihat menerangi kegelapan malam selama beberapa saat sebelum hilang.

Bagaimanapun, waktu sebenar kejadian tidak dinyatakan.

Fenomena meteor terjadi apabila batu dari angkasa lepas bergeser dengan atmosfera, lantas menghasilkan api dan cahaya yang terang.

Difahamkan, ini bukanlah kejadian pertama kerana pada 9 September lalu, peristiwa sama pernah berlaku namun pada waktu siang.

BACA INI JUGA: 8 Panorama Alam Yang Sangat Menakjubkan

video


Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

Tak pernah lagi tengok meteor depan mata..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon