Tuesday, September 17, 2013

Misteri Ramalan Coinneach Odhar

Loading...

Info Misteri. Kisah ramalannya tidaklah sepopular kisah Nostradamus. Ramalannya juga tidak sehebat mana sehingga boleh meramal malapetaka akhir zaman dunia seperti ramalan lain.

Coinneach Odhar

Walaupun begitu, dia juga bukanlah calang-calang manusia. Dia merupakan antara tukang ramal yang paling hebat di Britain.

Kenneth Mackenzie atau dalam sebutan Gaelicnya, Coinneach Odhar yang juga digelar Brahan atau Highland Seer, dilahirkan di Kepulauan Scottish, Lewis sekitar kurun ke 17.

Dia dikatakan sememangnya lahir dengan pemberian untuk meramal. Sesetengah cerita pula mendakwa dia mendapat kehebatan dalam membuat ramalan kerana bantuan dari sebiji batu magik pemberian roh Puteri Danish sebagai pembalasan ke atas jasa Odhar kerana membantunya ke alam barzakh. Melalui lubang ditengah-tengah batu magik itulah dikatakan Odhar dapat melihat masa depan.

Kehidupan Odhar pada mulanya hanyalah seorang hamba yang setia. Bakatnya kemudian dikesan seorang ketua kampung yang kemudian membebaskan Odhar dari dunia perhambaan.

Odhar kemudiannya menjadi seorang kaunselor yang dihormati, mengembara ke istana yang dirasakan memerlukan khidmatnya disegenap tanah tinggi dan kepulauan di Scotland.

Karakteristik ramalan Odhar kebanyakannya agak seperti sihir. Agak suram, kelam dari segi susun atur ayatnya. Ini mungkin akibat pengaruh persekitaran yang dilalui Odhar semasa hayatnya dimana ketika itu bangsa 'Highland' ataupun bangsa Tanah Tinggi Scotland sedang melalui zaman yang penuh dengan kacau bilau, kekecohan dan kesengsaraan.

Menurut dalam satu ramalan Odhar yang berbunyi, "...Oh Drummossie! Thy bleak moor shall, before many generations have passed away, be stainea with best blood in the Highlands. Glad am I that I will not see that day, for it will be a fearful time".

Dalam perang itu, ramai 'Highlanders' (pahlawan Scotland) terbunuh. Dan tepat, Odhar pada awal lagi menyatakan dia bersyukur kerana tidak perlu melihat hari itu kerana peristiwa itu berlaku beberapa kurun selepas kematiannya (Glad am I that I will not see that day, for it will be a fearful time).

Selain dari ramalan itu, untuk bangsanya sendiri, Odhar juga pernah berpesan kepada mereka;

"..The people will degenerate as their country improves and the clans will become so effeminate as to flee from their native country before an army of sheep".

Ayat Odhar itu kemudian menjadi ramalan yang tepat. Dia dikatakan meramal peristiwa yang kemudiannya berlaku pada kurun ke 19 iaitu hampir segenap tanah tinggi itu diterangkan dan hampir kesemua kawasannya dijadikan tempat penternakan biri-biri (Army of Sheep).

Coinneach Odhar

Sepanjang kehidupannya, banyak ramalan Odhar dilihat benar-benar menjadi kenyataan. Dia juga pernah dikatakan meramal dimana suatu hari nanti akan ada kapal yang belayar melalui bukit Inverness. Pada masa ramalan itu diungkap, ia amat tidak masuk akal namun beberapa ratus tahun selepas itu, terusan Great Caledonian dibina dan benar kapal kemudiannya berlayar menerusi bukit Inverness!

Terusan itu dibina melalui tengah-tengah banjaran Inverness dan ramalan Odhar sekali lagi menjadi kenyataan.

Kehebatan Odhar kemudiannya disalah guna oleh sesetengah pihak untuk kepentingan mereka. Lagenda menceritakan Odhar pada penghujung hayatnya telah diminta oleh seorang pembesar, Countess of Seaforth yang risau dengan keadaan suaminya.

Ketika itu suaminya didalam satu misi diplomatik ke Paris dan Odhar diminta melihat keadaan lelaki itu. Entah apa sebabnya, agak kurang bijaksana tindakannya, Odhar dengan jujur menceritakan apa yang dilihatnya tanpa berselindung.

Dia menceritakan pada ketika itu lelaki berkenaan dalam keadaan baik dan sedang berseronok didalam sebuah bilik solek mewah bersama seorang wanita yang cantik.

Berang dengan ramalan Odhar, dia kemudiannya dituduh dan dibicarakan sebagai seorang ahli sihir. Dia sememangnya, seperti diketahui ramai tidak terlepas dari pertuduhan ini dan dijatuhkan hukuman.

Diceritakan, pada saat-saat akhir dia dijatuhkan hukuman, Odhar bersumpah bahawa keluarga Seaforth tidak akan lama bertahan, akan hilang kedudukan dan kehidupan mereka akan musnah.

Sejurus bersumpah, dia dibakar hidup-hidup akibat kejujurannya! Kata-kata terakhir Odhar juga menjadi kenyataan. ~Heh

BACA INI JUGA: Misteri Penemuan Lubang Harta Karun Di Pulau Oak

-Sentiasapanas.com

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon