Wednesday, October 10, 2018

Video Skandal Cut Tari-Ariel-Luna Maya Muncul Lagi!


Pelakon Indonesia, Luna Maya memilih untuk mengunci mulut apabila video seks mirip dia dan penyanyi Ariel Noah kembali tular sejak Ogos 2018 lalu. Luna ketika ditemui di Kuala Lumpur berkata, dia enggan mengulas mengenai perkara itu.

LUNA MAYA DAN CUT TARI

"Saya tidak mahu komen. Jika saya beri kenyataan, nanti perkara itu akan diungkit-ungkit lagi," katanya.

Ditanya adakah dia tertekan apabila kisah lampaunya kembali menjadi bualan hangat netizen, Luna hanya menguntum senyuman dan menutup mulut.

Sementara itu, menerusi laporan sebuah portal Indonesia, Bangkapos.com, Luna menganggap apa yang berlaku dalam hidupnya adalah kisah lalu dan dia kini berusaha untuk melupakan serta menjalani apa yang ada di depannya.

"Saya sudah tidak peduli cerita lama. Saya mahu teruskan hidup. Kalau ada yang mahu membantu, Alhamdulillh. Kalau tiada saya okay saja," katanya.

Seperti yang diketahui ramai, nama Luna Maya pernah ‘panas’ apabila video seks dengan bekas penyanyi Peter Pan itu tersebar luas pada 2010.

Ketika itu, Luna dan Ariel sama-sama menafikan mereka terbabit dalam skandal video seks itu.

LUNA MAYA DAN CUT TARI BAKAL KE MAHKAMAH?

Meskipun sudah lapan tahun berlalu, namun skandal video porno melibatkan Ariel Noah bersama dua wanita yang dikatakan mirip aktres Luna Maya serta Cut Tari kembali dibicarakan oleh pihak pengadilan negeri.

Mengikut laporan Antara News, proses pra perbicaraan bakal dilakukan memandangkan kes tersebut tergantung selama lapan tahun tanpa selesai dibicarakan.

Vokalis kumpulan Noah itu sewaktu bercakap kepada petugas media Indonesia mendoakan yang baik-baik buat dua aktres yang merupakan bekas kekasihnya itu selain berharap kes skandal tersebut segera selesai dibicarakan.

“Moga cepat beres ya…” jawab pelantun lagu hit Separuh Aku itu.

Kes yang kembali disebut itu menjadi bertambah hangat apabila Ariel dikatakan pergi semula ke penjara Lapas Kebonwaru, Bandung pada Isnin, 6 Ogos 2018 lalu.

“Saya sengaja ke sana untuk bertemu para petugas yang baik dengan saya selama ditahan di sana, kebetulan saya berada di Bandung,” jelas Ariel yang bebas tahanan setelah menjalani hukuman selama tiga tahun setengah pada 2012.

Ariel dipenjara setelah didapati bersalah atas kes penyebaran video porno bersama dua wanita yang dikatakan mirip Luna Maya dan Cut Tari.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hmetro | manggamedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon