Wednesday, November 06, 2013

Misteri Manusia Psikik Dari Kelantan

Loading...

Info Misteri. Rata-rata orang berkata, mereka yang mempunyai kuasa minda bawah sedar sebenarnya mempunyai kelebihan psikik.

Psikik

Justeru ramai yang mengaitkan perihal kenampakan 'makhluk halus' dengan keupayaan ini.

Perkara ini disemarakkan lagi apabila ada individu yang mempromosikan perkara ini dengan pelbagai tema. Sejak tahun 1950an hingga sekarang, perkara sedemikian banyak dikaitkan dengan aktiviti perbomohan.

Malah, sering kali kita dengar ada 'bomoh' yang pandai membuang hantu itu sebenarnya mempunyai kuasa Psikik.

Tapi, soalnya benarkah Psikik benar-benar berlaku? Adakah pada zaman moden ini, maknanya Psikik perlu menjadi perkara lain? Bolehkah ia bermanfaat untuk membuka fikiran kita?

Kali ini kita akan cuba menyelami perkara ini melalui sebuah kes yang benar-benar berlaku.

Sekitar tahun 2002 (bukan tarikh sebenar), telah berlaku satu kes pembunuhan kejam yang melibatkan seorang wanita yang mati ditikam dan disiat-siat kulitnya. Pihak berkuasa buntu untuk menyelesaikan kes tersebut kerana ketandusan maklumat. Ini kerana terlalu sedikit bahan bukti yang dapat dikaitkan dengan kes tersebut.

Secara kebetulan ketika kejadian itu berlaku, Haslina Mohd Nor, 35, berada di lokasi. Lantaran daripada itu, dia terpanggil untuk membantu pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

Dalam kejadian itu, Haslina cuba membantu dengan menggunakan kepakaran psikiknya melalui cara memegang cebisan pakaian mangsa. Sebaik saja pakaian itu dipegang, dia dapat mengimbau kembali kembali kejadian kes pembunuhan tersebut. Malahan, dia juga mampu merasai semula situasi yang berlaku ketika itu. Sebagaimana yang dialami dan dirasai oleh mangsa kes pembunuhan itu, begitu juga Haslina rasa semasa dia cuba menganalisis kes tersebut.

Hannibal
Watak dalam drama misteri, Hannibal.

Hasil daripada analisis yang dibuat, Haslina menjelaskan satu demi satu apa yang berlaku dan siapa yang terlibat dalam kes pembunuhan tersebut. Dia menggambarkan bagaimana rupa sebenar penjenayah-penjenayah itu.

Hasil daripada maklumat yang disampaikan oleh Haslina, akhirnya pihak berkuasa berjaya menangkap penjenayah tersebut.

Ini bermakna ramalan yang dibuat oleh Haslina adalah tepat kerana hasil daripada sumber maklumat daripadanya telah membawa kepada penangkapan penjenayah tersebut. Namun persoalannya disini, adakah setiap ramalan yang dibuat oleh Haslina betul-betul tepat ataupun samar-samar.

Menurut Haslina yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan, semasa dia menganalisis kes tersebut, dia dapat melihat kejadian itu seolah-olah menonton wayang di layar putih. Sebagaimana kejadian itu berlaku, begitulah yang dilihatnya dan digambarkan kepada pihak berkuasa ketika itu.

Ujar Haslina lagi, bukan kes itu sahaja yang pernah dia pernah selesaikan. Malahan banyak lagi kes yang melibatkan orang biasa. Kebanyakan mereka datang berjumpa dengannya untuk meminta bantuan mengesan barang-barang yang hilang.

Ketepatan setiap analisis yang dibuat olehnya kebanyakannya adalah 99 peratus tepat. Dia juga ada mengatakan secara keseluruhannya hampir kesemua kes-kes yang diajukan kepadanya dapat diselesaikan.

Menurut Haslina, dia sendiri tidak tahu mengapa perkara sebegitu berlaku kepadanya. Tetapi dalam satu kejadian di sebuah hospital, dia diberitahu DNAnya berbeza daripada manusia biasa. Ketika itu, dia baru melahirkan anak sulungnya dan pihak hospital telah mengambil contoh darahnya dan melakukan ujian DNA.

Super Human DNA
Gambar hiasan.

Hasil daripada analisis tersebut didapati, pergerakan DNAnya terlalu aktif. Doktor yang membuat ujian berkenaan merasa pelik dengan kejadian itu. Menurut doktor tersebut, tidak ramai orang yang mempunyai pergerakan DNA seaktif Haslina.

Disebabkan kekurangan kepakaran, Haslina disarankan supaya membuat pemeriksaan lanjut di Hospital Sains Malaysia yang menyebabkan DNAnya menjadi luar biasa.

Namun disebabkan kekangan masa dan kesibukannya dengan dunia perniagaan, menyebabkan dia tidak dapat meneruskan pemeriksaan lanjutan di Hospital Sains Malaysia.

Sehubungan itu jelas Haslina lagi, pernah sekali jarinya terluka terkena pisau dan dia mendapati darahnya bertukar warna menjadi hitam.

-Sentiasapanas.com

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon