Tuesday, October 28, 2014

Elisa Lam, Kematian Misteri Di Hotel Cecil


Pada 31 Januari 2013, pasangan suami isteri iaitu David dan Yinna Lam membuat laporan polis selepas anak gadis mereka, Elisa Lam, yang bercuti di Los Angeles, Amerika Syarikat, seorang diri tiba-tiba berhenti menghubungi mereka.

Elisa Lam

Menurut David, anak gadisnya, Elisa Lam, biasanya akan menelefon mereka sekali setiap hari. Namun, pada hari itu mereka tidak lagi menerima panggilan daripada Elisa yang baru berusia 21 tahun.

Beberapa minggu kemudian di Hotel Cecil, beberapa orang penghuni bilik mengadu kepada pihak pengurusan tentang air dalam bilik mereka yang dikatakan kotor. Air paip yang keluar berbau hanyir dan kadangkala disertai ketulan-ketulan hitam.

Setelah menerima banyak rungutan, pihak pengurusan telah menghantar pekerja bahagian penyelenggaraan untuk menyiasat punca pencemaran air yang berlaku.

Alangkah terkejutnya pekerja itu apabila menemui sekujur tubuh yang tenggelam dalam salah satu daripada empat buah tangki tertutup yang berada di atas bumbung hotel tersebut.

Mayat itu dikenali pasti sebagai Elisa Lam, pelajar Universiti Vancouver yang dilaporkan hilang. Kematian gadis itu amat mengejutkan.

Pihak berkuasa yang menjalankan siasatan tertanya-tanya bagaimana hayat Elisa Lam boleh berakhir di dalam tangki air tersebut.

Ini kerana untuk naik ke bumbung hotel, perlu melalui satu pintu yang berkunci, dimana hanya pekerja tertentu yang mempunyai kad akses sahaja boleh melepasinya.

Pelbagai andaian mula dibuat. Ada yang mengatakan Elisa Lam sebenarnya mati dibunuh dan bukannya bunuh diri. Tidak kurang yang menuduh gadis itu berada di bawah pengaruh dadah.

Namun, ujian yang dilakukan ke atas mayatnya mengesahkan Elisa Lam bersih daripada dadah. Ada juga yang menuduh Elisa mempunyai masalah mental dan bertindak mnencabut nyawanya sendiri.

Tiada jawapan mampu merungkai bagaimana nyawa Elisa Lam berakhir. Hanya rakaman kamera litar tertutup dalam lif di Hotel Cecil menunjukkan kelibat Elisa Lam sebelum kehilangannya.

Rakaman itu menunjukkan Elisa yang berbaju merah masuk ke dalam lif. Selepas menekan butang untuk naik ke tingkat yang ingin dituju, Elisa Lam bersandar di dinding lif.

Yang menghairankan, pintu lif tidak tertutup walaupun tiada sesiapa yang menghalang. Elisa Lam mengintai ke pintu sebelum kelihatan seperti bersembunyi daripada sesuatu.

Dia kemudiannya keluar dari lif dan seakan-akan bercakap dengan seseorang sebelum masuk semula dan sekali lagi menekan butang pintu bertalu-talu. Tapi sama seperti tadi, pintu lif masih juga tidak tertutup.


Gelagat pelik Elisa dirakam CCTV.

Selepas hampir dua minit keadaan itu berlaku, Elisa Lam dilihat keluar daripada lif dan melangkah pergi. Tidak sampai seminit kemudian, barulah pintu lif tertutup sendiri. Itulah rakaman terakhir kelibat Elisa sebelum mayatnya ditemui.

Sisi gelap Hotel Cecil

Cecil Hotel

Apa yang menimpa Elisa Lam bukan sesuatu yang menghairankan jika dikaitkan dengan hotel tempat gadis itu menginap.

Hotel Cecil yang terletak ditengah bandar Los Angeles merupakan sebuah hotel bajet dan mempunyai 600 buah bilik.

Sejak pembinaannya pada tahun 1927, hotel tersebut menjadi saksi kepada beberapa siri kes kematian yang melibatkan kejadian bunuh diri dan juga pembunuhan kejam.

Wanita bernama Pauline Otton, 27, pernah bertindak terjun dari tingkat sembilan hotel tersebut pada tahun 1962 selepas bertengkar dengan suaminya.

Pauine dikatakan telah menghempap seorang pejalan kaki iaitu George Gianinni, 65, sekaligus membunuh kedua-dua mereka.

Dalam satu kejadian lain pada tahun 1964, Goldie Osgood, seorang wanita yang gemar memberi makanan kepada burung merpati di taman berhampiran telah ditemui mati di salah sebuah bilik hotel tersebut.

Goldie dikatakan telah ditikam, dicekik dan dirogol sebelum mayatnya ditemui dalam keadaan menyayat hati. Bilik yang dihuninya juga dikatakan telah diselongkar dan segala barang berharga telah dicuri.

Pada tahun 1984, salah sebuah bilik di tingkat 14 Hotel Cecil telah menjadi rumah kepada seorang pembunuh bersiri yang kejam bernama Richard Ramirez.

Elisa Lam Murder Tank
Tangki dimana mayat Elisa Lam ditemui.

Lelaki itu menjadi buruan kerana jenayah merompak, rogol dan bunuh yang dilakukannya. Dia dipercayai menyembelih semua 13 mangsanya di bilik tersebut sebelum akhirnya berjaya diberkas pihak berkuasa.

Seorang lagi pembunuh bersiri warganegara Australia, Jack Unterweger, juga dikatakan pernah menetap di hotel tersebut pada tahun 1991 selama lima minggu. Jack dikatakan telah membunuh tiga daripada 11 mangsanya sewaktu tinggal dibilik itu.

Mungkinkah kejadian yang menimpa Elisa Lam ada kaitannya dengan perkara-perkara yang terjadi sebelumnya? Apa yang pasti, sehingga kini tiada bukti menunjukkan Elisa Lam dibunuh mahupun membunuh diri.

Polis mengklasifikasikan kematian Elisa Lam sebagai kemalangan dan jika benar, dengan siapa pula Elisa Lam berbicara di luar lif pada hari dia dilaporkan hilang?

UPDATE! (29/1/2015)

Elisa Lam sebenarnya dibunuh? Video cctv yang diserahkan kepada pihak polis sudah diedit?

Saksikan teori konspirasi terbaharu dibawah yang menunjukkan bahawa video tersebut sebenarnya telah diedit oleh seseorang!

BACA INI JUGA: Dracula, Kisah Benar Yang Cuba Disembunyikan



-SENTIASAPANAS.COM

8 comments

  1. Misteri nyerr..! seram pun yer jugakk...

    ReplyDelete
  2. Menyeramkan & mengerikan... misteri ni..

    ReplyDelete
  3. Saya betul betul seram bila baca part Elisa dalam lif tu. Siapa yg ckp dgn dia dan siapa yg bawa Elisa sampai ke tangki air? Kalau orang takpe la juga kalau hantu? Ya Allah ... Takutnya....

    ReplyDelete
  4. Berkemungkinan 'seseorang' yg becakap ngan elisa tu adalah hantu.. dan cara elisa becakap ngan hantu tu macam dia sedang marah.. mungkin hantu tu mula jadi agresif lalu bertindak membunuhnya(sye rasa elisa ada kaitan ngan hantu tu).. mayat dia dijumpai di dalam tangki di atas roof hotel tu.. satu2 Nye jalan nak naik ke atas mesti lalu pintu yang bekunci... sye rasa hantu tu bawa dia ke atas (guna cara hantu)dan bunuh dia kat dalam tangki tu.. mungkin hantu tu pukau atau rasuk dia dan dia dikawal oleh hantu tu...... terus ke tangki tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian Elisa.. kematiannya terus menjadi misteri..

      Delete
  5. Ada kebetulan yang sangat aneh dalam kasus Elisa Lam -

    https://www.youtube.com/watch?v=pt8lhNNk9So

    Menyeramkan!

    ReplyDelete
  6. Mana ada hantu,salah satu daripada pekerja itu pernah membunuh ahli keluarga nya cuba kamu semua cari bukti di Google

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon