Oct 6, 2014

Misteri Rambut Dan Cincin Berayun Ditangan?!

Kali ini SP ingin bercerita pasal rambut dan cincin pula. Sebenarnya, apa yang hendak diceritakan ini tiada kaitan dengan masalah rambut atau misteri hantu berambut panjang!

Cincin-emas

Cuma, ia hanyalah satu eksperimen. Ya, penyelidikan yang melibatkan rambut. Bukan kisah seram ataupun cerita misteri pun sebenarnya. Nak tahu apa dia? Teruskan membaca.

Eksperimen ini mudah saja. Sesiapa boleh melakukannya. Tak semestinya ahli sains atau dalam makmal saja. Syaratnya, kau orang kena ada rambut.

Mula-mula sediakan seurat rambut yang panjang. Mesti rambut dari kepala kita sendiri. Kemudian, kau orang dapatkan sebentuk cincin emas.

Seterusnya, ambil satu cawan kosong ataupun gelas. Isi air putih biasa didalamnya. Air paip pun boleh. Jangan sampai penuh. Cukup sekadar setengah gelas saja.

Dan jangan lupa tutup kepala paip, nanti membazir. Kalau tak pun, nanti korang kata ada gangguan misteri buka kepala paip kat rumah pula kan..

Dah sediakan semuanya? Kalau sudah, buat langkah seterusnya.

Sekarang, ikat rambut itu pada cincin emas tadi. Pegang rambut yang telah diikat dengan cincin emas berada di atas gelas yang telah berisi air tadi. Tunggu beberapa saat. Tengok apa yang berlaku?

Cincin tersebut mula berayun dengan sendiri? Kalau ya, itu bermakna eksperimen kau orang sudah berjaya. Misteri kan!

Apa? Ianya berayun kerana ada angin misteri yang meniup cincin? Kalau macam tu, cuba tutup semua tingkap, air cond, kipas dan mana-mana lubang yang ada tiupan angin.

Kemudian, lakukan sekali lagi kaedah tadi. Macam mana? Cincin itu masih berayun? Ya, biarpun ia dilakukan ditempat tertutup dan tiada angin, cincin itu masih berayun!

Untuk lebih menarik lagi, cuba korang kira sampai ke angka berapa cincin itu berayun dan akhirnya berhenti. Sampai kiraan 20? 30? Atau sampai kiraan 40?

(Untuk lebih misteri dan menyeramkan, boleh lakukan eksperimen ini waktu sunyi ditengah malam!)

Kononnya sampai kiraan cincin itu berhenti berayun, maka angka itulah korang akan bertemu jodoh.

Contohnya, jika cincin itu hanya berhenti berayun bila sampai ke kiraan 25, bermakna bila berusia 25 tahun, korang akan bertemu jodoh. Kalau kiraan 40, masa umur 40 tahunlah dapat jodoh.

Tapi, kalau orang itu sudah ada isteri dan buat eksperimen ini, mungkin akan naik pelamin lagi. Tapi, kalau kiraan ayunan itu lebih rendah daripada usianya, mungkin dah kena bagi umur ekstra kot, kubur dah nak panggil mari..kah kah

Ada juga orang kata, kalau nak tahu berapa ramai anak kita selepas berkahwin, gunakan kaedah ini. Cuma, lain sikit caranya. Letakkan rambut dan cincin tadi diatas tapak tangan. Kira jumlah pusingannya, dan itulah jumlah anak korang nanti.

SP pernah melihat sendiri sorang tu guna kaedah ni. Misterinya, cincin tu tak berpusing langsung! Sebab dia mandul! Entahlah..

Korang jangan percaya sangat semua ini tau. SP cerita untuk suka-suka saja. Yang pasti, cincin itu akan sentiasa berayun.

Kenapa dan mengapa? SP pun tak tau.

Korang tau?

BACA INI JUGA: 10 Kisah Menarik Filem-filem Seram Hollywood

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

8 comments

tiada apa yg misteri.cincin berayun kerana kuasa minda kita.x percaya ikat pensil dgn benang kira2 panjang tangan anda.berdiri tegak sambil memandang ke atas meja makan atau apa2 yg landai dan tingginye kira2 panjang tgn anda.letak hujung benang di dahi anda guna jari telunjuk kanan.tangan kiri pegang pinggan blkg.biarkan pensil tergantung ke bwh tetapi tidak mencecah meja.skrg gunakan minda SAHAJA arahkan pensel bergerak secara bulatan ikut arah jam tanpa menggerakkan apa2 anggota badan.percayale ia akan bergerak kerana minda anda sahaja

Boleh pembaca sekalian mencuba mana-mana..:)

Ingat lagi dulu masa kecil pernah buat xperimen ni... Keputusannya, diam2 dah le...hehe

Mungkin BM boleh berkongsi sesuatu..hehe

Jodoh tu kuasa tuhan je..

yg pusingkan cincin pun kuasa Tuhan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon