Nov 19, 2014

Misteri Gambar 1870an Nicholas Cage Sebagai Vampire!

Beberapa ketika yang lalu, dunia perfileman dan dunia internet telah digemparkan dengan lelongan sekeping gambar sekitar 1870-an yang memperlihatkan seorang lelaki yang sangat mirip kepada seorang pemenang anugerah Oscar.

Nicholas Cage Picture in 1870

Penjual mendakwa gambar berkenaan, Nicholas Cage adalah seorang Vampire (Pontianak)!

Gambar misteri tersebut yang telah dilelong di laman eBay yang dikatakan oleh penjual sebagai imej seorang lelaki warga Tennessee diambil sekitar 1870-an, datang dengan tajuk 'Nicholas Cage is a Vampire'.

Pemilik gambar tersebut yang dikesan lokasinya di Seattle, menawarkan harga bernilai $1 juta kepada mereka yang berminat memilikinya.

Katanya, 'Gambar itu menunjukkan seseorang yang benar-benar kelihatan seperti Nicholas Cage'. Secara peribadi, saya percaya itu sememangnya dia. Dan dia adalah salah satu daripada jenis Vampire, yang mana mendedahkan dirinya sendiri setiap 75 tahun atau lebih.

Sekarang ini dia seorang aktor, 150 tahun dari sekarang tidak mustahil dia seorang ahli politik, ketua kultus atau seorang pengacara talkshow".

Si penjual itu juga mendakwa gambar yang menanggung persamaan luar biasa kepada bintang Ghost Rider itu disahkan adalah imej seorang lelaki yang tinggal di Bristol sekitar perang saudara.

Dalam ruangan A&A (tempat dimana kita bertanya soalan untuk dijawab) dimuka laman tersebut, pelbagai soalan diajukan oleh pengunjung. Daripada soalan humor seperti: "Adakah saya akan mendapat diskaun kalau saya Nicholas Cage?"

Pemilik gambar tersebut menjawab: "Ya, 25% diskaun".

Malah, ada juga soalan sinis yang berbunyi: "Nicholas Cage meningkat tua dengan mendadak dalam tempoh 10 tahun ini. Mungkin dia tidak minum darah harian dengan amaun yang cukup untuk menjadikannya kekal muda".

Untuk soalan kedua, dia memberikan jawapan panjang lebar.

"Teori saya adalah Nicholas Cage membolehkan dirinya sendiri untuk meningkat tua atas sebab-sebab tertentu. Mungkin sehingga usia 70, 80 atau lebih dan kemudiannya 'mati'. Tapi pada hakikatnya Nicholas Cage adalah vampire yang takkan mati, akan beroleh nafas baru dan muncul di satu tempat lain di dunia dengan tubuh muda dan bermula sekali lagi. Selepas tempoh tertentu, mungkin akan ada yang perasan persamaan antara versi baru vampire tersebut dengan aktor Amerika yang telah mati yang mana pada masa itu mereka sendiri telah lupa namanya. Tetapi pada akhirnya persoalan itu bakal lenyap dengan sendirinya".

Nicholas Cage on ebay as vampire

Tidak dapat dinafikan persamaan rupa antara lelaki dalam gambar tersebut dengan Nicholas Cage, tapi untuk datang dengan teori sebegitu walaupun dengan niat untuk menjual gambar tersebut dengan harga $1 juta, tersangatlah melampau dan kelakar.

Kenapa tidak menggunakan teori alien yang lebih masuk akal?

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

4 comments

mirip sikit je. tak banyak. haha

Mungkin ada yang taksub percaya benda2 mcm tu.. kelakar juga bila duit banyak & mampu beli smpi 1 juta, tapi pikir hal vampirelah bagai huhu..

Entah2 penjual tu menipu. Saja nak mensensasikan gambar tu supaya boleh dapat harga yang tinggi. Lagipun macam tak sama.je Nicholas Cage dengan.orang dalam.gambar tu.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon