Sunday, June 21, 2015

Kisah Benar Misteri Satu Kejadian Dialami Dua Orang Yang Berbeza


Pada tahun 1979, sebuah majalah Jerman, Das Besteran, menganjurkan satu pertandingan mengarang cerita. Peserta perlu mengirim cerita menarik tetapi berdasarkan kisah benar.

Das Besteran Cessna 421
Gambar hiasan.

Selepas berlangsung, pertandingan itu dimenangi oleh Walter Kellner peserta dari Munich. Dia menulis tentang pengalamannya ketika menerbangkan pesawat Cessna 421 dari Sardinia ke Sicily.

Dalam penerbangan merentasi laut, pesawat yang dipandunya mengalami masalah enjin dan dia terpaksa mendarat di atas air. Walter terselamat, terapung-apung diatas air dengan pelampung sebelum diselamatkan.

Secara tidak sengaja, cerita tersebut dibaca oleh seorang warga Australia yang namanya juga Walter Kellner. Dia yang berasal dari Australia menuduh penulis tersebut menulis berdasarkan pengalamannya.

Walter dari Australia memberitahu bahawa dia juga menerbangkan pesawat Cessna 421, melintasi laut yang sama, mengalami masalah enjin dan akhirnya mendarat di atas landasan di Sardinia.

Majalah tersebut kemudiannya menjalankan siasatan. Hasilnya amat mengejutkan. Memang benar, kedua-duanya mengalami pengalaman yang sama dan hampir serupa. Cuma cara dan tempat pendaratan yang berbeza!

Misteri kan.

BACA INI JUGA: Kisah Benar ‘Keajaiban’ Tawakal Kepada Allah

-Sentiasapanas.com

2 comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon