Jan 27, 2015

Gef, Misteri Cerpelai Yang Boleh Bercakap

Pada september 1931, keluarga Irving - pasangan James, Margaret dan anak perempuan mereka yang berusia 13 tahun, Voirrey - mendakwa terdengar bunyi bising seakan desiran dan cakaran keras di belakang dinding kayu pondok petani milik keluarga itu.

Gef
Gambar hiasan.

Pada mulanya mereka sekeluarga menyangka yang ia hanyalah seekor tikus, sebelum makhluk yang tidak dapat dilihat bentuknya itu mula mengeluarkan pelbagai bunyi berbeza; kadang-kala meludah seperti seekor musang atau mengeram seperti seekor anjing atau berdeguk ketawa seperti bayi.

Makhluk itu kemudiannya mendedahkan abilitinya untuk bercakap! Memperkenalkan dirinya sebagai seekor cerpelai bernama Gef.

Dia mendakwa lahir di New Delhi, India pada tahun 1852 - namun tidak pula diberitahu dari mana dia belajar untuk bertutur dalam bahasa Inggeris.

Menurut Voirrey - yang mana satu-satunya manusia yang boleh melihat Gef dengan baik, makhluk itu cuma sebesar tikus kecil, dengan bulu kekuningan dan ekor yang lebat bulunya. Realitinya, cerpelai yang wujud di India lebih besar berkali ganda berbanding tikus dan tidak mempunyai ekor dengan bulu yang lebat.

Menurut keluarga itu, Gef dikatakan beberapa kali membuat dakwaan berbeza tentang dirinya. 'Seekor cerpelai yang terlalu cerdik', 'roh ikatan tanah' dan 'hantu dalam bentuk seekor musang'.

Pernah sekali dia berkata, "Saya sangat pelik - ada tangan dan kaki dan kalu kamu melihat saya, pasti kamu akan pengsan atau keras membatu kerana terkejut, atau terus menjadi batu, ataupun terus menjadi tiang kayu.

Pernah ada siasatan dilakukan untuk mengesahkan kewujudan Gef. Nondor Fodor, pengkaji fizik untuk Institut Kajian Fizikal Antarabangsa - juga adalah seorang pelopor kepada teori bahawa roh jahat dan hantu merupakan penjelmaan luaran dari konflik yang mempunyai minda sendiri.

Untuk mengkaji kewujudan Gef, Fodor tinggal dengan keluarga Irving selama seminggu, namun gagal melihat atau mendengar apa-apa dari Gef. Pun begitu, dia menemuramah keluarga itu dan penduduk setempat sebelum meninggalkan tempat itu dengan percaya bahawa kisah tersebut adalah benar.

Fodor membuat keputusan tersebut selepas melihat kejujuran dan cara hidup keluarga itu menyebabkan dia tidak percaya mereka mampu menipu.

Voirrey, Margaret dan Jim Irving
Voirrey, Margaret dan Jim Irving.

Menolak kemungkinan keluarga itu gila, dia juga tidak menganggap Gef sebagai hantu mahupun roh kerana tiada kuasa paranormal ditunjukkan makhluk itu.

Tiada sebarang bukti fizikal yang ditinggalkan Gef selain beberapa kesan tapak kaki yang tidak dikenalpasti adakah ianya tapak kaki musang - kewujudan makhluk itu menjadi satu misteri yang tidak terungkai hingga ke hari ini.

Voirrey Irving mati pada tahun 2005, dan dalam temubual di akhir usianya Voirrey tetap menegaskan yang Gef bukan rekaan beliau.

BACA INI JUGA: Kesagake, Pemangsa Paling Ganas Dalam Sejarah Jepun

-Sentiasapanas.com

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

Kisah lama yg tidak boleh dibuktikan kebenarannya. Namun tiada apa yg mustahil...

Betul tu. Kisah yang sukar dibuktikan..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon