Saturday, December 17, 2016

Misteri Penampakan Elvis Presley Hidup Semula!


Pada penghujung tahun 1980an, kira-kira seratus batu daripada Memphis, Amerika Syarikat, seorang pemandu trak memberhentikan kenderaannya di lebuh raya selepas terlihat seorang lelaki menahan traknya untuk menumpang.

Elvis Presley Alive

Dalam kesamaran malam, lelaki itu menaiki trak dan duduk dengan sopan tanpa banyak bicara.

Hanya selepas melalui kawasan terang, pemandu trak berkenaan mengecam penumpang tersebut, seseorang yang sangat terkenal dan telah mati tiga tahun sebelumnya, Raja Rock n' Roll, Elvis Presley!

Menurut pakar psikiatri, Dr. Raymond Moody, pengalaman pemandu trak tersebut bukanlah sesuatu yang unik.

Dalam buku tulisannya bertajuk Elvis After Life (Peah-tree, 1987), sejak kematian Elvis Presley pada tahun 1977, ramai penduduk di Amerika Syarikat mendakwa telah terserampak dengan kelibat Elvis Presley.

Seorang psikoterapi mendakwa pada suatu hari, 'Elvis' tanpa disangka-sangka muncul di pejabatnya dan memberi nasihat kepada wanita tersebut supaya cekal hati untuk meneruskan hidup, walhal Elvis Presley telah lama meninggal dunia.

Seorang wanita lain turut berkongsi perkara yang sama, ketika dia sedang bergelut ketika bersalin, 'Elvis' muncul disebelahnya dan memegang tangan wanita itu sambil tersenyum.

'Elvis' membantu wanita tersebut melahirkan anaknya dengan dorongan semangat, jelas Dr. Moody.

Selain lawatan jelmaan Elvis Presley, lagenda Hollywood itu turut dikaitkan dengan kejadian dan fenomena paranormal yang tidak terjangkau dek akal selepas seorang peminat wanita bermimpi Elvis Presley mengadakan persembahan terakhir dalam mimpinya.

Keesokan harinya, Raja Rock n' Roll itu betul-betul menemui ajal!

BACA INI JUGA: Artis-artis Hollywood Yang Membenci Watak Ikonik Sendiri

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon