Jul 24, 2016

Misteri Tatzelwurm, Mitos Makhluk Lagenda

Tatzelwurmmerupakan makhluk misteri yang menghuni Banjaran Alps dan juga merupakan makhluk bias lagenda rakyat Swiss.

Tatzelwurm

Dikenali dengan nama Alps Dragon, keterangan mengenai rupa bentuk makhluk misteri ini pelbagai.

Sesetengah mendakwa Tatzelwurm kelihatan seakan cicak, manakala dakwaan lebih pelik menggambarkan ia seakan rupa seekor kucing.

Gambaran biasa tentang Tatzelwurm, makhluk ini dikatakan panjangnya antara dua hingga enam kaki, berbadan seperti ular dengan tubuh diliputi sisik.

Makhluk ini juga mempunyai dua kaki hadapan dan dikatakan mempunyai sepasang mata yang besar dan terang.

Berdasarkan rekod sesetengah saksi, makhluk ini juga didakwa mempunyai telinga dan berbulu yang membuatkan rupanya seakan seekor kucing.

Salah satu lagi ciri ketara makhluk ini, ia juga dikatakan boleh mengeluarkan gas beracun dari tubuhnya, yang mampu membunuh manusia dewasa.

Makhluk ini pertama kali dilihat dan menjadi topik perbualan hangat penduduk sekitar Alps adalah pada 1779 apabila Hans Fuchs, seorang petani miskin melihat makhluk ini menyerang khinzir ternakannya.

Apa yang dilihatnya pada hari itu bukan sahaja membunuh ternakannya, malah dia turut mati pada hari yang sama selepas diserang sakit jantung.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, dia sempat menceritakan tentang Tatzelwurm, berasal dari perkataan Jerman untuk cacing yang berkuku cakar.

Penemuan

Tatzelwurm [2]

Pada 1828, seorang petani telah menemui bangkai Tatzelwurm. Hanya separuh badannya sahaja yang berjaya dibawa pulang, manakala separuh lagi telah dimakan burung gagak.

Pada Julai 1883 atau 1884, Kaspar Arnold melihat Tatzelwurm berhampiran Hochfilzen, Tirol, Austria.

Sebelum itu, pada musim panas 1921, dua orang saksi mendakwa telah melihat Tatzelwurm melompat setinggi hampir sembilan kaki ke udara, menerpa ke arah mereka.

Ia berwarna kelabu, sekitar dua hingga tiga kaki panjang dan berkepala kucing.

Rangka sepanjang lima kaki, dipercayai rangka Tatzelwurm ditemui oleh dua lelaki sekitar tahun 1924.

Beberapa penemuan turut dilaporkan selepas itu sehinggalah ke hari ini namun, masih tiada bukti bergambar berjaya dirakam.

Teori

Japanese Salamender
Japanese Salamender.

Dipercayai, Tatzelwurm sebenarnya mungkin spesis Salamander yang jarang ditemui.

Ia juga mungkin dari spesis 'Gila Monster' yang karekternya amat sepadan dengan ciri-ciri Tatzelwurm, seperti yang digambarkan oleh ramai saksi.

Malah, 'Gila Monster' sememangnya amat beracun dan mampu membunuh siapa saja!

BACA INI JUGA: 7 Perkara Ajaib Yang Menakjubkan

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

Macam spises komodo juga ni kan...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon