Tuesday, April 22, 2014

Mengkaji Misteri Teori Paranormal Stone Tape

Loading...

Info Misteri. Teori Stone Tape bermula pada sekitar 1970an selepas dipopularkan oleh Nigel Kneale di TV ketika itu dan menjadi topik perdebatan sehingga ke hari ini dalam mencari penjelasan tentang kewujudan hantu.

Stone Tape Theory [2]

Teori Stone Tape berkisar tentang objek bukan hidup di kawasan sekeliling yang menyerap sesuatu bentuk tenaga daripada benda hidup pada suatu peristiwa penting yang pernah memberi tekanan tinggi, emosional dan trauma dalam hidup seseorang seperti kejadian pembunuhan.

Sebagai contoh, sesuatu lokasi yang mungkin terdiri daripada batu-bata atau kayu atau pun besi yang mungkin menyerap dan menyimpan emosi atau peristiwa yang mempunyai tahap emosi yang tinggi.

Tenaga ini dilepaskan dalam bentuk rakaman atau gema dan akan terus menerus diulangi di sekitar tempat kejadian seperti perakam video dan tidak terkesan dengan perubahan kawasan tersebut.

Para pengkaji peristiwa paranormal sering menggelar fenomena ini sebagai gangguan sisa tinggalan.

Kita sering mendengar kisah-kisah seperti kelihatan kelibat seseorang yang pernah tinggal di sesuatu tempat sedang melakukan sesuatu aktiviti secara berulang-ulang, walaupun orang itu sudah lama meninggal dunia.

Sebagai contoh terbaik yang selalu didengari ialah kelihatan seorang yang pernah terjun daripada sesuatu bangunan walaupun kejadian membunuh dirinya sudah lama berlaku.

Antara contoh lain adalah seperti yang selalu diceritakan oleh orang awam yang pernah melihat kelibat beberapa individu yang pernah menghuni Kelly's Castle, sebuah istana tinggalan sejarah pada zaman kolonial Inggeris yang terletak di negeri Perak. Kelibat-kelibat ini sering kelihatan melakukan aktiviti yang sama dan berulang-ulang.

Namun begitu, dikatakan bahawa bukan semua orang boleh melihat fenomena paranormal ini. Orang yang mempunyai deria keenam yang kuat serta sedikit kelebihan dalam kuasa psikik sahaja yang boleh melihatnya.

Penjelasan Saintifik

Stone Tape Theory [3]

Setiap kejadian paranormal pasti akan diselidiki oleh kedua-dua pihak yang ragu-ragu tentang kesahihannya dan juga orang yang mempercayainya.

Adalah rasional untuk kita mengesyaki kebenaran teori ini kerana setakat ini tiada bukti kukuh yang pernah didapati bagi mengesahkan kesahihannya selain daripada pengakuan individu-individu tertentu.

Antara penjelasan saintifik mengenai fenomena ini ialah budaya di mana budaya yang mempunyai kecenderungan untuk mempercayai sesuatu fenomena paranormal lebih mudah untuk mentafsir dan mengaitkan kejadian pelik dengan aktiviti paranormal.

Selain itu, paras Dopamine yang tinggi turut dikatakan memberi kesan terhadap orang yang mengakibatkannya mengalami fenomena tersebut.

Dopamine merupakan sejenis kompaun yang ada dalam badan sebagai Neurotransmitter, salah satu kimia yang bertanggungjawab untuk menghantar isyarat-isyarat antara sel saraf (neuron) dalam otak.

Paras Dopamine yang tinggi dikatakan dapat meningkatkan nisbah Isyarat-kepada-Bunyi, iaitu kebolehan untuk menghantar isyarat ke otak dan mengurangkan bunyi yang tidak berkaitan.

Namun begitu, adalah sukar untuk dipastikan setakat mana kebenaran penjelasan saintifik kerana tahap teknologi yang masih jauh ketinggalan bagi mengkaji perkara di luar kapasiti dan jasmani manusia.

Pernahkah anda mengalami sendiri fenomena misteri ini? Mungkin anda merupakan individu yang lebih layak untuk bercakap tentang kesahihannya.

-Sentiasapanas.com

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon