Monday, November 12, 2012

Mumia Zaman Pra-Inca Dirampas Dari Penyeludup


Mumia kanak-kanak berusia kira-kira 700 tahun, dikembalikan semula ke Peru selepas diseludup oleh penyeludup barangan antik ke Bolivia.

Mumia+Zaman+Pra-Inca+Dirampas+Dari+Penyeludup
Beberapa helai lapisan kain masih membaluti tubuh mumia kecil ini.

"Kita mengiktirafnya sebagai artifak warisan kebudayaan negara yang perlu dipelihara," kata Menteri Kebudayaan, Luis Peirano.

Ia ditemui dalam kotak kertas, dua tahun lalu, daripada rakyat Bolivia yang cuba menghantarnya ke Compiegne, Perancis.

Mumia berkenaan diserahkan kepada Peru oleh Menteri Kebudayaan Bolivia, Pablo Groux dalam keadaan baik dan dibungkus bagi melambatkan proses pereputan.

Pakar arkeologi percaya, ia berasal daripada zaman pra-Inca pantai Peru dan ia adalah kanak-kanak berumur dua tahun.-AP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon