Jan 20, 2015

Misteri Kalimah Cinta Yang Tersembunyi

Satu kalimah pendek yang ditoreh pada jendela kaca Istana Penrhyn, Wales, United Kingdom telah menjadi sebuah misteri dalam jangka waktu yang sangat lama.

Essere amato amando

Selama lebih satu abad, kalimah tersebut hanya terbiar di situ tanpa ada sesiapa pun yang mengetahui rahsia di sebaliknya.

Kira-kira 30 kilometer menghala ke utara Gwynedd, Wales, tersergam sebuah mahligai suram berusia lebih daripada 500 tahun yang dikelilingi landskap hijau dan berbukit bukau.

Ia merupakan sebuah binaan kota lama era zaman Victoria yang telah menjadi mercu tanda negara itu sejak sekian lamanya.

Itulah istana Penrhyn, sebuah rumah agam yang meninggalkan pelbagai kisah dan kesan sejarah di United Kingdom.

Cerita disebaliknya bukan sekadar melambangkan tentang kehidupan dan kebudayaan golongan bangsawan Inggeris, tetapi ia juga mengisahkan tentang kegigihan serta perjuangan bangsa Norman yang menghuni benua Eropah sejak zaman pertengahan lagi.

Namun, di sebalik sejarah perjuangan dan kegigihan itu, istana berkenaan turut menyimpan satu rahsia tersembunyi mengenai sebuah kisah cinta menyayat hati yang dikatakan mempunyai kaitan dengan kalimah pendek yang ditoreh pada salah satu tingkap kaca di istana berkenaan.

Selama lebih satu abad kalimah tersebut hanya terbiar di situ. Tiada siapa yang peduli dan tiada siapa yang menghiraukannya. Dengan kata lain, ia langsung tidak dianggap sebagai satu bahan sejarah yang berharga.

Penrhyn Castle
Istana Penrhyn.

Untuk beberapa generasi para pekerja yang berkhidmat di istana Penrhyn langsung tidak mengetahui rahsia di sebalik kalimah berkenaan.

Kesemua mereka tahu terdapat torehan ringkas pada salah satu jendela di menara istana itu, akan tetapi ia hanya dianggap sebagai satu kalimat biasa yang tidak memberi sebarang makna. Bahkan, sebarang persoalan yang timbul berkaitan tulisan tersebut, tiada siapa yang mampu menghuraikannya.

Sehinggalah pada suatu ketika iaitu sekitar penghujung abad ke-20, seorang ahli sejarah dari Itali, Resi Tomat telah ditugaskan untuk mengungkai misteri di sebalik kata-kata itu. Beliau diperlukan untuk mencari apa maksud sebenar kalimah tersebut dan apa kaitannya dengan sejarah istana Penrhyn itu sendiri.

Berdasarkan pengalamannya sebagai ahli sejarah, Resi Tomat mendapati kalimah berkenaan telah ditulis dalam bahasa latin. Ia merupakan ungkapan pendek yang berbunyi, 'Essere amato amando', yang membawa maksud 'Mencintai ketika dicintai'.

Pada peringkat awal, Resi sendiri tidak menganggap ia sesuatu yang istimewa. Kalimat itu, pada hemat beliau, mungkin sekadar satu ungkapan biasa yang tidak membawa apa-apa makna.

Namun, kajian lanjut mengenainya telah mengubah persepsi penyelidik itu. Dalam tempoh seminggu melakukan kajian, Resi tampil dengan penjelasan yang lebih konkrit, dimana fakta yang dikemukakan sedikit sebanyak telah mengejutkan ramai pihak dan ahli sejarah benua Eropah.

Berdasarkan corak tulisan tersebut, menurut Resi, ia merupakan catatan yang telah ditinggalkan oleh seorang wanita, seorang gadis bangsawan bernama Alice Douglas-Pennant yang pernah mendiami mahligai itu di antara penghujung kurun ke-19 dan awal abad ke-20.

Lord Penrhyn
Lord Penrhyn.

Alice Douglas-Pennant atau lebih dikenali sebagai Lady Alice merupakan anak kepada Lord Penrhyn, seorang Ahli Parlimen Konservatif di wilayah Caernarvonshire pada ketika itu. Bapanya merupakan seorang yang terkenal sebagai penentang kesatuan pekerja di wilayah berkenaan, khususnya di kuari milik empayar Penrhyn.

Berdasarkan kepada catatan dan bukti lain yang ditemui, puncak menara yang menjadi lokasi ungkapan tersebut ditemui merupakan bilik tidur Lady Alice.

Ungkapan itu telah ditoreh oleh Alice sebagai dedikasi cinta terhadap kekasihnya yang merupakan seorang kakitangan di istana berkenaan, seorang tukang kebun yang berkhidmat di rumah agam milik keluarga bangsawan itu.

Para penyelidik menyimpulkan bahawa hubungan cinta dua merpati sejoli itu telah mendapat tentangan daripada keluarga Penrhyn. Demi menjaga status bangsawan dan nama baik keluarga, Lady Alice telah dikurung bagi mengelakkan hubungan cinta mereka berlarutan lebih jauh.

Dipercayai, ketika itulah kalimah cinta tersebut telah ditoreh oleh Lady Alice. Kisah cinta ini mempunyai pengakhiran yang menyedihkan.

Lady Alice telah menjadi artis budaya tidak lama selepas itu dan beliau meninggal dunia di London pada tahun 1939 ketika usianya mencecah 76 tahun.

Alice Douglas-Pennant
Lady Alice.

Dia masih belum berkahwin semasa menghembuskan nafasnya yang terakhir!

Sehingga kini, kalimah cinta itu masih jelas terukir di tingkap istana berkenaan. Bagaimanapun, mahligai itu bukan lagi milik empayar Penrhyn, sebaliknya telah diambil alih oleh pihak kerajaan sejak 1970-an setelah semua pewarisnya meninggal dunia. Struktur bangunannya telah dibaik pulih dan ia dibuka kepada orang ramai untuk dilawati.

Hanya kerana kalimah cinta itu, istana Penrhyn telah menjadi terkenal dan merupakan antara lokasi pelancongan bersejarah yang paling kerap dikunjungi di United Kingdom.

BACA INI JUGA: 7 Alasan Lelaki Menolak Ajakan Wanita Untuk Berkahwin

-Sentiasapanas.com

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

3 comments

Lama betul kisah ini tersimpan tanpa org tahu... akhirnya terungkai juga...

Mencintai ketika dicintai. Ungkapan yang hebat dari seorang pencinta

Bagus kisah ni kalau dijadikan filem.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon