Dec 31, 2014

Misteri Penemuan 'Orang Pendek' Di Sumatera

Sekitar tahun 2001-2003, sepasukan tiga orang pengkaji British dan seorang penunjuk arah yang ketika itu sedang meredah hutan tebal di Taman Negara Kerinci, Sumatera telah menyaksikan kelibat makhluk seakan Bigfoot melintasi mereka. Namun, saiz mereka amat rendah dan kecil untuk dikatakan sebagai Bigfoot.

Orang Pendek' Di Sumatera
Gambar hiasan - Ilustrasi 'Orang Pendek'.

Kelibat makhluk itu begitu pantas dan sukar dikesan. Namun mereka berjaya menemui sampel rambut dan dibawa pulang untuk ujikaji DNA makhluk tersebut.

Hasil daripada ujikaji itu menunjukkan ia berasal dari spesis primat besar seperti orang utan atau cimpanzi, namun bukan milik kedua-dua spesis berkenaan. Apa yang pasti, rambut berkenaan dari spesis primat yang tidak dapat dikenal pasti.

Apa yang disaksikan oleh sepasukan pengkaji ini bukanlah yang pertama direkodkan. 'Orang Pendek' adalah gelaran yang diberikan kepada makhluk 'Cryptid' atau haiwan 'Cryptozoological' ini, yang mana dilaporkan sememangnya telah lama mendiami hutan terpencil di kawasan pergunungan dan kawasan pulau sekitar wilayah Sumatera.

Menurut beberapa penemuan, kewujudan makhluk ini sememangnya sudah didokumentasikan oleh penduduk asal di sekitar kawasan ini semenjak ratusan tahun lamapu lagi dan juga turut didokumentasikan oleh penjajah Belanda serta para pelancong dan para pengkaji dari barat.

Dari persamaan yang dicatatkan dikalangan saksi, makhluk ini menyerupai seakan-akan primat berkaki dua, tubuhnya diliputi bulu pendek berwarna kelabu atau kecoklatan dan berketinggian sekitar 80 hingga 150 sentimeter.

Sifat-sifat orang pendek ini turut disahkan kebenarannya oleh Debbie Martyr, seorang pengkaji yang telah menghabiskan 15 tahun hidupnya mengkaji mengenai 'Orang Pendek'.

Tambahan lagi, menurut apa yang dicatatkan oleh saksi ketika zaman penjajahan Belanda ke atas tanah ini, 'Orang Pendek' juga mempunyai kekuatan luar biasa dan pernah dilihat merobek sebatang kayu balak sendirian.

Perkara ini turut disokong oleh penduduk di sekitar Kampung Kerinci yang mana selalu melihat kehadiran makhluk ini dihutan sekitar kampung berkenaan.

Menurut mereka, beberapa orang penduduk pernah beberapa kali melihat makhluk ini mencabut sebatang pohon sebesar lengan dengan mudah walaupun fizikal mereka kecil. Walaupun perkasa, ia tidaklah berbahaya ataupun menyerang manusia kerana 'Orang Pendek' dipercayai bersifat herbivor.

Namun, sehingga ke hari ini, 'Orang Pendek' masih lagi menjadi teka-teki yang belum terjawab.

Tapak Kaki Orang Pendek' Di Sumatera
Penemuan tapak kaki 'Orang Pendek'.

Walaupun ia seringkali dilaporkan dilihat, tiada seorang pun lagi yang berjaya menangkap makhluk ini hidup-hidup mahupun yang berjaya menemui jasadnya. Tiada juga sebarang bukti bergambar berjaya dirakam.

Setakat ini, hanya penemuan kesan jejak kaki oleh pakar zoologist dan zoological, Richard Freeman, yang boleh dijadikan pengukuh cerita kewujudan 'Orang Pendek'.

-Sentiasapanas.com

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

3 comments

Hebatnya orang pendek...tetapi lebih Maha Hebat lagi Penciptanya kan...

Memang bermisteri...nak sangat melihatnya..hehe..

Mmg misteri ni.. pasti jadi buruan org2 tertentu sepanjang masa...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon