Wednesday, December 31, 2014

Misteri Penemuan 'Orang Pendek' Di Sumatera


Sekitar tahun 2001-2003, sepasukan tiga orang pengkaji British dan seorang penunjuk arah yang ketika itu sedang meredah hutan tebal di Taman Negara Kerinci, Sumatera telah menyaksikan kelibat makhluk seakan Bigfoot melintasi mereka. Namun, saiz mereka amat rendah dan kecil untuk dikatakan sebagai Bigfoot.

Orang Pendek Sumatera

Kelibat makhluk itu begitu pantas dan sukar dikesan. Namun mereka berjaya menemui sampel rambut dan dibawa pulang untuk ujikaji DNA makhluk tersebut.

Hasil daripada ujikaji itu menunjukkan ia berasal dari spesis primat besar seperti orang utan atau cimpanzi, namun bukan milik kedua-dua spesis berkenaan. Apa yang pasti, rambut berkenaan dari spesis primat yang tidak dapat dikenal pasti.

Apa yang disaksikan oleh sepasukan pengkaji ini bukanlah yang pertama direkodkan. 'Orang Pendek' adalah gelaran yang diberikan kepada makhluk 'Cryptid' atau haiwan 'Cryptozoological' ini, yang mana dilaporkan sememangnya telah lama mendiami hutan terpencil di kawasan pergunungan dan kawasan pulau sekitar wilayah Sumatera.

Menurut beberapa penemuan, kewujudan makhluk ini sememangnya sudah didokumentasikan oleh penduduk asal di sekitar kawasan ini semenjak ratusan tahun lamapu lagi dan juga turut didokumentasikan oleh penjajah Belanda serta para pelancong dan para pengkaji dari barat.

Dari persamaan yang dicatatkan dikalangan saksi, makhluk ini menyerupai seakan-akan primat berkaki dua, tubuhnya diliputi bulu pendek berwarna kelabu atau kecoklatan dan berketinggian sekitar 80 hingga 150 sentimeter.

Sifat-sifat orang pendek ini turut disahkan kebenarannya oleh Debbie Martyr, seorang pengkaji yang telah menghabiskan 15 tahun hidupnya mengkaji mengenai 'Orang Pendek'.

Tambahan lagi, menurut apa yang dicatatkan oleh saksi ketika zaman penjajahan Belanda ke atas tanah ini, 'Orang Pendek' juga mempunyai kekuatan luar biasa dan pernah dilihat merobek sebatang kayu balak sendirian.

Perkara ini turut disokong oleh penduduk di sekitar Kampung Kerinci yang mana selalu melihat kehadiran makhluk ini dihutan sekitar kampung berkenaan.

Menurut mereka, beberapa orang penduduk pernah beberapa kali melihat makhluk ini mencabut sebatang pohon sebesar lengan dengan mudah walaupun fizikal mereka kecil.

Walaupun perkasa, ia tidaklah berbahaya ataupun menyerang manusia kerana 'Orang Pendek' dipercayai bersifat herbivor.

Penemuan Orang Pendek Di Acheh

Yang sedang hangat dibincangkan sekarang ini adalah orang mante, yang disebut-sebut sebagai generasi orang pendek yang tersisa.

Dalam video yang diunggah di Youtube, tampak sekelompok pemandu motor lasak telah bertemu dengan orang pendek yang tidak memakai baju di hutan Aceh.

BACA INI JUGA: Misteri Kehilangan Granger Taylor Dibawa Makhluk Asing!?


-Sentiasapanas.com

2 comments

  1. Hebatnya orang pendek...tetapi lebih Maha Hebat lagi Penciptanya kan...

    ReplyDelete
  2. Mmg misteri ni.. pasti jadi buruan org2 tertentu sepanjang masa...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon