Jan 24, 2015

Misteri Manusia Terbakar Secara Tiba-tiba

Spontaneous Human Combustion (SHC) adalah antara fenomena yang sangat menggerunkan. Sangat misteri, hampir tidak masuk akal dan ia benar-benar pernah terjadi.

Spontaneous Human Combustion
Gambar hiasan.

SHC ataupun Spontaneous Human Combustion berlaku apabila seseorang itu secara tiba-tiba muncul api pada tubuh badannya tanpa sebarang sebab atau punca yang jelas.

Lebih mengejutkan, lebih keseluruhan tubuh badan akan terus terbakar hingga menjadi abu!

Sehingga kini, tiada bukti kukuh mengenai penyebab berlakunya fenomena misteri ini. Dalam kebanyakan kes, mangsa ditemui terbakar dan biasanya berpunca dari dalam badan yang kemudiannya merebak keluar dan kebiasaannya hanya 'sisa' tubuh mangsa ditemui.

Fenomena ini bukanlah hanya sekadar 'Hoax'.

Pada abad ke 19, Charles Dickens pernah menulis tentang fenomena ini. Salah satu karakter ciptaan di dalam novelnya, Bleak House turut digambarkan diserang fenomena misteri ini. Apabila dia dikritik hebat kerana sengaja mewujudkan fenomena tidak masuk akal seperti itu, dia muncul dengan kenyataan bahawa segala yang digambarkan adalah benar wujud dan pernah terjadi melalui kajiannya terhadap fenomena SHC.

Apakah yang membezakan mangsa SHC dengan mangsa kebakaran dari api normal?

Pertama, jangkamasa tubuh manusia normal untuk hancur dalam kebakaran. Pakar biologi membuktikan bahawa tubuh kita mempunyai daya tahan yang agak tinggi dan agak sukar untuk hancur sepenuhnya menjadi abu.

Malah, 'oven' di krematorium direka khas untuk membakar mayat pada suhu beribu-ribu darjah centigrade untuk menghancurkan tulang temulang. Api dalam kebakaran normal biasanya tidak mampu untuk membakar tubuh manusia begini.

Dalam kes SHC, kebanyakan mangsanya 'vaporised' begitu saja. Contohnya, kes Mary Reeser, 1951, hanya sepasang kakinya tinggal bersama sisa tengkoraknya serta beberapa batang gigi. Keseluruhan badannya lenyap menjadi abu.

Mary-Reeser
Mary Reeser.

Kedua, perkara pelik yang tidak dapat dirungkai dalam hampir kesemua kes SHC. Api misteri itu hanya 'membakar' tubuh mangsanya sahaja, namun tidak pula melibatkan keadaan sekeliling mangsa.

Merujuk kepada kes Mary Reeser sekali lagi, 'tinggalan mayat' Mary Reeser dijumpai diruang tamu rumahnya yang mana diruang tersebut turut terdapat karpet serta perabot yang boleh dilabel sebagai 'highly flammable' - sangat mudah terbakar. Namun yang peliknya, hanya kerusi tempat sisa tinggalan mayat Mary Reese saja yang hangus bersama tubuhnya itu. Api itu tdak merebak dan membakar karpet serta perabot-perabot lain disitu!

Rentetan peristiwa misteri itu, beberapa teori telah dikemukakan, antaranya;

Charles Dickens mengemukakan teori dimana fenomena ini mungkin berlaku disebabkan sifat seseorang itu yang kurang menyenang; bersikap kurang ajar, keji, berhati hitam, serta elemen-elemen 'evil' yang bercampur dalam diri seseorang itu mampu mewujudkan tindakbalas mudah untuk terbakar.

Bleak House - Charles Dickens
Charles Dickens.

Dalam penjelasan yang lebih moden, tidak melibatkan komponen moral seseorang dan lebih masuk akal, fenomena ini mungkin terjadi akibat tindakbalas gas dari penghadaman dan perkumuhan dalam badan yang mana mungkin boleh mewujudkan potensi berlakunya kebakaran.

Ibu Dakwa Bayinya Terbakar Secara Tiba-Tiba Di India

K Rajeswari
K Rajeswari dakwa bayinya terbakar.

Dan yang terbaru di India, seorang ibu menceritakan keadaan seorang bayi yang baru berusia enam hari, dikatakan terbakar secara tiba-tiba di Chennai, India.

Bayi tersebut kini dimasukkan ke Kolej Perubatan dan Hospital Kilpauk, Chennai dan dipantau oleh petugas rawatan.

Menurut ibu bayi malang berkenaan, K Rajeswari, kaki anaknya terbakar secara tiba-tiba hingga melecur Khamis lalu (15/1/2015).

Hal berkenaan menyebabkan sekumpulan doktar menjalankan pemeriksaan dan uji kaji terhadap sampel diambil daripada bayi berkenaan.

Dekan hospital Dr N Gunasekaran berkata, pihaknya sudah mengambil sampel kecederaan untuk menjalankan ujian di makmal dan keputusan akan diketahui beberapa hari lagi.

Sementara itu, menurut laporan dailymail.co.uk, ibu mangsa mendedahkan ini bukan pengalaman pertamanya kerana pada tahun 2013, anak sulungnya turut terbakar secara tiba-tiba pada usia tiga bulan.

Namun, doktor yang merawat anak sulung Rajeswari mendakwa kebakaran anaknya itu tidak berlaku tiba-tiba sebaliknya mungkin didera atau melecur akibat kebakaran yang tidak disengajakan.

Bagaimanapun, beberapa saintis berpndapat, kejadian elektrik statik mungkin menjadi punca kejadian pelik seumpama ini.

Teori

Dari sudut keagamaan, sesetengah orang percaya ia adalah balasan dari Tuhan.

Teori paling terkini dipanggil 'wick effect' antara yang mungkin boleh diguna pakai.

Menurut teori ini, lemak dalam badan manusia bertindak umpama lilin sementara pakaian bertindak sebagai pencucuh (elektrik statik), mungkin.

Walau bagaimanapun, penjelasan yang mungkin logik ini masih gagal untuk dibuktikan sejauh mana kebenarannya.

BACA INI JUGA: Pelbagai Cara Kematian Yang Sangat Pelik

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

3 comments

subhanalloh kasian itu bayinya ..

Kesiannya diserang penyakit misteri. Entah apa ubatnya..

Susah nak rungkai misteri macam ni. Memang misteri betul. Kalau betullah orang yang terbakar tu sebab dosa yang dia lakukan, memang menakutkan! Silap silap.haribulan kita pun.boleh.terkena.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon