Ahad, Februari 02, 2014

Konspirasi Teluk Tonkin, Pembohongan Keji Pencetus Perang Vietnam


Loading...

Pada 2 Ogos 1964, dunia telah digemparkan dengan berita bagaimana kapal perang Amerika Syarikat, USS Maddox yang berlabuh di Teluk Tonkin telah diserang oleh tentera laut Vietnam Utara.

USS Maddox Incident Liar

Satu dunia heboh. Warga Amerika bangun seawal pagi terperanjat membaca berita di akhbar - Amerika Syarikat diserang!

Warga Amerika bingung memikirkan bagaimana negara sekecil Vietnam Utara berani menyerang kuasa tentera terbesar dunia. Mereka mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Vietnam Utara yang telah melancarkan serangan ke atas USS Maddox tanpa sebarang sebab-musabab yang jelas.

Malah, rakyat dunia juga turut terperanjat dan menyatakan rasa simpati terhadap rakyat Amerika.

Serangan tersebut berlaku ketika tentera Amerika sedang menjalankan misi De Soto dipersisiran pantai Teluk Tonkin. Perairan antarabangsa di Asia Tenggara itu dianggap sebagai wilayah yang berada di bawah pengawasan Amerika Syarikat untuk menghadapi Komunis. Mereka menjalankan misi tersebut ketika Vietnam Utara dan Vietnam Selatan sedang berada di ambang perang saudara.

Berdasarkan ulasan akhbar, serangan tersebut dilaporkan telah mencederakan beberapa orang anggota tentera Amerika Syarikat. Dengan serta-merta sentimen anti-perang rakyat Amerika mula pecah. Mereka tidak sanggup merelakan kedaulatan negara Amerika yang tercinta diragut begitu sahaja.

Dewan Senat dan Dewan Kongres telah mengadakan sidang tergempar. Dengan sebulat suara, elit politik Amerika Syarikat telah meluluskan Resolusi Teluk Tonkin - Gulf of Tonkin Resolution.

Gulf of Tonkin Resolution
Gulf of Tonkin Resolution.

Dengan lulusnya ketetapan ini, Amerika Syarikat dengan sendirinya telah mendapat mandat untuk memerangi Vietnam Utara. Undang-undang seperti Patriot Act yang bertentangan dengan piagam hak asasi warga Amerika telah diluluskan tanpa banyak perbincangan.

Di Washington, Presiden Lyndon B. Johnson tanpa banyak bicara telah memerintahkan pasukan tentera udara AS untuk melancarkan serangan terhadap pangkalan-pangkalan kapal perang Vietnam Utara.

A-7Bs_VA-25_during_Ironhand_mission_1969

Operasi itu dilancarkan pada 5 Ogos1964. Puluhan pesawat penggempur F-8 telah membedil pangkalan kapal yang berpusat di Quang Khe. Serangan yang serupa juga turut dilanjutkan di pelabuhan Hon Gai dan 25 buah kapal perang Vietnam Utara dilaporkan telah musnah.

Serangan udara AS terhadap Vietnam Utara yang bertujuan untuk melawan kekuatan Komunis tersebut mendapat sokongan banyak pihak. Malah, Presiden Lyndon B. Johnson turut dianggap sebagai hero dan diangkat sebagai panglima tertinggi pasukan tentera AS. Beliau kemudiannya mengarahkan lebih banyak tentera AS dihantar ke medan peperangan.

Dengan kelengkapan senjata canggih dan pasukan ketenteraan yang terdiri daripada lebih sejuta orang, AS dijangka menang mudah didalam peperangan itu. Namun, jangkaan tersebut rupanya meleset.

Gerila Vietkong yang mewakili tentera Vietnam Utara tidak mudah menyerah kalah. Mereka menyerang markas-markas tentera AS di Saigon, Bien Hoa serta Hanoi, menyebabkan beberapa orang tentera AS terkorban.

Vietcong

Pada ketika itu, kata-kata sinis dan kecaman mula timbul sehingga menyebabkan Presiden Johnson menjadi berang dan tidak sabar.

Untuk menunjukkan operasi tentera berjaya, Presiden Johnson kemudiannya memerintahkan pasukan tentera melancarkan operasi tempur berskala besar di bandar Da Nang - Operation Flaming Dart.

North_Vietnamese_Antiaircraft_Weapons

Namun, operasi yang didominasi serangan udara itu tidak mematahkan semangat gerila Vietkong. Malah, mereka turut melancarkan serangan balas sehingga menyebabkan 21 orang tentera AS terkorban.

Operation Flaming Dart tersebut terus dilanjutkan dan menjadi serangan udara membabi-buta. Malah, serangan tersebut terus mendapat tentangan hebat gerila Vietkong dan mereka langsung tidak mahu menyerah kalah. Semakin banyak nyawa yang terkorban dan kemusnahan berlaku dimerata tempat.

Sehinggalah sampai ke satu tahap, tentera AS akhirnya mengakui misi tersebut tidak perlu diteruskan lagi. Ketika Johnson digantikan dengan Presiden Nixon, tentera AS akhirnya secara beransur-ansur dibawa pulang dan misi peperangan tersebut berakhir begitu sahaja.

US lost Vietnam War

Perang Vietnam yang dipacu oleh insiden Teluk Tonkin telah menelan kos yang sangat tinggi. Lebih 60,000 tentera AS terkorban dengan kos peperangan dikatakan sebanyak $USD170 bilion, 1 trilion dolar jika dinilai pada waktu sekarang. Ekonomi AS turut mengalami penyusutan dan kekalahan Amerika dalam peperangan ini telah meninggalkan kesan mendalam kepada rakyatnya.

Setelah lebih 40 tahun perang itu berlalu, seorang ahli sejarah Amerika Syarikat, Robert J. Hanyok yang bekerja di bawah Agensi Keselamatan Negara Amerika Syarikat (NSA), telah melakukan kajian mengenai insiden itu.

Dalam penyelidikannya, beliau cuba untuk mencari jawapan jelas mengapa kerajaan Vietnam Utara telah melancarkan serangan ke atas USS Maddox pada tahun 1964.

Namun, dalam kajian tersebut, Robert J. Hanyok telah membentangkan satu fakta yang mengejutkan ramai pihak. Dia tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan kapal USS Maddox diserang atau dibedil.

gulf_of_tonkin_Liar

Dengan kata lain, serangan itu tidak pernah berlaku dan sekadar suatu rekaan semata-mata!

Kajian tersebut telah diterbitkan oleh NSA pada tahun 2005 dan turut dipetik akhbar New York Times.

Dalam kesimpulannya, Robert J. Hanyok menyatakan, ia hanyalah sekadar satu konspirasi Presiden Johnson.

Konspirasi itu sengaja direka oleh pihak atasan Amerika Syarikat untuk memecahkan sentimen anti-perang rakyat Amerika dan menghalalkan serangan mereka ke atas Vietnam Utara.

BACA INI JUGA: 10 Peperangan Yang Bermula Dengan Pembohongan Amerika Syarikat

-Sentiasapanas.com

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon