Thursday, March 27, 2014

Antikythera, Misteri Kecanggihan Artifak Purba!


Pada tahun 1901, sekumpulan penyelam melakukan pencarian di dasar lautan berdekatan Pulau Antikythera di Yunani (Greece). Di situlah terkuburnya bangkai kapal Rom yang gah suatu ketika dahulu.

Misteri Antikythera

Sebuah serpihan artifak purba dibawa naik. Strukturnya ganjil. Mempunyai banyak gear seperti sebuah penggerak mekanikal. Para saintis segera melakukan kajian. Hasilnya sangat mengejutkan.

Artifak yang digelar Antikythera mechanism itu merupakan satu kejuruteraan mekanikal yang begitu kompleks. Mengandungi roda gerigi dengan bebola yang tinggi mekanisme buatannya.

Kajian bertahun-tahun mendapati, artifak ini ada kaitannya dengan ilmu astronomi. Sama ada ia digunakan sebagai peralatan untuk kaji bintang mahupun berfungsi sebagai alat penunjuk arah untuk menuju ke sesuatu destinasi berdasarkan kedudukan matahari, bulan dan bintang.

Usianya? Lebih kurang 2,000 tahun! Anggaran ia dibuat sekitar awal tahun 100 Sebelum Masihi. Dan inilah yang memeningkan para saintis yang mengkaji artifak ini.

Bagaimana teknologi secanggih artifak ini boleh wujud pada 2,000 tahun lampau, sedangkan teknologi seperti ini didapati wujud sekitar abad ke-15?

"Alat ini luar biasa. Hitungan astronominya dalam menjejaki sesuatu destinasi sungguh mengagumkan dan sangat tepat.

"Kami terngaga seakan tidak percaya melihat ketelitian dalam pembuatannya," kata salah seorang profesor yang pakar dalam bidang astronomi yang mengkaji artifk purba ini.

Malah, dia menyifatkan Antikythera Mechanism yang kini dipamerkan di Muzium Arkeologi di Athens lebih bernilai harganya berbanding potret Monalisa, karya pelukis tersohor Leonardo da Vinci.

Sehingga kini, tiada seorang pengkaji pun mampu merungkai pembuatan teknologi ini. Bahkan, mereka sentiasa tertanya-tanya, bagaimana mesin hebat seperti ini boleh dicipta pada zaman di mana manusia ketika itu belum lagi mampu meneroka hukum graviti, ilmu anatomi bahkan ilmu astronomi!

Bagaiman manusia di zaman purba dulu mempunyai teknologi sehebat itu? Persoalan ini terus menjadi tanda tanya para saintis.

Atau mungkin kita boleh persoalkan semula, sejarah peradaban yang ditulis para pengkaji tidak tepat faktanya?

Artifak Antikythera Mechanism mungkin salah satu bukti bahawa manusia zaman silam beribu-ribu tahun dahulu sudah mampu mencipta teknologi tinggi dan hebat berbanding manusia hari ini.

Bukan sekadar bertelanjang atau hidup dalam gua-gua batu seperti yang dimomokkan dalam buku-buku sejarah moden.

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon