Mar 9, 2015

Misteri Mngwa Pemangsa Paling Di Geruni Di Afrika

Namanya agak pelik, namun tidaklah sepelik rupanya. Mngwa (Ming-wah dalam sebutan) merupakan haiwan misteri paling ditakuti di Afrika.

Mngwa
Lakaran gambaran artis.

Namanya berasal dari bahasa Swahili dan ada kalanya ia juga digelar Nunda yang kedua-duanya membawa maksud 'The Strange One'. Dipercayai ia adalah haiwan kacukan daripada singa dan harimau bintang.

Namanya mula disebut-sebut dalam sebuah lagu tradisional masyarakat Swahili sejak tahun 1150 lagi.

Lagenda timur Afrika menceritakan bahawa haiwan misteri ini mempunyai kekuatan yang jauh lebih kuat daripada singa dan pembunuh yang lebih hebat dari harimau bintang.

Pergerakannya yang senyap walaupun saiznya dikatakan lebih besar dari seekor keldai. Jelasnya, ia tidaklah pelik dari segi rupa kerana Mngwa digambarkan rupanya seakan seekor harimau berbulu kelabu dan dikatakan dihiasi belang hitam.

Haiwan ini dikatakan amat gemar memburu manusia dan kemudian menghilangkan diri dengan pantas. Tiada seorang pemburu pun yang berjaya membunuhnya.

Diceritakan, pada badan Mngwa terdapat beberapa tompok yang menampakkan kulitnya kerana kehilangan bulu yang menurut cerita masyarakat di sana disebabkan oleh mangsa yang meronta dan mempertahankan diri lalu bertindak menggapai bulunya.

Ia lebih jelas dengan penemuan beberapa mayat yang dijumpai bersama cebisan bulu berwarna kelabu dalam genggaman mereka, diyakini adalah mangsa Mngwa.

Mangsa-mangsa makhluk ini biasanya akan ditemui dengan kesan luka yang teruk pada badan akibat cakaran kukunya yang tajam atau kesan gigitan gigi taringnya.

Jika benar apa yang diceritakan, Mngwa pastinya lebih ganas daripada mana-mana pemangsa di sana dan pastinya mampu membunuh seseorang dengan hanya sekali cakar atau dengan hanya sekali gigitan.

Makhluk ini direkodkan telah dilihat pada sekitar 1900. Pada tahun 1938 makhluk ini sekali lagi dinyatakan dalam jurnal 'Discovery' William Hichens, pegawai pentadbiran British yang bertugas di Tanzania. Dalam jurnalnya tercatat beberapa laporan serangan haiwan ini ke atas puak orang asli di sana.

Pada mulanya Hichens menyangka ia adalah angkara seekor singa besar yang mengganas namun bukti bulu yang ditemui pada mangsa dan kesan jejak yang ditemui amat berbeza dengan singa.

Mngwa [2]
Gambar hiasan.

Kemudian makhluk ini sekali lagi diperkatakan pada tahun 1954 dalam buku tulisan Frank W. Lane. Lane menemuramah Patrick Bowen, seorang pemburu yang pernah menjejaki Mngwa dan mendakwa pernah menemui beberapa kesan tapak kaki haiwan ini.

Kesan jejaknya digambarkan menyerupai jejak harimau bintang cuma saiznya lebih besar. Lane menyatakan didalam bukunya bahawa beliau juga tidak menolak pendapat bahawa kejadian serangan ke atas manusia yang dikaitkan dengan serangan beruang Nandi sekitar abad ke 19 sebenarnya adalah angkara Mngwa.

Mngwa dikatakan mungkin sebenarnya berasal dari spesis 'African Golden Cat'. Bezanya, cuma haiwan ini berwarna kelabu dan ramai yang mencadangkan Mngwa berkemungkinan hanyalah spesis yang abnormal dari segi warna.

Walaupun sehingga kini ia hanyalah sekadar mitos dan masih tiada sebarang bukti kukuh mengenai kewujudannya, ramai yang tidak menolak kemungkinan bahawa spesis ini benar-benar wujud dan hanya belum ditemui habitatnya memandangkan jelas secara fakta bahawa hutan safari Afrika sangatlah luas.

BACA INI JUGA: Misteri Batu Besar Yang Bergerak Sendiri

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

5 comments

Maaf la ye Puan Yatie. Rasanya tak dapat join, sibuk sangat sekarang ni..:(

Serigala jadian kot...hehe...
p/s: tahniah...Alexa SP sgt menakjubkan!

Kita pun ada kisah2 yg lebih kurang mcm ni juga kan.. kisah harimau jadian...

Terima kasih. SP pun tak tahu sebenarnya kenapa begitu..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon